Bismillahir Rahmani Rahim
Assalamu ‘Alaikum Wa Rahmatu llahi Wa Barakatuh.
Salawat dan Salam kepada Nabi dan Rasul yang paling mulia Muhammad (s.a.w) dan keluarganya yang suci serta para sahabatnya yang terpilih.
amma ba‘du. Adapun kemudian daripada itu, maka ini adalah jawapannya:
“Jawapan kepada Fatwa no.20 (ix), Syiah mengkafirkan para sahabat Rasulullah (s.a.w)”
l
Fatwa
Pengenalan
Perkataan “fatwa” menurut Kamus Dewan bererti keputusan agama yang diberikan oleh alim ulama atau mufti mengenai sesuatu masalah. (Kamus Dewan, hlm 323, kl 1986).
Dan perkataan “mufti” adalah ahli agama yang berhak memberi fatwa berkenaan hukum Islam (Ibid, hlm839).
Perkataan “penyelewengan” atau “menyeleweng” bererti perbuatan menyeleweng, penyimpangan dari dasar, memisahkan seseorang dari hakikat pengajaran agama.(Ibid , hlm. 1191).
Oleh itu, dasar dan hakikat agama Islam adalah al-Qur’an dan Sunnah Nabi (s.a.w) yang sebenar. Lantaran itu sebarang perbuatan menyeleweng atau penyimpangan dari al-Qur’an dan Sunnah Nabi (s.a.w) itu adalah suatu penyelewengan yang hakiki.
Sementara perkataan“ kesesatan” bererti perihal sesat. Dan “sesat” adalah tidak mengikuti jalan yang betul, tersalah jalan, terkeliru, menyimpan dari jalan yang benar (Ibid, hlm. 1191). Justeru sesiapa yang tidak mengikut jalan yang betul; jalan al-Qur’an dan Sunnah Nabi (s.a.w) adalah sesat.
Masalah
i.Walaupun demikian, seorang mufti, seorang sahabat Rasulullah (s.a.w), atau seorang Muslim adalah terikat dengan al-Qur’an dan Hadis Rasulullah (s.a.w) yang sebenarnya.
ii.Justeru Fatwa yang dikeluarkan itu sama sekali tidak boleh bercanggah dengan al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah (s.a.w) yang sebenar.Kerana kedua-duanya merupakan sumber hukum di dalam Islam yang diakui oleh semua mazhab Islam.
iii.Oleh itu sekiranya seorang mufti berfatwa dan fatwanya itu bercanggah dengan al-Qur’an dan Hadis Rasulullah (s.a.w) yang sebenarnya, maka mana-mana individu Muslim boleh menolak fatwanya itu untuk dirinya walaupun dia akan dikenakan tindakan Mahkamah Syariah dibawah bidang kuasa mufti.Kerana mentaati hukum Allah dan Rasul-Nya adalah wajib.Sepatutnya Mahkamah Syariah juga terikat dengan hukum al-Qur’an dan Hadis Rasulullah (s.a.w) yang sebenar dengan sepenuhnya (100%).
iv. Dan sekiranya dia berfatwa bahawa Fahaman Dan Ajaran Syiah Imamiyyah Ja‘fariyyah adalah menyeleweng kerana bercanggah dengan Pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah, maka fatwanya tidak sah dari segi hujah kerana Pegangan dan Ajaran Ahli Sunnah Wal-Jamaa’ah juga adalah menyeleweng kerana ia bercanggah dengan Fahaman dan Ajaran Syiah Imamiyyah Ja‘fariyyah. Sepatutnya al-Qur’an dan Sunnah atau Hadis Rasulullah (s.a.w) menjadi hujah.Walaubagaimanapun tindakan Mahkamah Syariah boleh dikenakan ke atas sesiapa yang ingkar.
iv. Dan sekiranya fatwanya itu berjanggah dengan fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh mereka yang lebih alim daripadanya (a‘lamiyyah) umpamanya tentang Syiah Imamiyyah Ja‘fariyyah bahawa mazhab Syiah Imamiyyah Ja‘fariyyah dan Zaidiyyah adalah sah dan boleh beramal ibadat dengannya, maka pengikut-pengikut Syiah Imamiyyah Ja‘fariyyah di Malaysia boleh memilih fatwa-fatwa tersebut, kerana mengikuti mereka yang lebih alim itu adalah lebih diutamakan (aula) tanpa mengira negeri. Kerana Islam adalah agama yang menyeluruh (syumul), maka hukumnya adalah menyeluruh juga walaupun tindakan Mahkamah Syariah negeri Selangor boleh dikenakan ke atas mereka. Sepatutnya seorang mufti akan menghormati fatwa-fatwa mereka yang lebih alim (a‘lamiyyah) daripadanya.
ii
Kaitan Perkataan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah Dengan Fatwa
Sejarah ringkas: Perkataan “Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah” di dalam pemikiran teologi Islam dirujukkan kepada Abu al-Hasan al-Asy‘ari (w.330H) dan al-Maturidi (w.331H). Kedua-duanya pernah hidup di abad ketiga hijrah. Pengikut-pengikut Abu al-Hasan al-Asy‘ari di kenali dengan al-Asya‘irah. Sementara pengikut-pengikut al-Maturidi dikenali dengan al-Maturidiyyah.
Kemudian pengikut-pengikut mereka berdua dikenali sebagai Ahli Sunnah Wal-Jama’ah. Ini bererti tiga abad selepas kewafatan nabi (s.a.w) orang-orang Islam tidak berpegang kepada mazhab Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah. Dan perkataan ‘al-Jama‘ah” mula digunakan oleh al-Baghdadi (w. 429 H) di kalangan al-Asya‘irah selepas perkataan Ahli Sunnah((al-Farq Baina al-Firaq, Beirut 1973 hlm. 304).
Kemudian diikuti penggunaanya oleh al-Syahrastani (al-Milal Wa al-Nihal,I, hlm.11). Sementara khalifah Ali as berkata bahawa perkataan al-Jama‘ah itu adalah bersama kebenaran walaupun mereka adalah sedikit. Al-Furqah (perpecahan) ialah mengikut Ahli al-Batil walaupun mereka itu ramai (Abd al-Jabbar, Fadhl al-I‘tizal, Cairo, 1995, hlm.185).
Di kalangan al-Asya’irah ada yang menyesat dan mengkafirkan sesama mereka sendiri mengenai sifat-sifat Tuhan. Dan dikalangan al-Muturidiyyah pula ada yang menyesat dan mengkafirkan sesama mereka pula. Dan antara Asya‘irah dan al-Maturidiyyah mereka tidak sependapat di dalam banyak perkara seperti konsep al-Kasb dan sifat-sifat Tuhan. Justeru mereka menyesat dan mengkafirkan antara satu sama lain.
Begitu juga kafir-mengkafir (takfir), caci mencaci (al-Sabb), zina, al-Radha‘ al-Kabir, bunuh membunuh dan serang menyerang, malah peperangan menentang khalifah (sahabat) telah berlaku di kalangan para sahabat Rasulullah (s.a.w) itu sendiri selepas kewafatan Nabi (s.a.w) secara khusus.
Justeru tidak hairanlah jika Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa punca fitnah dan kekafiran serta tanduk Syaitan datangnya dari rumah “sahabat” (Lihat sebagai contoh, Tarikh al-Tabari,Tarikh al-Ya‘qubi, al-Isabah fi Ma‘rifat al-Sahabat oleh Ibn Hajr al-‘Asqalani, Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim).
Di Malaysia Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah dirujukkan kepada mereka yang berpegang kepada aliran Abu al-Hasan al-Asy‘ari dan al-Asya‘irah dari segi teologi dan mazhab Syafi‘i dari segi fikah (al-Subki, Tabaqat al-Kubra dan lain-lain).
Dan perbezaan fahaman di kalangan mereka agak ketara dan terdapat pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa mereka yang bercanggah dengan al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah (s.a.w). Walaubagaimanapun mereka dikenali dengan nama Ahli Sunnah Wal-Jama’ah.
Mazhab Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah di bidang ilmu fikah adalah empat; Hanafi, Maliki, Syafi‘i dan Hanbali. Setiap mazhab tersebut ada pendapat atau fatwa mereka sendiri dan ada yang mengkafirkan para pengikut mazhab yang lain. Di Malaysia Mazhab Syafi‘i diambilkira di dalam hukum syarak walaupun terdapat fatwanya yang bercanggah dengan al-Qur’an dan Sunnah Nabi (s.a.w) umpamanya bab Talaq.
Begitu juga di dalam bab mengahwini saudara perempuan zinanya sendiri (al-Umm, v, hlm.25, Bidayah al-Mujtahid,ii, hlm.297).Oleh itu hukum yang dikeluarkan oleh Syafi‘i itu adalah bercanggah dengan al-Qur’an (Surah al-Nisa’ 4:23). Kerana anak zina diakui oleh al-Qur’an sebagai anak kepada bapa dan ibunya. Justeru pilihan mazhab Syafi‘i untuk diamalkan di Malaysia adalah penentuan politik.
Sifat fanatik kepada mazhab di dalam pemikiran teologi dan fikah di kalangan mazhab-mazhab Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah sering berlaku sehingga persoalan timbul: Siapakah yang tidak disesatkan atau dikafirkan di dunia ini? Walaupun mereka berselisih pendapat di dalam banyak perkara dan ada pendapat mereka yang bercanggah dengan al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah (s.a.w), maka mereka masih dikatakan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah. Lantaran itu tidak hairanlah jika Al-Zamakhsyari (lahir 467 H/1075M) seorang yang bermazhab Hanafi berkata:
Jika mereka bertanya tentang mazhabku,
Aku berdiam diri adalah lebih baik,
Jika aku mengaku sebagai seorang Hanafi,
Nescaya mereka akan mengatakan aku mengharuskan minuman arak,
Jika aku mengaku bermazhab Syafi‘i mereka akan berkata: Aku menghalalkan berkahwin dengan anak perempuan (zina) ku sedangkan berkahwin dengan anak sendiri itu diharamkan.
Jika aku seorang Maliki, mereka akan berkata: Aku mengharuskan memakan daging anjing,
Jika aku seorang Hanbali, mereka akan berkata: Aku menyerupai Tuhan dengan makhluk,
Dan jika aku seorang Ahl al-Hadis, mereka akan berkata: Aku adalah seekor kambing jantan yang tidak boleh memahami sesuatu” (al-Kasyasyaf, Cairo,tt, jil.ii, hlm 494)
kekeliruan
Justeru perkataan Ahli Sunnah bukan semestinya mereka yang mengikuti Sunnah Nabi (s.a.w). Malah terdapat di kalangan mereka yang telah menolak Sunnah Nabi (s.a.w) tertentu. Kemudian mengeluarkan fatwa yang bercanggah dengan Sunnah Nabi (s.a.w) itu pula.
Persoalannya Siapakah Ahli Sunnah Nabi (s.a.w) Yang Sebenar?
(kaitannya dengan Fatwa no.20)
(A). Jika Khlifah Abu Bakar dan para pengikutnya adalah Ahli Sunnah Nabi (s.a.w) yang sebenar, maka mereka tidak akan menyalahi atau membatalkan walaupun satu Sunnah Nabi (s.a.w). (Lihat lampiran A sebanyak 46 perkara).
(B). Jika khalifah Umar dan para pengikutnya adalah Ahli Sunnah Nabi (s.a.w) yang sebenar, maka mereka tidak akan menyalahi atau membatalkan walaupun satu Sunnah Nabi (s.a.w).(Lihat lampiran B sebanyak 129 perkara)
(C) Jika khalifah Uthman dan para pengikutnya adalah Ahli Sunnah Nabi (s.a.w) yang sebenar, maka mereka tidak akan menyalahi atau membatalkan walaupun satu Sunnah Nabi (s.a.w). (Lihat lampiran C sebanyak 28 perkara).
Kaitan Perkataan Syi‘ah Dengan Fatwa
Syi‘ah bererti golongan. Di dalam al-Qur’an ia disebut beberapa kali antaranya di dalam Surah al-Safat (37): 83 “Dan sesungguhnya Ibrahim benar-benar termasuk Syi‘ahnya (golongannya) ingatlah ketika dia datang kepada Tuhannya dengan hati yang suci”.
Di dalam Surah Maryam (19): 69 “Kemudian pasti akan Kami tarik daripada tiap-tiap golongan (Syi‘ati-hi) meminta pertolongan kepadanya untuk mengalahkan orang yang daripada musuhnya”.
Di dalam Surah al-Qasas (28): 15 “Ini adalah daripada Syi‘ahnya dan ini adalah daripada musuhnya. Maka dia meminta pertolongan daripada Syi‘ahnya ke atas musuhnya”
Sementara perkataan Syi‘ah telah disebut di dalam hadis nabi (s.a.w). Imam al-Suyuti di dalam al-Durr al-Manthur, ketika menjelaskan tentang Surah Bayyinah (98): 7 “Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, mereka itulah sebaik-baik makhluk” Maka dia mengutip sabda Nabi (s.a.w) yang bermaksud: “Wahai Ali, Anda dan Syi‘ah anda di hari Kiamat nanti di dalam reda dan meridai” Dan sabdanya lagi: “Ini Ali dan Syi‘ahnya (golongannya) (bagi) mereka itulah yang mendapat kemenangan di hari Kiamat kelak” (al-Durr al-Manthur, Beirut,tt, hlm.379).
Sikap Para Imam Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah Terhadap Para Imam Syi‘ah Imamiyyah Ja‘fariyyah.
Para Imam Ahli Sunnah telah menunjukkan kasih sayang mereka kepada para Imam Syiah Ja‘fariyyah kerana mereka adalah anak cucu Rasulullah (s.a.w). Imam Malik dan Abu Hanifah telah berguru kepada Imam Ja‘far al-Sadiq as. Apabila mereka mengemukakan persoalan, mereka menggunakan perkataan “Wahai anak Rasulullah”. Kemudian baru mereka kemukakan persoalan tersebut.Imam Malik dan Imam Abu Hanifah pernah mengeluarkan fatwa secara rahsia supaya umat Islam keluar berperang bersama Zaid Bin Ali Zainal Abidin menentang pemerintah Bani Umayyah pada masa itu. Justeru mereka dipenjara. Imam Abu Hanifah berkata: Jika tidak ada dua tahun, nescaya binasalah Nu‘man” Iaitu jika dia tidak menghadiri kuliah Imam Ja‘far al-Sadiq as selama dua tahun, nescaya binasalah dia.
Imam Syafi‘i pula telah membuktikan kasih beliau kepada Ahlu l-Bait as dan Syi‘ah di dalam syairnya yang masyhur seperti berikut:
Aku adalah Syiah di dalam agamaku,
Aku berasal dari Makkah
Dan rumahku di Asqaliyyah (Fakhruddin al-Razi, al-manaqib al-Imam al-Syafi‘i, Cairo,1930, hlm. 149).
Persolalannya kenapa para pengikut Imam Syafi‘i di Malaysia tidak menghormati Imam Ja‘far al-Sadiq as sebagaimana Imam Syafi‘i menghormatinya?
Syiah Di Alam Melayu
Kerajaan Islam yang pertama di Alam Melayu telah ditegakkan di Perlak dengan perlantikan Sultan Alauddin Sayyid Mawlana ‘Abd al-‘Aziz Shah sebagai pemerintah yang pertama. Beliau adalah putra kepada Ali Bin Muhammad Bin Ja‘far al-Sadiq (Imam Syiah ke 6). Dan kerajaan Islam Perlak adalah kerajaan Islam yang pertama di Alam Melayu yang berpegang kepada Syiah Imamiyyah Ja‘fariyyah. 5 orang dari pemerintahnya menganut aliran Syiah:
i. Sultan ‘Ala’ al-Din Sayyid Mawlana ‘Abd al-‘Aziz Shah memerintah antara tahun 225 H-249H (840M-864M). Iaitu cicit kepada Imam Ja‘far al-Sadiq as.
ii. Sultan ‘Ala’ al-Din Sayyid Mawlana ‘Abd al-Rahim Shah memerintah antara tahun 249-274H (864M-888M)
iii. Sultan ‘Ala’ al-Din Sayyid Mawlana ‘Abbas Shah memerintah antara tahun 274H-300H (888N-913M)
iv. Sultan ‘Ala’ al-Din Mawlana Mughayah Shah memerintah antara tahun 302H-305H (915M-918M)
v. Sultan ‘Ala’ al-Din Sayyid Mawlana Mahmud Shah memerintah antara tahun 365H-377H (976M-988M).
vi. Tempoh pemerintahan mereka adalah 88 tahun M (91 tahun Hijrah).
Dan kedatangan golongan Alawiyyun atau keturunan Rasulullah ke Alam Melayu adalah disebabkan kegagalan mereka di dalam pemberontakan yang diketuai oleh Muhammad Bin Ja‘far al-Sadiq as pada 200H menentang Bani Abbas; khalifah al-Makmun. Justeru mereka datang ke Perlak untuk berdakwah dan mencari rezeki. Kedatangan mereka seramai 100 orang ke Perlak dianggarkan pada tahun 817 M. Ia telah mengambil masa 23 tahun berdakwah kepada orang Melayu yang belum memeluk Islam sehingga sebuah kerajaan Islam yang bermazhab Syiah Imamiyyah Ja‘fariyyah ditubuhkan di Perlak pada hari Selasa, 1 Muharram tahun 225 H (840M). (Lihat SHI‘AH DAN PENGARUHNYA DALAM BIDANG POLITIK DAN TASAWUF FALSAFAH DI ALAM MELAYU ZAMAN TRADITIONAL, hlm.156-7,153,143 dan seterusnya (unpublished Ph.D Thesis 2003 oleh Kamis Bin Ismail, Bangi, UKM).
Lantaran itu orang Melayu di dalam sejarah awal mereka telah memeluk Islam dengan berpegang kepada mazhab Syiah Imamiyyah Ithna Asy‘ariyyah (Ja‘fari) bukan mazhab Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah, kerana Abu Hasan al-Asy‘ari dilahirkan pada tahun 227 H dan mati pada tahun 330H sementara al-Maturidi dilahirkan pada 225 H dan mati pada tahun 331 H. Mereka berdua merupakan pengasas mazhab pemikiran teologi Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah sedangkan kerajaan Islam Syiah di Perlak telah ditubuhkan dengan resminya pada hari selasa 1 Muharram tahun 225 H (840M).
Justeru orang Melayu dari segi sejarah awal dan kebudayaan mereka sehingga ke hari ini seperti tahlil, berzanji, sambutan hari Maulid al-Rasul (s.a.w), ziarah kubur, majlis bercukur dan memperingati hari Asyura, adalah Syiah kerana kecintaan mereka kepada anak cucu Rasulullah(s.a.w).Malah inilah tuntutan Islam yang yang sebenar.Dan kembalinya mereka kepada Syiah adalah kembali kepada sejarah awal mereka yang bermula pada abad ke Sembilan Masihi (abad ke tiga Hijrah) di Alam Melayu.(Ibid ).
Hampir dua belas abad yang lalu, mereka telah berpegang kepada mazhab Syiah Imamiyyah Ja‘fariyyah. Ini adalah suatu hakikat yang tidak dapat dinafikan oleh mana-mana sejarawan. Mungkin kedatangan mazhab Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah di Perlak secara besar-besaran adalah hampir satu abad kemudian. Dan kini pula kedatangan Fahaman Wahabi yang sedang mengambil tempat Ahli Sunnah Wal-Jam‘ah di Malaysia bagi menguasai Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah dari golongan Asya‘irah di dalam “fatwa politik” dan lain-lain.
Justeru Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah yang berpegang kepada teologi Abu al-Hasan al-Asy‘ari semakin hilang pengaruh mereka dan sedang diganti dengan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah yang berfahaman Wahabi dan mereka inilah yang memusuhi Syiah Imamiyyah Ja‘fariyyah. Justeru tidak hairan jika ada yang mengatakan: “Menjadi Syiah Ja‘fari itu adalah lebih baik kerana ia kembali kepada sejarah awal Islam di Alam Melayu selain ia mempunyai hujah yang kuat tentang kebenarannya daripada menjadi “Ahli Sunnah Wahabi” yang kontradiksi dengan akal yang sejahtera seperti pembukaran kubur sahabat Rasulullah (s.a.w) bernama Hujur Bin ‘Adi di Syria (Farsnews 4/5/2013) dan pembakaran kubur sahabat Rasulullah (s.a.w) bernama Ja‘far al-Tayyar di Jordan (Farsnews 4/5/2013 dan memakan hati tentera Syria yang dilakukan oleh Wahabi (al-‘Alamnews 18/5/2013) (Bandingkan kata-kata Imam Syafi‘i dengan teliti “Aku adalah Syiah di dalam agamaku”).
iii
Perlembagaan Malaysia
Perlembagaan Malaysia menjelaskan bahawa Islam adalah agama Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan di dalam keadaan aman dan harmoni di mana–mana negeri di Persekutuan (Federal).
No.3 (i) Islam is the religion of the Federation, but other religions may be practiced in peace and harmony in any part of Federation” (FEDERAL CONSTITUTION, International Law Books Services, Kuala Lumpur 1997, hlm. 20).
Ini bererti jika agama-agama (other religions) selain daripada agama Islam boleh di amalkan dengan aman dan harmoni, maka mazhab-mazhab di dalam Islam boleh diamalkan dengan aman dan harmoni di Malaysia. Kerana agama adalah lebih umum dari mazhab-mazhab di dalam satu-satu agama.Contohnya di dalam agama Kristian ada banyak mazhab, maka menurut Perlembagaan Malaysia, mana-mana mazhab di dalam agama Kristian itu “may be practiced in peace and harmony in any part of Federation”. Begitu juga dengan agama Islam yang mempunyai banyak mazhab, maka mazhab Syiah Imamiyyah Ja‘fariyyah dan Syiah Zaidiyyah “may be practiced in peace and harmony in any part of Federation”.
Pegangan/Fahaman Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah Menyamai al-Qur’an
Pegangan/Fahaman Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah di dalam Fatwa no.20 itu disamakan dengan al-Qur’an sebagai sumber hukum.
Pegangan /Fahaman Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah Menyamai Hadis Nabi (s.a.w)
Pegangan/Fahaman Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah di dalam Fatwa no.20 itu disamakan dengan Hadis atau Sunnah Nabi (s.a.w) sebagai sumber hukum.
Pegangan/ Fahaman Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah Menyamai Islam
Pegangan/Fahaman Ahli Sunnah di dalam Fatwa no. 20 itu disamakan dengan agama Islam dan agama Islam itu disamakan dengan Pegangan/Fahaman Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah.
**
Fatwa Hendaklah Sejajar Dengan al-Qur’an Dan Hadis Nabi (s.a.w)
Apabila Fatwa tidak sejajar dengan al-Qur’an dan Hadis atau Sunnah Nabi (s.a.w), maka ia adalah tidak sah dan terbatal.
Fatwa Hendaklah Sejajar Dengan Perlembagaan Malaysia
Apabila Fatwa tidak sejajar dengan Perlembagaan Malaysia no.3 (i).Islam is the religion of the Federation, but other religions may be practiced in peace and harmony in any part of Federation”, maka ia adalah tidak sah dan terbatal.Kerana Islam mempunyai banyak mazhab dan bukan mazhab Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah sahaja. Antara mazhab itu adalah Syi‘ah Imamiyyah Ja‘fariyyah.
Kedudukan Fatwa Dahulu Dan Sekarang
Fatwa sekarang adalah bercanggah dengan Fatwanya yang terdahulu dan ia bercanggah dengan Fatwa-Fatwa yang dikeluarkan oleh Syeikh-syeikh al-Azhar yang lebih alim (a‘lamiah) daripadanya telah membenarkan beramal ibadat dengan mazhab Syiah Imamiyyah Ja‘fariyyaah, tetapi Fatwa no.20 (JAIS) memberi implikasi bahawa ketenteraman tidak wujud lagi bagi Syiah kerana ia diletakkan di bawah Enekmen Jenayah Kerajaan Negeri Selangor.
Akibat Fatwa Ini Kepada Syiah Dan Beruntunglah Hindu
Fatwa ini menyekat kami bagi menyambut hari wiladah (kelahiran) Rasulullah (s.a.w), wiladah Fatimah al-Zahra’ anak perempuannya Rasulullah (s.a.w), wiladah Imam Ali as manantunya Rasulullah (s.a.w), wasinya dan sepupunya, wiladah Imam Hasan as, wiladah Imam Husain as cucunya Rasulullah (s.a.w) dan lain-lain daripada Ahlu-Bait Rasulullah (s.a.w).Kami telah diserbu oleh pegawai dan penguat kuasa JAIS beberapa kali antaranya ketika kami merayakan hari wiladah Fatimah binti Muhammad (s.a.w) pada tahun 2012 walaupun kami telah mendapat kebenaran dari Majlis Perbandaran Gombak, itu sebagai contoh sahaja.Fatwa itu telah menyekat kami dari hidup bermasyarakat dan melakukan amal ibadat secara berjema‘ah di mana masyarat Hindu di Selangor secara khusus dan di Malaysia amnya mendapat keamanan dan kebebasan bagi menyambut wiladah Tuhan-Tuhan Hindu mereka di Kuil Batu Caves. Apatah lagi upacara pemujaan kepada Tuhan-Tuhan mereka dihadiri juga oleh pembesar-pembesar dari kalangan Ahli Sunnah Wal-Jamaa‘ah pada setiap tahun.
Akibat daripada Fatwa ini, hampir di setiap minggu, Syiah dicaci dan dikutuk secara rasmi di dalam khutbah-khutbah Jumaat di bawah JAIS dan JAKIM di setiap masjid di negeri Selangor dan di seluruh Malaysia yang melebihi 60 ribu masjid dan surau terutamanya apabila ia dibaca di dalam khutbah-khutbah Jumaat dan usrah-usrah agama secara berterusan bahawa Syiah mengkafirkan para sahabat Rasulullah (s.a.w) sebagaimana diwartakan di dalam Fatwa no.20, (ix).
iv
Kutukan Terhadap Ali Bin Abi Talib AS Dulu Dan Sekarang
Sebagaimana Ali bin Abi Talib dikutuk (dilaknati) dan dicaci oleh Mu‘awiyah di bin Abi Sufyan semasa pemerintahannya dan selepasnya iaitu sehingga datangnya khalifah Umar bin ‘Abdul Aziz, lalu dia menghentikan cacian dan kutukan terhadap Ali bin Abi Talib as. Cacian dan kutukan itu dilakukan di dalam khutbah-khutbah Jumaat (al-‘Aqd al-Farid,1, hlm.246). Yaqut al-Hamawi menyatakan: “Atas perintah Mu‘awiyyah, ‘Ali dilaknat selama masa kekuasaan Bani Umayyah dari Timur hingga ke Barat di masjid-masjid” (Mu‘jam al-Buldan,1, hlm.191).
Al-Maududi di dalam bukunya al-Khilafah Wal Mulk (Khalifah Dan kerajaan) menulis:“Di zaman Muawiyah dimulai kebiasaan mengutuk Sayyidina Ali dari atas mimbar-mimbar masjid dan pencaci-makian serta pencercaan terhadap pribadinya secara terang-terangan, di siang hari maupun di malam hari, kaum muslimin di mana-mana merasa sedih dan sakit hati sungguh pun mereka terpaksa berdiam diri menekan perasaannya itu. Kecuali Hujur bin Adi, yang tidak dapat menyabarkan dirinya…” (Khilafah dan Kerajaan, hlm. 209-210, Penerbit Mizan, Cet. VII, 1998, Bandung). Persoalan yang timbul: Adakah Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah memusuhi Ali as dan para pengikutnya?
Kutukan Dan Tindakan Undang-Undang Terhadap Syi‘ah
Perbezaannya sekarang Ali bin Abi Talib as tidak dicaci dan dikutuk di masjid-masjid di negeri Selangor secara khusus dan di Malaysia secara amnya, tetapi pengikut-pengikut Ali bin Abi Talib atau Syiah Imamiyyah Ja‘fariyyah dijadikan bahan kutukan dan kebencian di masjid-masjid apatah lagi jika dana asing (Wahabi) diterima secara bulanan atau tahunan di dalam berbagai bentuk bagi menentang Syi‘ah. Kami belum pasti sama ada Syiah turut di kutuk di dalam khutbah-khutbah agama Hindu berdasarkan Fatwa no.20, ix bahawa Syiah mengkafir para sahabat Rasulullah (s.a.w) di kuil-kuil Hindu mereka di batu Caves dan lain-lain.
Justeru mereka bukanlah dari Ahli Sunnah Nabi (s.a.w), malah mereka adalah dari Ahli Sunnah Mu‘awiyah yang memusuhi Ali bin Abi Talib as dan para pengikutnya.Oleh itu Fatwa no.20 menolak perpaduan umat dan kehidupan harmoni secara keseluruhannya dengan menggalakkan orang ramai supaya membenci Syiah dimulai dari masjid-masjid di bawah arahan Jabatan-Jabatan Agama Islam negeri di seluruh Malaysia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sehingga Syiah Imamiyyah (Ja‘fari) tidak ada hak lagi untuk menjalani kehidupan dengan aman dan harmoni sebagai seorang manusia yang merdeka di negera ini menurut Perlembagaan Malaysia.
Peranan Wahabi Di Dalam Dan Di luar Malaysia
Tidak dapat dinafikan bahawa pengaruh Wahabi yang menyamar sebagai Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah telah menular di dalam Fahaman Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah di Malaysia dengan menerapan sikap mereka yang ekstrim.Justeru berlakulah umpamyanya Fatwa no.20 yang menyalahi Fatwa-Fatwa Syeikh al-Azhar daripada Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah. Kerana Wahabi telah menolak fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh Ahli Sunnah Wal-Jama’ah yang bermazhab al-Asya ‘irah seperti dipegang oleh Syeikh-Syeikh al-Azhar.
Pengeboman di World Trade Center di New York 9/11, pengeboman di Bali, pengeboman di masjid-masjid di Pakistan, Iraq, pembukaran kubur sahabat Nabi (s.a.w) Hujur Bin ‘Adi di Syria pada 2/5/2013 (Farsnews), pembakaran kubur sahabat Nabi (s.a.w) Ja‘far al-Tayyar di Jordan pada 4/5/2013 (Farsnews) dan lain-lain yang telah berlaku dan sedang berlaku biasanya ada kaitan dengan penganut-penganut Fahaman Wahabi. Mereka dikenali dengan nama yang bermacam-macam: Salafi (takfiri), al-Qaidah, Taliban, Jabhah al-Nusrah-takfiri dan lain-lain.
Apa yang pentingnya bahawa mereka adalah daripada Fahaman Wahabi dan misi mereka adalah untuk memecah belahkan perpaduan umat Islam; Sunnah dan Syiah umpamanya. Mereka membunuh Syiah walaupun Syiah berada di masjid-masjid dan di husainiyah-husainiyah mereka. Wahabi senang diperalat kemudian menjadi khadam kepada musuh-musuh Islam bagi tujuan pecah dan perintah seperti apa yang berlaku di Libya dan Syria kerana mereka menolak ilmu logik dan ilmu Falsafah serta sejarah. Oleh itu mereka mewarisi kejumudan di dalam fikiran. Dan mereka adalah Khawarij (moden) di abad ini.
v
Terjemahan Teks Fatwa Oleh Syeikh-Syeikh Al-Azhar Tentang Syi‘ah.
1. Terjemahan Teks Fatwa yang telah dikeluarkan oleh yang mulia al-Ustaz al-Akbar Syeikh Mahmud Syaltut Syeikh Universiti al-Azhar tentang harusnya melakukan amal ibadat menurut mazhab Syi’ah Imamiyyah.
Bismi llahi r-Rahmani -Rahim
Syeikh Syaltut menjawab: Setengah orang berpendapat bahawa untuk sahnya ibadat dan mu’amalat seorang muslim itu mestilah mengikuti salah satu daripada mazhab yang empat. Sementara mazhab Syi’ah Imamiyyah dan Syi’ah Zaidiyyah tidak termasuk. Adakah anda bersetuju pendapat tersebut secara mutlak?Justeru itu anda melarang (orang ramai) mengikuti mazhab Syi‘ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah umpamanya?
Beliau menjawab:
1.Agama Islam tidak mewajibkan ke atas seorangpun dari pengikut-pengikutnya berpegang kepada mazhab tertentu.Malah kami berpendapat bahawa setiap muslim berhak mengikuti mana mana mazhab yang dipindah secara betul dan hukum-hukumnya pula disusun di dalam kitab-kitab tertentu. Dan bagi individu yang telah mengikuti mana mana mazhab dari mazhab-mazhab tersebut dibolehkan pula berpindah kepada mazhab yang lain. Iaitu mana-mana mazhab yang lain dan ia tidak sedikitpun berdosa berbuat demikian.
2. Sesungguhnya mazhab Ja‘fari yang dikenali dengan mazhab Syi‘ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyya ialah satu mazhab yang harus beramal ibadat dengannya dari segi syarak sepertilah mazhab-mazhab Ahlu s-Sunnah. Oleh itu sayugialah bagi orang-orang Islam mengetahuinya dan membebaskan diri mereka dari asabiyyah tanpa kebenaran kepada mazhab-mazhab tertentu. Ugama Islam atau syariatnya bukanlah mengikuti mazhab tertentu atau berhenti di atas satu mazhab. Kerana semua mujtahid diterima di sisi Allah. Dan harus bagi orang yang tidak pakar di dalam perbincangan (al-Nazar) dan ijtihad mengikuti mereka dan beramal dengan apa yang mereka tetapkan di dalam fiqah mereka. Dan tidak ada perbezaan di dalam hal itu di antara hukum-hukum ibadat dan mu‘amalat.
Sayyid al-‘Allamah al-Ustaz Muhammad Taqi ql-Qummi: Setia usaha umum Jama‘ah al-Taqrib di kalangan mazhab-mazhab Islam:
Salamun “Alaikum wa rahmatu.
Adapun kemudian daripada itu adalah mengembirakan sekali bahawa saya mengutuskan kepada yang mulia satu salinan yang ditandatangani dari fatwa yang dikeluarkan tentang harusnya beribadat dengan Syi‘ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah dengan harapan anda menyimpannya di dalam pendaftaran Dar al-Taqrib Baina al-Madhahib yang kita telah mengambil bahagian bersama di dalam pembentukannya. Semoga Allah memberi taufik kepada kita bagi mencapai matlamatnya. Assalamu ‘alaikum.
Syeikh Mahmud Syaltut
Syeikh Universiti al-Azhar.
2.Terjemahan Teks Fatwa Syeikh Salim al-Busyra, Rektor Universiti al-Azhar dari tahun 1335 H/1909 M-1320 H/ 1900 M-1904 M dan tahun 1327 H/1909 M-1916 M
Kepada:
Sayyid ‘Abdu l-Husain Syarafuddin al- ‘Amili.
Surat bertarikh pada 3 Dhul- Hijjah 1329 H.
“Tidak menjadi halangan bagi seorang Sunnah mengambil hujah dari saudaranya (seorang Syi‘ah) apabila hujahnya kukuh. Pendapat anda dala soal ini adalah benar dan nyata. Sementara pendapat orang yang menentang adalah semata-mata degil dan keras kerana pendapat mereka bahawa tidak sahnya berpegang dengan hujah-hujah Syi‘ah adalah bertentangan dengan perbuatan mereka sendiri. Dan perbuatan mereka pula dalam mengambil hujah-hujah adalah bertentangan dengan perkataan mereka. Oleh itu perkataan dan perbuatan mereka tidak selari dan sejajar. Dan ia tidak akan mencapai sebarang matlamat. Pendapat mereka bertentangan di antara satu sama lain. Lantaran itu hujah mereka adalah lemah dan hujah anda adalah kukuh.
Di dalam waktu yang singkat ini saya ingin menamakan tulisan ini untuk anda dengan nama “Isnad Syi‘ah di dalam Isnad Sunnah”. Saya harap pembaikan (islah) akan berlaku di dunia Islam dengan pesatnya, Insya Allah. Kami beriman dengan semua ayat-ayat Allah (Dan ayat-ayat al-Qur’an yang diturunkan kepada Sayyidina Amiru l-Mukminin ‘Ali bin Abi Talib dan semua Ahlul-Baitnya (r.d) lebih banyak dari apa yang telah anda kemukakannya kepada saya).
Surat bertarikh 7 Dhu l-Hijjah 1329 H
“Hakim-hakim yang adil tiak akan menghukum dengan sesat terhadap orang-orang yang berpegang dengan tali Ahlu l-Bait dan orang yang mengikuti jalan mereka. Para imam mereka tidak ada kekurangan di dalam sesuatupun daripada para imam yang selayaknya menduduki mencukupi dan diberi ganjaran oleh Allah SWT sepertilah beramal dengan salah satu daripada mazhab yang empat tanpa diragukan lagi”
Syeikh Salim al-Busyra
Syeikh al-Azhar.
3.Terjemahan Teks Fatwa Syeikh Muhammad al-Fahham,
Rektor Universiti al-Azhar.
Bismillahi r-Rahmani r-Rahim
Muhammad al-Fahham,
Rektor Universiti al-Azhar
“Yang mulia Syeikh Hasan Sa‘id adalah seorang ulama besar di Tehran telah membuat kunjungan hormat ke rumahku No.5 Jalan Ali bin Abi Talib bersama yang mulia al-‘Allamah Sayyid al-Rifa‘i. Kunjungan itu telah meninggalkan kenangan yang indah di dalam jiwaku an mengingatkan kenangan yang manis semasa kunjunganku ke Tehran pada tahun 1970. Di sana aku telah berkenalan dengan kumpulan ulamak Syi‘ah Imamiyyah yang besar. Aku mengenali keperibadian mereka yang mulia dan telah melayaniku begitu mesra di mana aku tidak pernah menjangka sebelumnya.
Kunjungan mereka ke rumahku pada hari itu sebagai membuktikan kehormatan mereka kepadaku. Semoga Allah memberi ganjaran kepada kepada mereka di atas usaha mereka yang baik bagi merapatkan jurang perbezaan di kalangan mazhab-mazhab Islam yang satu dengan mengumpulkan mereka di atas arena persaudaraan yang telah dianjurkan al-Qur’an sebagaimana firman-Nya:
“Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara” (Surah al-Hujarat 49: 10). Persaudaraan ini adalah menjadi kewajipan ke atas para ulama yang berbeza aliran mazhab menjaga nilainya dan meninggalkan apa yang boleh mengeruhkan suasana dari segi faktor perpecahan yang dilarang oleh Allah SWT di dalam kitabNya yang mulia: “Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantahan yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang keutamaanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar” (Surah al-Anfal 8: 46).
Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas Syeikh Syaltut yang telah mengambil berat tentang pengertian yang mulia ini. Lantaran itu dia tetap dengan fatwanya yang terang dan berani sehingga dia berkata maksudnya: Harus beramal dengan mazhab Syi‘ah Imamiyyah sebagai mazhab Fiqh Islam yang berasaskan al-Qur’an, Sunnah dan dalil yang kuat. Saya berdoa kepada Allah SWT supaya merestui orang-orang yang berusaha ke arah memprdekatkan hubungan persaudaraan di dalam akidah Islam yang sebenarnya sebagaimana firmanNya: “Dan katakanlah: Bekerjalah kamu, maka Allah dan RasulNya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu” (Surah al-Taubah 9: 105) Wa l-Hamddddu li llahi Rabbi l ‘Alamin.
Muhammad al-Fahham,
Syeikh al- Azhar.
21 Dhu l-Qa ‘idah, 1397 H
4.Terjemahan fatwa Syeikh ‘Abdu l-Halim Mahmud, Rektor Universiti al-Azhar.
Bismillahi r-Rahmani r-Rahim
Al-Azhar,
Pejabat al-Imam al-Akbar,
Syeikh al-Azhar
Teks Fatwa yang telah ditulis oleh al-Ustaz al-Akbar pada bulan Dhu l-Qa‘idah tahun 1397 H kepada yang mulia al- ‘Allah al-Kabir al-Hajj Aqa Hasan Sa ‘id seorang daripada ulamak Syi‘ah Imamiyyah ddi Tehran, Iran 25 hb. Oktober 1997.
Yang mulia Syeikh Hasan Sa‘id,
ulamak Tehran.
Assalamu ‘Alaikum warahmatullah wa Barakatuh.
Sesungguhnya al-Azhar mempunyai kasih sayang yang mendalam terhadap saudara-saudara kami Imamiyyah dan Zaidiyyah. Apatah lagi kami sekarang di peringkat menyeru kepada penyatuan (al-Wahdah) dan persaudaraan. Oleh itu apabila berlaku sesuatu di sana sini, maka kita cuba memperbaikinya dan kita semua berjalan di atas jalan kesejahteraan dan kasih sayang. Dan apa yang telah dinyatakan di dalam buku Mudhakkirah al-Tauhid, akan memperbaiki (keadaan) Insya Allah. Dan kami berharap tindakan yang sama juga dilakukan di pihak anda. Syukur kepada Allah di atas usaha ke arah penyatuan.
Wa s-Salam ‘Alaikum wa Rahmatu Llah.
‘Abdu l-Hali Mahmud
Syeikh al-Azhar
Dipetik daripada: Pusat kebudayaan Islam Eropah,
Rome, Itali, Bil 363, cetakan keempat.
25 hb. Oktober, 1977 M.
Fatwa-Fatwa Oleh Syeikh Syeikh Al-Azhar Telah Meninggalkan Kesan Yang Positif Kepada Masyarakat Islam Di Dunia Selain Di Malaysia.
Fatwa-Fatwa tersebut melambangkan perpaduan dan kebenaran mazhab Syiah Imamiyyah (Ja‘fari) di mana ia boleh beramal ibadat dengannya. Fatwa-Fatwa tersebut berterusan sehingga ke masa kini di bawah pimpinan Syeikh al-Azhar sekarang bernama Perofessor Dr. Muhammad Taib. Ini terbukti mereka tidak dipengaruhi oleh Fahaman Wahabi yang meminta fatwa-fatwa itu ditarik balik kerana tukut kepada pengaruh Syiah (Syiah fobia). Kenapa takut kepada kebenaran? Khalifah Ali as berkata: “Manusia adalah musuh kepada apa yang mereka tidak mengetahuinya” (Nahj al-Balaghah). Fatwa-Fatwa tersebut dimansuhkan di Malaysia kerana takut kepada pengaruh Syiah. Justeru ia memberi laluan kepada Fahaman Wahabi untuk berkembang di Malaysia dengan lebih pesat seperti apa yang sedang berlaku di Mesir. Asal mereka bermazhab Syafi‘i, tetapi kini kebanyakan mereka telah bertukar kepada Fahaman Wahabi.
vi
Deklarasi Amman 2007
THE THREE POINTS OF THE AMMAN MESSAGE V.1
Frequently Asked Questions
In the Name of God, the Compassionate, the Merciful
May peace and blessings be upon the Prophet Muhammad and his pure and noble family
(1) Whosoever is an adherent to one of the four Sunni schools (Mathahib) of Islamic jurisprudence (Hanafi, Maliki, Shafi`i and Hanbali), the two Shi’i schools of Islamic jurisprudence (Ja`fari and Zaydi), the Ibadi school of Islamic jurisprudence and the Thahirischool of Islamic jurisprudence, is a Muslim. Declaring that person an apostate is impossible and impermissible. Verily his (or her) blood, honour, and property are inviolable. Moreover, in accordance with the Shaykh Al-Azhar’s fatwa, it is neither possible nor permissible to declare whosoever subscribes to the Ash`ari creed or whoever practices real Ta(s.a.w)wuf (Sufism) an apostate. Likewise, it is neither possible nor permissible to declare whosoever subscribes to true Salafi thought an apostate.
Equally, it is neither possible nor permissible to declare as apostates any group of Muslims who believes in God, Glorified and Exalted be He, and His Messenger (may peace and blessings be upon him) and the pillars of faith, and acknowledges the five pillars of Islam, and does not deny any necessarily self-evident tenet of religion.
(2) There exists more in common between the various schools of Islamic jurisprudence than there is difference between them. The adherents to the eight schools of Islamic jurisprudence are in agreement as regards the basic principles of Islam. All believe in Allah (God), Glorified and Exalted be He, the One and the Unique; that the Noble Qur’an is the Revealed Word of God; and that our master Muhammad, may blessings and peace be upon him, is a Prophet and Messenger unto all mankind. All are in agreement about the five pillars of Islam: the two testaments of faith (shahadatayn); the ritual prayer (salat); almsgiving (zakat); fasting the month of Ramadan ((s.a.w)m), and the Hajj to the sacred house of God (in Mecca). All are also in agreement about the foundations of belief: belief in Allah (God), His angels, His scriptures, His messengers, and in the Day of Judgment, in Divine Providence in good and in evil. Disagreements between the ‘ulama(scholars) of the eight schools of Islamic jurisprudence are only with respect to the ancillary branches of religion (furu`) and not as regards the principles and fundamentals (usul) [of the religion of Islam]. Disagreement with respect to the ancillary branches of religion (furu`) is a mercy. Long ago it was said that variance in opinion among the ‘ulama(scholars) “is a good affair”.
(3) Acknowledgement of the schools of Islamic jurisprudence (Mathahib) within Islam means adhering to a fundamental methodology in the issuance of fatwas: no one may issue a fatwa without the requisite personal qualifications which each school of Islamic jurisprudence determines [for its own adherents]. No one may issue a fatwa without adhering to the methodology of the schools of Islamic jurisprudence. No one may claim to do unlimited Ijtihad and create a new school of Islamic jurisprudence or to issue unacceptable fatwas that take Muslims out of the principles and certainties of theShari`ah and what has been established in respect of its schools of jurisprudence.
The Three Points of The Amman Message V.2
Deklarasi Amman ini di tandatangi oleh 552 peserta yang terdiri dari Ketua-ketua kerajaan, pembesar-pembesar, mufti-mufti, menteri-menteri agama, para akademik dan lain-lain di seluruh Dunia Islam termasuk 8 orang dari Malaysia di Amman, Jordan pada 2007.
MALAYSIA
1. H.E. Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi ∫
Prime Minister
2. Dr. Anwar Ibrahim § π
Former Deputy Prime Minister
3. Dato’ Dr. Abdul Hamid Othman §
Minister in the Office of the Prime Minister
4. Prof. Dr. Kamal Hasan ¶
President of the Islamic International University, Kuala Lumpur
5. Prof. Dr. Mohammad Hashim Kamali § π
Dean of the International Institute of Islamic Thought and Civilisation
6. Mr. Shahidan Kasem §
First Minister of Perlis State, Malaysia
7. Mr. Khayri Jamal Al-Din §
Deputy Chairman for the Youth Sector, the United Malays
National Organisation
8. Dr. Salih Qadir Karim Al-Zanki *
International Islamic University
Deklarasi itu menetapkan antaranya bahawa Syiah Imamiyyah Ja‘fariyya (Ja‘fari) sebagai mazhab yang Sah dan boleh beramal ibadat dengan aman dan harmoni. Maka ia bertepatan dengan Perlembagaan Malaysia no.3 (i). Tetapi ia bercanggah dengan Fatwa no.20 (JAIS).
Perlembagaan Republik Islam Iran Dan kaitannya Dengan Pelembagaan
Malaysia Di Dalam Kebebasan Beragama Sebagai Renongan
Perhatikanlah sebagai contoh, hak-hak yang diberikan oleh Syi'ah Imamiyyah Ja‘fariyyah kepada mazhab Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah dan lain-lain sekalipun banyak hukum-hukum dan aqidah-aqidah di dalam mazhab-mazhab tersebut menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah (s.a.w). Di dalam erti kata yang lain walaupun Pegangan/ Fahaman Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah itu bercanggah dan meyeleweng dari mazhab Syiah Imamiyyah Ja‘fariyyah.
Perkara 12 di dalam Perlembagaan Republik Islam Iran menyatakan:
"Agama rasmi bagi Republik Islam Iran ialah Islam dan mazhab Ja'fari Imam 12. Adapun mazhab-mazhab Islam yang lain yang terdiri dari mazhab Hanafi, Syafi'i, Maliki, Hanbali dan Zaidi semuanya menikmati kehormatan sempurna. Dan pengikut-pengikut mazhab-mazhab tersebut pula bebas mengerjakan upacara-upacara keislaman mereka menurut fiqh mereka. Malah mazhab-mazhab tersebut diambil kira secara rasmi di dalam pengajaran, pendidikan Islam, undang-undang keluarga (perkahwinan, talak, pusaka, dan wasiat) dan perkara-perkara yang berkaitan dengan penghakiman. Dan setiap kawasan pengikut-pengikut salah satu dari mazhab-mazhab tersebut menikmati suara majoriti. Kerana hukum-hukum tempatan bagi kawasan tersebut menurut kemuslihatan majlis-majlis syura tempatan adalah sejajar dengan mazhab tersebut. Di samping menjaga hak-hak pengikut-pengikut mazhab-mazhab lain."
Ini menunjukkan kemampuan mazhab Syiah Ja'fari menjadi induk kepada mazhab-mazhab lain kerana tradisi ilmu dan aliran pemikiran mazhab-mazhab lain dihormati oleh para ulama mereka, dengan memberi kebebasan yang sewajarnya. Kita belum dapati di dalam dunia Sunni sebuah negara yang mengamalkan sistem satu mazhab, kemudian memberi kebebasan kepada mazhab-mazhab Sunni yang lain di dalam pelajaran, nikah kahwin, talak, undang-undang keluarga dan lain-lain sebagaimana telah diberikan oleh mazhab Ja'fari di Iran.
Ini disebabkan oleh kesempitan pemikiran kebanyakan para ulama kita Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah apatah lagi mereka terlalu fanatik kepada mazhab yang dianuti tanpa kajian yang jujur dan mendalam meskipun terhadap mazhab-mazhab Sunni yang lain.
Walaubagaimanapun Perlembagaan Persekutuan No.3 (i) adalah sejajar dengan Perlembagaan Republik Islam Iran tentang kebebasan beragama dan bermazhab, tetapi ia bercanggah dengan Fatwa no. 20 Kerajaan Negeri Selangor yang diwartakan bahawa Fahaman (mazhab) Syiah sebagai menyeleweng kerana bercanggah dengan Pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaa‘ah. Justeru Fatwa no. 20 itu adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan itu sendiri.No.3 (i).Islam is the religion of the Federation, but other religions may be practiced in peace and harmony in any part of Federation”. Justeru Syiah Imamiyyah Ja‘fariyyah mestilah diletakkan sama ada dibawah “Islam” atau dibawah “other religions” agama-agama yang lain “may be practiced in peace and harmony in the Federation”.
vii
Definisi Kekafiran
Perkataan “kekafiran” adalah pecahan daripada perkataan “kafir”. Menurut Kamus Dewan, perkataan “kekafiran” memberi pengertian sifat-sifat kafir.Dan kafir adalah orang yang tidak beriman kepada Allah dan Rasul-Nya Sementara perkataan “mengkafir atau mengafir” bererti menganggap kafir atau mengatakan kafir (Kamus Dewan, hlm. 514). Perkataan “murtad” bererti seorang keluar daripada agamanya, tidak setia kepada agamanya (Kamus Dewan, hlm. 846) Justeru orang Islam yang menjadi kafir atau murtad adalah orang yang keluar agama Islam.
Kajian mengenai para sahabat yang telah menjadi kafir-murtad selepas kewafatan Nabi (s.a.w) amat mencemaskan, tetapi ianya suatu hakikat yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun kerana ia telah dicatat oleh al-Bukhari dan Muslim di dalam Sahih-Sahih mereka di mana kedua dua kitab tersebut dinilai sebagai kitab yang paling Sahih selepas al-Qur’an oleh Ahli Sunnah Wal Jama‘ah sendiri. Di samping itu ia juga telah dicatat oleh pengumpul-pengumpul Hadis daripada mazhab Ahlu l-Bait Rasulullah (s.a.w) di dalam buku-buku mereka.
Amatlah dikesali bahawa kaum Wahabi yang menyamar sebagai Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah di negara ini sentiasa menyamarakkan sentimen anti Syi‘ah dengan slogan “Syi‘ah mengkafirkan para sahabat Rasulullah (s.a.w)” bagi mendapatkan sokongan orang ramai kepada gerakan mereka.Walau bagaimanapun kajian ringkas ini adalah bagi menjawab Fatwa no.20 (ix) bahawa Syiah mengkafir para sahabat Rasulullah (s.a.w).
Sekiranya al-Bukhari dan Muslim telah mencatat kekafiran majoriti para sahabat selepas kewafatan Nabi (s.a.w) di dalam Sahih-Sahih mereka, kenapa kita menolaknya dan melemparkan kemarahan kepada orang lain pula khususnya kepada Syiah? Dan jika mereka berdua berbohong, merekalah yang berdosa dan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah (swt). Dan jika kita Ahli Sunnah Nabi (s.a.w) yang sebenarnya, nescaya kita menerimanya. Jika tidak, kita adalah Ahli anti sebahagian Sunnah atau Hadis Nabi (s.a.w).
Definisi Sahabat
Berbagai pendapat mengenai definisi sahabat telah dikemukakan. Ada pendapat yang mengatakan: "Sesiapa yang bersahabat dengan Nabi (s.a.w) atau melihatnya daripada orang-orang Islam, maka ia adalah daripada para sahabatnya."
Definisi inilah yang dipegang oleh al-Bukhari di dalam Sahihnya (al-Bukhari, Sahih, v, hlm.1). Sementara gurunya Ali bin al-Madini berpendapat: Sesiapa yang bersahabat dengan Nabi (s.a.w) atau melihatnya, sekalipun satu jam di siang hari, adalah sahabatnya (Ibid). Manakala al-Zain al-Iraqi berkata: "Sahabat adalah sesiapa yang berjumpa dengan Nabi sebagai seorang Muslim, kemudian mati di dalam Islam." Said bin Musayyab berpendapat: "Sesiapa yang tinggal bersama Nabi selama satu tahun atau berperang bersamanya satu peperangan."
Pendapat ini tidak boleh dilaksanakan kerana ianya mengeluarkan sahabat-sahabat yang tinggal kurang daripada satu tahun bersama Nabi (s.a.w) dan sahabat-sahabat yang tidak ikut berperang bersamanya.Ibn Hajar berkata: "Definisi tersebut tidak boleh diterima (Ibn Hajr, Fath al-Bari, viii, hlm.1)
Ibn al-Hajib menceritakan pendapat 'Umru bin Yahya yang mensyaratkan seorang itu tinggal bersama Nabi (s.a.w) dalam masa yang lama dan "mengambil (hadith) daripadanya (Syarh al-Fiqh al-‘Iraqi, hlm.4-3) Ada juga pendapat yang mengatakan: "Sahabat adalah orang Muslim yang melihat Nabi (s.a.w) dalam masa yang pendek(Ibid).
Kedudukan Para Sahabat
Kedudukan Para Sahabat Di Bahagikan Kepada Tiga:
1. Sahabat semuanya adil dan mereka adalah para mujtahid. Ini adalah pendapat Ahli Sunnah Wa l-Jama‘ah.
2. Sahabat seperti orang lain, ada yang adil dan ada yang fasiq kerana mereka dinilai berdasarkan perbuatan mereka. Justeru sahabat yang baik diberi ganjaran kerana kebaikannya. Sebaliknya yang jahat dibalas dengan kejahatannya. Ini adalah pendapat mazhab Ahlu l-Bait Rasulullah (s.a.w) atau Syi‘ah Imamaiah (Ja’fari) atau Syiah Imam Dua belas.
3. Semua sahabat adalah kafir-semoga dijauhi Allah-Ini adalah pendapat Khawarij yang terkeluar daripada Islam.
Di Dalam Al-Qur’an Sahabat Bukan Semuanya Adil
i. Ada sahabat yang telah melarikan diri dari jihad Surah al-Taubah (9):25
ii.Ada sahabat yang lebih menyukai kehidupan dunia daripada Akhirat Surah al-Taubah (9):38
iii.Ada sahabat yang berdusta Surah Surah al-Taubah (9): 43
iv. Ada sahabat yang telah bersumpah namun berdusta Surah al-Taubah (9): 56
v. Ada sahabat penyebar fitnah dan ragu-ragu Surah al-Taubah (9): 45-47
vi. Ada sahabat yang mencampur amal solih dengan keburukan Surah al-Taubah (9): 102
vii. Ada sahabat munafiq Surah al-Taubah (9): 101
viii. Ada sahabat yang dikenali munafiq Surah al-Munafiqun (63): 1
ix. Ada sahabat yang berburuk sangka kepada Allah swt tanpa hak Surah Ali Imran (3): 154
x. Ada sahabat yang lari dari peperangan Uhud dan Hunain Surah Ali Imran (3):153
xi. Ada sahabat yang fasiq Surah al-Hujurat (49): 6
xii. Ada sahabat yang membantah Rasulullah (s.a.w.) dan membenci jihad kerana cintakan dunia Surah al-Anfal (8):5-8
xiii. Ada sahabat yang menghindari jihad di dalam perang Badar Surah al-Nisa’ (4): 77
xiv.Ada sahabat yang berbalik dari jihad dan melanggar janji dengan Rasulullah (s.a.w) Surah al-Ahzab (33): 15
viii
Dikemukan dibawah ini lima hadis daripada Sahih al-Bukhari (Al-Bukhari, Sahih, (Arabic-English), by Dr.Muhammad Muhammad Muhsin Khan, Islamic University, Medina al-Munawwara, Kazi Publications, Chicago, USA1987, jilid viii, hlm.378-384 (Kitab ar-Riqaq,bab fi l-Haudh) dan enam hadis dari Sahih Muslim Muslim, Sahih, edisi Muhammad Fuad ‘Abdu l-Baqi, Cairo, 1339H,(Bab Ithbat Hudhi Nabiyyi-na sallallahu ‘alaihi wa sifati-hi) seperti berikut:
Terjemahan Hadis-Hadis Dari Sahih al-Bukhari
i. Hadis no. 578. Daripada Abdullah bahawa Nabi (s.a.w) bersabda: Aku akan mendahului kamu di Haudh dan sebahagian daripada kamu akan dibawa di hadapanku.Kemudian mereka akan dipisahkan jauh daripadaku.Aku akan bersabda: Wahai Tuhanku! Mereka itu adalah para sahabatku (ashabi). Maka dijawab: Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka (inna-ka la tadri ma ahdathu ba‘da-ka)
ii. Hadis no. 584. Daripada Anas daripada Nabi (s.a.w) bersabda: Sebahagian daripada sahabatku akan datang kepadaku di Haudh (Sungai atau Kolam Susu) sehingga aku mengenali mereka, lantas mereka dibawa jauh daripadaku. Kemudian aku akan bersabda: Para sahabatku (ashabi)! Maka dia (Malaikat) berkata: Anda tidak mengetahui apa yang lakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka (inna-ka la adri ma ahdathu ba‘da-ka).
iii. Hadis no. 585. Abu Hazim daripada Sahl bin Sa‘d daripada Nabi (s.a.w) Nabi (s.a.w) bersabda: Aku akan mendahului kamu di Haudh. Dan siapa yang akan melaluinya akan miminumnya. Dan siapa yang meminumnya tidak akan dahaga selama-lamanya.Akan datang kepadaku beberapa orang yang aku kenali, dan mereka juga mengenaliku.Kemudian dihalang di antaraku dan mereka. Abu Hazim berkata : Nu‘man bin Abi ‘Iyasy berkata selepas mendengarku: Adakah anda telah mendengar sedemikian daripada Sahl?
Aku menjawab: Aku naik saksi bahawa aku telah mendengar Abu Sa‘id al-Khudri berkata perkara yang sama, malah dia menambah: Nabi (s.a.w) bersabda: Aku akan bersabda: mereka itu adalah daripadaku (ashabi). Maka dijawab: “Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka Aku akan bersabda:Jauh!Jauh! (daripada rahmat Allah) atau ke Neraka mereka yang telah mengubah atau menukarkan (hukum Allah dan Sunnahku) selepasku (suhqan suhqan li-man ghayyara ba‘di)”
Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda: Sekumpulan daripada para sahabatku akan datang kepadaku di Hari Kiamat. Kemudian mereka akan diusir jauh dari Haudh.Maka aku akan bersabda: Wahai Tuhanku! Mereka itu adalah para sahabatku (ashabi). Dijawab: Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang mereka lakukan selepas anda meninggalkan mereka (inna-ka la ‘ilma la-ka bima ahdathu ba‘da-ka) Sesungguhnya mereka telah menjadi kafir-murtad kebelakang (irtaddu ‘ala a‘qabi-bi-himu l-Qahqariyy).
iv. Hadis no. 586. Daripada Ibn Musayyab bahawa Nabi (s.a.w) bersabda: Sebahagian daripada para sahabatku akan mendatangiku di Haudh, dan mereka akan dipisahkan dari Haudh.Maka aku berkata:Wahai Tuhanku! Mereka adalah para sahabatku (ashabi), maka akan dijawab: Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka.Sesungguhnya mereka telah menjadi kafir-murtad ke belakang selepas anda meninggalkan mereka (inna-hum irtaddu ba ‘da-ka ‘ala Adbari-ka l-Qahqariyy).
v.Hadis no.587. Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi (s.a.w)bersabda: Manakala aku sedang tidur, tiba-tiba sekumpulan (para sahabatku) datang kepadaku. Apabila aku mengenali mereka,tiba-tiba seorang lelaki (Malaikat) keluar di antara aku dan mereka. Dia berkata kepada mereka: Datang kemari.Aku bertanya kepadanya: Ke mana? Dia menjawab: Ke Neraka,demi Allah. Aku pun bertanya lagi: Apakah kesalahan mereka? Dia menjawab: Mereka telah menjadi kafir-murtad selepas kamu meninggalkan mereka ((inna-hum irtaddu ba‘da-ka ‘ala Adbari-himi l-Qahqariyy). Justeru aku tidak melihat mereka terselamat melainkan (beberapa orang sahaja) sepertilah unta yang sesat daripada pengembalanya (fala ara-hu yakhlusu min-hum illa mithlu hamali n-Na‘am).
Terjemahan Hadis-Hadis Dari Sahih Muslim
i. Hadis no.26. (2290) Daripada Abi Hazim berkata: Aku telah mendengar Sahlan berkata: Aku telah mendengar Nabi (s.a.w) bersabda: Aku akan mendahului kamu di Haudh.Siapa yang melaluinya, dia akan meminumnya. Dan siapa yang meminumnya, dia tidak akan dahaga selama-lamanya.Akan datang kepadaku beberapa orang yang aku mengenali mereka dan mereka mengenaliku (para sahabatku). Kemudian dipisahkan di antaraku dan mereka.Abu Hazim berkata: Nu‘man bin Abi ‘Iyasy telah mendengarnya dan aku telah memberitahu mereka tentang Hadis ini. Maka dia berkata: Adakah anda telah mendengar Sahlan berkata sedemikian? Dia berkata: Ya.
(2291) Dia berkata: Aku naik saksi bahawa aku telah mendengar Abu Sa‘id al-Khudri menambah: Dia berkata: Sesungguhnya mereka itu adalah daripadaku (inna-hum min-ni). Dan dijawab: Sesungguhnya anda tidak mengetahui bid‘ah-bid‘ah yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka (inna-ka la tadri ma ahdathu ba‘da-ka). Maka aku (Nabi (s.a.w) bersabda: Jauh !Jauh! (daripada rahmat Allah)ke Neraka mereka yang telah mengubah atau menukarkan (hukum Tuhanku dan Sunnahku) selepasku (Suhqan suhqan li-man baddala ba‘di)
ii. Hadis no.27 (2293) Dia berkata: Asma‘ binti Abu Bakar berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Sesungguhnya aku akan berada di Haudh sehingga aku melihat mereka yang datang kepadaku dikalangan kamu (man yaridu ‘alayya min-kum). Dan mereka akan ditarik dengan pantas (daripadaku), maka aku akan bersabda: Wahai Tuhanku!
Mereka itu daripada (para sahabat) ku dan daripada umatku. Dijawab: Tidakkah anda merasai atau menyedari apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka (amma sya‘arta ma ‘amilu ba‘da-ka)? Demi Allah, mereka sentiasa mengundur ke belakang (kembali kepada kekafiran) selepas anda meninggalkan mereka (Wa Llahi!Ma barihu ba‘da-ka yarji‘un ‘ala a‘qabi-him)Dia berkata:Ibn Abi Mulaikah berkata: “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya kami memohon perlindungan daripadaMu supaya kami tidak mengundur ke belakang (kembali kepada kekafiran) atau kami difitnahkan tentang agama kami”
iii. Hadis no. 28. (2294) Daripada ‘Aisyah berkata: Aku telah mendengar Nabi (s.a.w) bersabda ketika beliau berada di kalangan para sahabatnya (ashabi-hi): Aku akan menunggu mereka di kalangan kamu yang akan datang kepadaku. Demi Allah! Mereka akan ditarik dengan pantas dariku. Maka aku akan bersabda: Wahai Tuhanku! Mereka adalah daripada (para sahabat) ku dan daripada umatku. Dijawab: Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka (inna-ka la tadri ma ‘amilu ba‘da-ka). Mereka sentiasa mengundur ke belakang (kembali kepada kekafiran) (Ma zalu yarji‘un ‘ala a‘qabi-him)
iv. Hadis no.29 (2295) Daripada Abdullah bin Rafi‘; Maula Ummi Salmah; isteri Nabi (s.a.w)Rasulullah (s.a.w) bersabda: Sesungguhnya aku akan mendahului kamu di Haudh. Tidak seorangpun daripada kamu (para sahabatku) akan mendatangiku (la ya’tiyanna ahadu-kum) sehingga dia akan dihalau atau diusir daripadaku(fa-yudhabbu ‘anni) sebagaimana dihalau atau diusir unta yang sesat (bilangan yang sedikit) (ka-ma yudhabbu l-Ba‘iru dh-Dhallu). Aku akan bersabda: Apakah salahnya? Dijawab: Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka (inna-ka la tadri ma ahdathu ba‘da-ka)Maka aku bersabda:Jauh! (daripada rahmat Allah) (suhqan).
v. Hadis no.32 (2297) Daripada Abdillah, Rasulullah (s.a.w) bersabda: Aku akan mendahului kamu di Haudh. Dan aku akan bertelagah dengan mereka (aqwaman). Kemudian aku akan menguasai mereka.Maka aku bersabda: Wahai Tuhanku! Mereka itu adalah para sahabatku.Mereka itu adalah para sahabatku (Ya Rabb! Ashabi, ashabi). Lantas dijawab: Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka (inna-ka la tadri ma ahdathu ba‘da-ka)
vi. Hadis no.40. (2304) Daripada Anas bin Malik bahawa Nabi (s.a.w) bersabda: Akan datang kepadaku di Haudh beberapa lelaki (rijalun) daripada mereka yang telah bersahabat denganku (mimman sahabani) sehingga aku melihat mereka diangkat kepadaku.Kemudian mereka dipisahkan daripadaku. Maka aku akan bersabda: Wahai Tuhanku! Mereka adalah para sahabatku. Mereka adalah para sahabatku (Usaihabi) Akan dijawab kepadaku: Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka (inna-ka la tadri ma ahdathu ba‘da-ka).
Perkataan-Perkataan Yang Penting Di Dalam Hadis-Hadis Tersebut.
al-Bukhari telah menyebut perkataan-perkataan penting seperti beriku:
i. Ashabi (para sahabatku) secara literal sebanyak empat kali
ii. Inna-ka la tadri atau la ‘ilma la-ka ma ahdathu ba‘da-ka (Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan(ahdathu) oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka) sebanyak tiga kali. Perkataan ahdathu bererti mereka telah melakukan bid‘ah-bid‘ah atau inovasi yang menyalahi al-Qur’an dan Sunnah nabi (s.a.w).
iii. Inna-hum Irtaddu (Sesungguhnya mereka telah menjadi kafir-murtad) sebanyak empat kali.
iv. Suhqan suhqan li-man gayayara ba‘di (Jauh! Jauh! (daripada rahmat Allah) atau ke Nerakalah mereka yang telah mengubah atau menukarkan-hukum Tuhanku dan Sunnahku-selepasku) satu kali. Perkataan“Ghayyara” bererti mengubah atau menukarkan hukum Allah dan Sunnah Nabi-Nya.
v. Fala arahu yakhlusu minhum mithlu hamali n-Na‘am (Aku tidak fikir mereka terselamat melainkan (beberapa orang sahaja) sepertilah unta yang sesat daripada pengembalanya) satu kali.
Sementara Muslim telah menyebut perkataan-perkataan yang penting di dalam Hadis-Hadis tersebut seperti berikut:
i. Ashabi (para sahabatku) secara literal satu kali.
ii. Ashabi-hi (para sahabatnya) satu kali,
iii. Sahaba-ni (bersahabat denganku) satu kali
iv. Usaihabi (para sahabatku) dua kali.
v. Innaka la tadri ma ahdathu ba‘da-ka (sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan(ahdathu) oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka) tiga kali.
vi. Inna-ka la tadri atau sya‘arta ma ‘amilu ba‘da-ka (Sesungguhnya anda tidak mengetahui atau menyedari apa yang dilakukan (ma ‘amilu) oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka)tiga kali . Perkataan “Ma ‘amilu” (Apa yang dilakukan oleh mereka) adalah amalan-amalan yang menyalahi hukum Allah dan Sunnah Nabi-Nya.
vii. Ma barihu atau Ma zalu Yarji‘un ‘ala a‘qabi-him (mereka sentiasa kembali kepada kekafiran) dua kali
viii. Suhqan suhqan li-man baddala ba‘di (Jauh! Jauh! (daripada rahmat Allah) atau ke Nerakalah mereka yang telah mengganti atau mengubah atau menukar-hukum Tuhanku dan Sunnahku- selepasku) satu kali. Perkataan “Baddala” bererti mengganti atau mengubah atau menukar hukum Allah dan Sunnah Nabi-Nya.
Justeru sebab-sebab mereka menjadi kafir-murtad menurut al-Bukhari dan Muslim adalah kerana mereka:
(i) Ahdathu=Irtaddu atau yarji‘un ‘ala a‘qabi-him
(ii) ‘Amilu =Irtaddu atau yarji‘un ‘ala a‘qabi-him
(iii) Ghayyaru=Irtaddu atau yarji‘un ‘ala a‘qabi-him
(iv) Baddalu=Irtaddu atau yarji‘un ‘ala a‘qabi-him
ix
Ini bererti mereka yang telah mengubah hukum-Nya dan Sunnah Nabi-Nya dilaknati (mal‘unin). Justeru sebarang justifikasi (tabrirat) seperti Maslahah, Masalihu l-Mursalah, Saddu dh-Dhara’i‘, Maqasidu sy-Syari‘ah‘, Ijtihad, Qiyas dan sebagainya bagi mengubah atau menukar atau membatalkan sebahagian hukum Allah dan Sunnah Nabi-Nya adalah bercanggah dengan al-Qur’an dan Sunnah Nabi (s.a.w)yang sebenar. Jika mereka terus melakukan sedemikian, maka mereka bukanlah Ahli Sunnah Nabi (s.a.w) yang sebenar, malah mereka adalah Ahli anti sebahagian Sunnah nabi (s.a.w) sebagaimana dijelaskan di dalam hadis-hadis tersebut.
Sebab utama yang membawa mereka menjadi kafir-murtad (Irtaddu atau La yazalun yarji‘un ‘ala a‘qabi-him) di dalam hadis-hadis tersebut adalah kerana mereka telah mengubah sebahagian hukum Allah dan Sunnah Nabi-Nya (baddalu wa ghayyaru) dengan melakukan berbagai bid‘ah (ahdathu) dan amalan-amalan (‘amilu) yang bercanggah dengan al-Qur’an dan Sunnah Nabi (s.a.w) yang sebenar.
Perkara yang sama akan berlaku kepada kita di abad ini jika kita melakukan perkara yang sama. Menurut al-Bukhari dan Muslim, hanya sebilangan kecil daripada mereka terselamat seperti bilangan unta yang sesat atau terbiar (mithlu hamali n-Na‘am). Justeru konsep keadilan semua para sahabat yang diciptakan oleh Abu l-Hasan al-Asy‘ari (al-Asy‘ari, al-Ibanah, cairo, 1958, hlm.12) dan dijadikan akidah Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah adalah bercanggah dengan hadis-hadis tersebut.
Dan hadis-hadis tersebut pula adalah bertepatan dengan firman-firman-Nya seperti berikut:
(i)Di dalam Surah al-Saba’ (34):13 “Dan sedikit daripada hamba-hambaKu yang bersyukur”
(ii)Di dalam Surah Yusuf (12):103 “Dan kebanyakan manusia bukanlah orang yang beriman, meskipun engkau harapkan”,
(iii)Di dalam Surah Sad (38):24 “Melainkan orang yang beriman dan beramal salih, tetapi sedikit (bilangan) mereka”
(iv)Di dalam Surah hud (11):40 “Dan tiadalah beriman bersamanya melainkan sedikit sahaja.”
Menurut al-Qur’an bahawa golongan Mukmin adalah sedikit. Justeru tidak hairanlah jika terdapat di kalangan para sahabat yang telah mengubah Sunnah Nabi (s.a.w), tidak meredai keputusan yang dibuat oleh Nabi (s.a.w) sendiri.
Malah mereka menuduh beliau melakukannya kerana kepentingan diri sendiri dan bukan kerana Allah (swt) berdasar kepada catatan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah.
Al-Bukhari di dalam Sahihnya, Jilid IV, hlm. 47 bab al-Sabr 'Ala al-Adha meriwayatkan bahawa al-A'masy telah memberitahu kami bahawa dia berkata: "Aku mendengar Syaqiq berkata: "Abdullah berkata: Suatu hari Nabi (s.a.w) telah membahagikan-bahagikan sesuatu kepada para sahabatnya sebagaimana biasa dilakukannya. Tiba-tiba seorang Ansar mengkritiknya seraya berkata: "Sesungguhnya pembahagian ini bukanlah kerana Allah (swt).
Akupun berkata kepadanya bahawa aku akan memberitahu Nabi (s.a.w) mengenai kata-katanya. Akupun mendatangi beliau ketika itu beliau berada bersama para sahabatnya. Lalu aku memberitahukan beliau apa yang berlaku. Tiba-tiba mukanya berubah dan menjadi marah sehingga aku menyesal memberitahukannya. Kemudian beliau bersabda:"Musa disakiti lebih dari itu tetapi beliau bersabar."
Perhatikanlah bagaimana perlakuan (ma ‘amilu) sahabat terhadap Nabi (s.a.w)! Tidakkah apa yang diucapkan oleh Nabi (s.a.w) itu adalah wahyu? Tidakkah keputusan Nabi (s.a.w) itu wajib ditaati? Tetapi mereka tidak mentaatinya kerana mereka tidak mempercayai kemaksuman Nabi (s.a.w).
Al-Bukhari di dalam Sahihnya, Jilid IV, Kitab al-Adab bab Man lam yuwajih al-Nas bi l-'Itab berkata: "Aisyah berkata: Nabi (s.a.w) pernah melakukan sesuatu kemudian membenarkan para sahabat untuk melakukannya. Tetapi sebahagian para sahabat tidak melakukannya. Kemudian berita ini sampai kepada Nabi (s.a.w), maka beliau memberi khutbah memuji Allah kemudian bersabda: "Kenapa mereka menjauhi dari melakukannya perkara yang aku melakukannnya. Demi Allah, sesungguhnya aku lebih mengetahui dari mereka tentang Allah dan lebih takut kepadaNya dari mereka."
Al-Bukhari juga di dalam Sahihnya Jilid IV, hlm. 49 bab al-Tabassum wa al-Dhahak (senyum dan ketawa) meriwayatkan bahawa Anas bin Malik telah memberitahukan kami bahawa dia berkata: "Aku berjalan bersama Rasulullah (s.a.w) di waktu itu beliau memakai burdah (pakaian) Najrani yang tebal. Tiba-tiba datang seorang Badwi lalu menarik pakaian Nabi (s.a.w) dengan kuat."
Anas berkata: "Aku melihat kulit leher Nabi (s.a.w) menjadi lebam akibat tarikan kuat yang dilakukan oleh Badwi tersebut. Kemudian dia (Badwi) berkata: Wahai Muhammad! Berikan kepadaku sebahagian dari harta Allah yang berada di sisi anda. Maka Nabi (s.a.w) berpaling kepadanya dan ketawa lalu menyuruh sahabatnya supaya memberikan kepadanya."
Di kalangan mereka ada yang telah menghina Nabi (s.a.w)dan mempersendakan Nabi (s.a.w) dengan mengatakan bahawa Nabi (s.a.w) “Sedang sakit atau meracau” di hadapan Nabi (s.a.w) “ Kitab Allah adalah cukup dan kami tidak perlu kepada Sunnah Nabi (s.a.w)” .( al-Bukhari, Sahih, I, hlm. 36; Muslim, Sahih, III, hlm. 69)Ada yang mengatakan bahawa “Sunnah Nabi (s.a.w) mendatangkan perselisihan dan pertengkaran kepada Umat [Al-Dhahabi, Tadhkirah al-Huffaz, I , hlm.3]”.
“Mereka telah mengepung dan cuba membakar rumah anak perempuan Nabi (s.a.w) Fatimah (a.s) dan berkata: "Aku akan membakar kalian sehingga kalian keluar untuk memberi bai'ah kepada Abu Bakar."[Al-Tabari, Tarikh, III, hlm. 198; Abu-l-Fida”, Tarikh, I, hlm. 156], merampas Fadak daripada Fatimah (a.s) yang telah diberikan kepadanya oleh Nabi (s.a.w) semasa hidupnya (Lihat Ahmad bin Tahir al-Baghdadi, Balaghah al-Nisa’, II, hlm.14; Umar Ridha Kahalah, A'lam al-Nisa', III, hlm.208; Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, IV, hlm.79, 92), menyakiti hati Fatimah, Ali, al-Hasan dan al-Husain, kerana Rasulullah (s.a.w) bersabda “Siapa menyakiti Fatimah, dia menyakitiku, dan siapa menyakitiku, dia menyakiti Allah” “Siapa menyakiti Ali, sesungguhnya dia menyakitiku, dan siapa yang menyakitiku, dia menyakiti Allah” “al-Hasan dan al-Husain kedua-dua mereka adalah pemuda Syurga” (al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi’ al-Mawaddah, hlm. 129-131 dan lain-lain).
Mereka telah membakar hadis atau Sunnah Nabi (s.a.w) (Ibn Sa'd, Tabaqat, V, hlm. 140), “menghalang orang ramai dari meriwayatkan Sunnah Nabi (s.a.w)" [al-Dhahabi, Tadhkirah al-Huffaz, I, hlm. 7], mengesyaki Nabi (s.a.w) sama ada berada di atas kebenaran atau kebatilan [Muslim, Sahih, IV, hlm.12,14; al-Bukhari, Sahih, II, hlm. 111], mengubah sebahagian hukum Allah dan sunnah Nabi (s.a.w) (al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa’ hlm.136)
Al-Bukhari meriwayatkan bahawa al-Musayyab berkata: Aku berjumpa al-Barra’ bin ‘Azib (r.a), lalu aku berkata: Alangkah beruntungnya anda kerana anda telah bersahabat (Sahabta) dengan Nabi (s.a.w) dan membaiahnya di bawah pokok. Lantas dia menjawab: Wahai anak saudaraku! Sebenarnya anda tidak mengetahui apa yang kami lakukan (Ahdathna-hu) selepasnya (al-Bukari, Sahih, v, hlm.343 (Hadis no.488 ).
Kesemua hadis-hadis tersebut adalah menepati firman-Nya:
i.Di dalam Surah Ali Imran (3): 144: "Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang Rasul apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barang siapa yang berbalik ke belakang (murtad), maka ia tidak dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun dan Allah akan memberi balasan kepada mereka yang bersyukur."
ii. Dan bilangan yang sedikit sahaja yang "terselamat" adalah menepati firman-Nya di dalam Surah Saba' (34): 13: "Dan sedikit sekali dari hamba-hambaku yang berterima kasih."
x
Kesimpulan Kajian Dan Cadangan
Fatwa no.20, ix bahawa Syiah mengkafirkan para sahabat Rasulullah (s.a.w) amat mencemaskan kami dan amat berat bagi kami untuk menjawabnya Walaubagaimanapun kami terpaksa melakukannya demi kebenaran. Kekafiran majoriti para sahabat selepas kewafatan Nabi (s.a.w) sebagaimana dicatat oleh al-Bukhari dan Muslim di dalam Sahih-Sahih mereka amat menakutkan sekali kerana ia melibatkan ramai sahabat Rasulullah (s.a.w). Ianya bercanggah dengan akidah Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah dan Fatwa no.20 (ix) Majlis Agama Islam negeri Selangor (JAIS) bahawa Syiah mengkafirkan para sahabat Rasulullah (s.a.w).
Pada hakikatnya Allah swt dan Rasulullah (s.a.w) yang telah mengkafirkan para sahabatnya selepas kewafatannya kerana mereka telah mengubah (ghayyaru), menukar (baddalau) hukum Allah dan Sunnah Rasul-Nya berdasarkah kepada hadis-hadis tersebut. Lantaran itu setiap Muslim sama ada dia seorang yang bergelar sahabat, tabi‘i, mufti, kadi dan kita sendiri, tidak boleh mengubah atau melanggar atau membatalkan mana-mana hukum Allah dan Sunnah Nabi-Nya dengan alasan Maqasidu sy-Syari‘ah, Maslahah, Ijtihad, Ijmak, Qiyas dan sebagainya. Kerana Allah dan Rasul-Nya tidak akan meredai perbuatan tersebut di dalam firman-Firman-Nya seperti berikut:
(i) Firman-Nya“Tidak ada bagi lelaki mukmin dan perempuan mukminah (hak) memilih di dalam urusan mereka apabila Allah dan Rasul-Nya memutuskan urusan itu.Barang siapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya, maka ianya telah sesat dengan kesesatan yang nyata” (Al-Ahzab(33):36)
(ii) Firman-Nya “Tidak, demi Tuhan, mereka tidak juga beriman sehingga mereka mengangkat engkau menjadi hakim untuk mengurus perselisihan di kalangan mereka, kemudian mereka tiada keberatan di dalam hati mereka menerima keputusan engkau,dan mereka menerima dengan sebenar-benarnya” (Al-Nisa’(4): 65)
(iii) Firman-Nya “Barang siapa yang tidak menghukum menurut hukum yang diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang kafir” (al-Ma‘idah(5):44)
(iv) Firman-Nya “Barang siapa yang tidak menghukum menurut hukum yang diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim” (al-Ma‘idah(5):45) Firman-Nya “Barang siapa yang tidak menghukum menurut hukum yang diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasiq”(al-Ma‘idah(5):47)
(v) Firman-Nya “Barang siapa yang menentang Rasul, sesudah nyata petunjuk baginya dan mengikut bukan jalan orang-orang Mukmin, maka kami biarkan dia memimpin dan kami memasukkan dia ke dalam nereka Jahannam.Itulah sejahat-jahat tempat kembali” (Al-Nisa‘(4):115).
**
Justeru Fatwa no. 20 (ix) adalah bercanggah dengan al-Qur’an dan Sunnah Nabi (s.a.w) kerana:
i.Allah swt sendiri yang telah mengkafirkan para sahabat Rasulullah(s.a.w)selepas kewafatan Rasul-Nya secara umum kerana mereka telah mengubah (baddalu), menukar (ghayyaru), membatal dan melakukan bid‘ah-bid‘ah (ahdathu)terhadap hukum-hukum-Nya sebagaimana difirmankan di dalam al-Qur’an. Ini bererti para sahabat Rasulullah (s.a.w) tidak kebal di dalam menghadapi Allah swt dan menghadapi Rasul-Nya.
ii.Rasulullah (s.a.w) sendiri yang telah mengkafirkan para sahabatnya sendiri berdasarkan hadis-hadis al-Bukhari dan Muslim tersebut. Allah swt berfirman di dalam Surah al-Najm (53):3-4 “dan tidaklah yang diucapkannya itu menurut keinginannya. Tidak lain adalah wahyu yang diwahyukan”
iii.Dan jika terdapat Syiah yang telah melakukan perkara sedemikian, maka sebabnya adalah kerana mereka mentaati Allah dan Rasul-Nya (al-Qur’an dan Hadis Rasulullah (s.a.w) itu sendiri) dengan sepenuhnya (100%). Justeru Allah dan Rasul bersama Syiah menyalahi Fatwa tersebut.
iv.Al-Bukhari dan Muslim telah mencatat kekafiran majoriti para sahabat Rasulullah (s.a.w) selepas kewafatannya di dalam Sahih-Sahih mereka.
v.Al-Bukhari telah mencatat “Hanya bilangan yang sedikit sahaja daripada para sahabat Rasulullah (s.a.w) yang terselamat seperti unta yang sesat dari pengembalanya (Hadis no.587) Sementara Muslim mencatat: Tidak seorang pun daripada mereka (para sahabatku) akan mendatangiku sehingga dia akan dihalau atau diusir daripadaku sebagaimana dihalau atau diusir unta yang sesat” (bilangan yang sedikit sahaja) (Hadis no.29).
vi. Al-Bukhari juga telah mencatat Inna-hum Irtaddu (Sesungguhnya mereka (para sahabat)telah menjadi kafir-murtad) sebanyak empat kali (Hadis 585 sebanyak 2 kali , Hadis 586 satu kali dan Hadis 587 satu kali).
Sebab-Sebab kekafiran mereka
vii.Kerana mereka telah mengubah (baddalu) hukum Allah dan Sunnah Nabi (s.a.w).
viii. Kerana mereka telah melakukan bid‘ah-bid‘ah (ahdathu) terhadap hukum Allah dan Sunnah Nabi-Nya.
ix. Kerana mereka telah menukar (ghayyaru) hukum Allah dan Sunnah Nabi (s.a.w).
(x) Kerana mereka telah melakukan (‘amilu) perkara-perkara yang bertentangan dengan hukum al-Qur’an dan Sunnah Nabi (s.a.w) sebagaiman dijelaskan oleh hadis-hadis tersebut.
xi. Persoalan yang timbul: Adakah para mufti dan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia (hormat kami kepada mereka) benar-benar mengetahui bahawa Rasulullah (s.a.w) telah mengkafirkan para sahabatnya sendiri sebelum Fatwa ini diwartakan, tetapi mereka sengaja menyembunyikannya kemudian mereka menjadikan Syiah sebagai kambing hitam kerana mahu menyekat kebenaran dan pengaruh Syiah di Malaysia atau mereka tidak mengetahuinya?
Jika mereka tidak mengetahuinya (ini) bererti mereka perlu kepada Fatwa-Fatwa daripada Syeikh-Syeikh al-Azhar yang lebih alim (al-‘Alamiyyah) daripada mereka tentang Syiah Imamiyyah Ja‘fariyyah yang mana mereka telah mengeluarkan Fatwa bahawa mazhab Syiah Imamiyyah Ja ‘afariyyah diharuskan beramal ibadat dengannya. Lantas para mufti dan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia mengembalikan Fatwa yang mengharuskan beramal ibadat dengan mazhab Syiah Imamiyyah Ja‘fariyyah dan Syiah Zaidiyyah yang dimansuhkan.Persoalan yang timbul: Jika Allah dan Rasul-Nya mengkafirkan para sahabat Rasulullah (s.a.w) sebagaimana dicatat oleh al-Bukhari dan Muslim, kenapa Allah dan Rasul-Nya tidak dimasukkan di dalam Fatwa itu?
xii.Justeru Pegangan/Fahaman Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah bahawa semua sahabat Rasulullah (s.a.w) itu adalah adil (kebal) sehingga mereka boleh menyalahi hukum Allah dan Sunnah Rasul-Nya (s.a.w) yang sebenar dengan alasan-alasan yang tersendiri seperti ijtihad umapamanya adalah bercanggah dengan akidah al-Qur’an itu sendiri antaranya Surah al-Ahzab (33): 67 “Dan mereka berkata, “Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati para pemimpin dan para pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan (yang benar)”.
xiii. Para sahabat Rasulullah (s.a.w) juga wajib mentaati Allah dan Nabi-Nya (s.a.w) dengan sepenuhnya (100%).
Cadangan
xiv.Fatwa no. 20, (ix) yang menyatakan Syiah mengkafirkan para sahabat Rasulullah (s.a.w), hendaklah ditukar kepada Rasulullah (s.a.w) sendiri telah mengkafirkan para sahabatnya secara khusus kerana perbuatan mereka yang menyalahi hukum Allah dan Sunnah Rasul-Nya selepas kewafatannya atau ia dimansuhkan.
Justeru ganti rugi hendaklah diberikan kepada Syiah Imamiyyah (Ja‘fari) di Malaysia kerana bebanan Fatwa ini ke atas mereka semenjak ia diwartakan sebagai Fatwa no.20 pada 24 September 1998 sama ada dari segi mental, Psikologi, kemasyarakatan, peluang pekerjaan dengan kerajaan, diskriminasi dan lain-lain yang dilakukan terhadap kami sebagai Masyarakat Awam Syiah Imamiyyah (Ja‘fari) Malaysia.
Selain daripada Fatwa ini terdapat di kalangan Syiah Imamiyyah Ja‘fariyyah yang telah ditahan di bawah Akta Keselamatan di dalam negeri (ISA) mulai dari tahun 1997 kerana mereka berpegang kepada Syiah Imamiyyah Ja‘fari. Peringkat pertama adalah 10 orang Syiah ditahan dibawah akta tersebut. Jumlah mereka yang telah ditahan di bawah ISA dengan operasi yang bermacam-macam adalah melebihi 15 orang Syiah. Penahanan tersebut telah memberi kesan yang negatif kepada mereka dari semua sudut. Dan ia adalah bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia itu sendiri yang menjamin kebebasan beragama. Kami akan kemukakan perkara ini ke peringkat antarabangsa bagi mendapatkan keadilan dan mengembalikan hak-hak kami sebagai Kaum Minoriti Syiah yang tertindas menurut piagam bangsa-bangsa bersatu.
Cadangan
xv.Oleh itu, Fatwa no. 20 Bahawa Fahaman dan Ajaran Syiah adalah bercanggah dan menyeleweng daripada Pengangan Ahli Sunnah Wal Jama‘ah, hendaklah dimansuhkan kerana:
(i)Ia bercanggah dengan fatwa-fatwa oleh Syeikh-Syeikh al-Azhar yang merupakan pusat rujukan Ahli Sunnah Wal-Jama’ah Sedunia yang lebih alim (al-A‘lamiyyah) daripada para Mufti (hormat kami kepada mereka semua) di Malaysia bahawa sah beramal ibadat dengan Mazhab Syiah Imamiyyah Ja‘fariyyah. Pemansuhan fatwa-fatwa tersebut adalah pelik dari segi amanah ilmiah dan kepercayaan (thiqah) terhadap mereka.
(ii)Ia bercanggah dengan deklarasi Amman yang dipersetujui bersama oleh Kerajaan Malaysia.Ia telah ditandatangani oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia dan Yang Berbahagia Menteri Bahagian Agama di Jabatan Perdana Menteri bahawa sah beramal ibadat dengan mazhab Syiah Imamiyyah Ja‘fariyyah. Justeru mereka bertanggungjawab agar Syiah Imamiyyah Ja‘fari di Negara ini tidak didiskriminasikan di dalam semua aspek perundangan sama ada oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan lain-lain di negara ini dan bukan sebaliknya. Dengan berbuat demikian, maka konsep “Wasatiyah” itu akan dapat dilaksanakan.
(iii)Ia bercanggah dengan al-Qur’an dan Hadis-hadis Nabi (s.a.w) yang sebenar kerana kedua-duanya adalah sumber hukum yang disepakati oleh semua mazhab di dalam Islam dan bukan Pegangan/Fahaman Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah yang bercanggah sesama sendiri pula menjadi sumber hukum untuk menyesatkan Syiah. Oleh itu, hukum makhluk tidak boleh mengatasi hukum Allah SWT.
(iv)Ia menyamakan Pegangan/Fahaman Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah dengan Agama Islam itu sendiri sebagai sumber hukum dan agama Islam itu pula disamakan dengan pegangan/Fahaman Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah.Ini bererti Perlembagaan Persekutuan No.3 (i) hendaklah difahami secara batinnya sebagai “Islam or Pegangan/Fahaman Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah is the religion of the Federation, but other religions may be practiced in peace and harmony in any part of Federation” (FEDERAL CONSTITUTION, International Law Books Services, Kuala Lumpur 1997, hlm. 20). Pegangan/Fahaman Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah telah dinaiktaraf di dalam Fatwa tersebut kepada status Agama Islam itu sendiri, bukan sebagai satu mazhab dari mazhab-mazhab Islam sehingga ia menjadi kayu pengukur bagi menghukum Syiah. Syiah juga boleh melakukan sedemikian jika mereka mahu.
(v). Ia menjadikan Pegangan/Fahaman Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah yang menyalahi al-Qur’an itu lebih kebal dari al-Qur’an dan ia wajib ditaati pula walaupun ia bercanggah dan menyeleweng daripada al-Qur’an. Persoalan yang timbul: Adakah orang Islam (bukan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah) yang beramal ibadat menurut hukum al-Qur’an 100% itu masih dikira sesat dan menyeleweng oleh Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah?
(vi) Ia menjadikan Pegangan (Fahaman) Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah itu lebih kebal dari Sunnah/ Hadis Rasulullah (s.aw) dan ia wajib ditaati pula walaupun ia bercanggah dan menyeleweng daripada Sunnah /Hadis Nabi (s.a.w).Persoalan yang timbul: Adakah orang Islam (bukan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah) yang beramal 100% menurut Sunnah/Hadis Nabi (s.a.w) itu masih dikira sesat dan menyeleweng oleh Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah?
(vii) Ia menjadikan Syiah sebagai penganut Islam yang lebih rendah tarafnya dari penganut agama Hindu yang berkasta dari sudut kebebasan beragama dan bermazhab di Negara ini. Kerana penganut Hindu yang berkasta itu dikira setaraf dengan Penganut Pegangan/Fahaman Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah di Malaysia dari sudut kebebasan beragama dan bermazhab. Justeru Islam dan ketakwaan nampaknya tidak diambil kira apabila ia dikaitkan dengan Syiah. Persoalan yang timbul: Tidakkah Fahaman dan Ajaran Hindu juga bercanggah dan menyeleweng daripada Pegangan/Fahaman Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah?
(viii) Ia telah menjadikan Syiah sebagai bahan kebencian dan kutukan yang bertaraf “criminal” di masjid-masjid di bawah JAIS dan JAKIM, menyisih dan mendiskriminasikan Syiah, menolak perpaduan dengan Syiah di dalam semua keadaan.Nampaknya nilai akhlak yang mulia di dalam al-Qur’an dan Sunnah Nabi (s.a.w) tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya di masjid-masjid tersebut malah ia dikecualikan di dalam bab kutukan terhadap Syiah.Jika ia berterusan, maka tidak hairanlah jika pembenterasan terhadap Syiah (ethnic cleansing)akan berlaku di Malaysia kerana mereka adalah minoriti (la samiha- llah) sebagaimana berlaku di Sampang Indonesia dimana sebuah kampong Syiah diserang dan dibakar akibatnya ada yang terbunuh dan tercedera di dalam serangan itu. Justeru ia bercanggah dengan akhlak al-Qur’an dan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin rakyatnya beragama dan bermazhab dengan aman dan harmoni (3(i). Persoalan yang timbul: Siapakah yang sebenarnya menolak perpaduan?
(ix)Ia bercanggah dengan perlembagaan Malaysia no.3 (i) yang membenarkan kebebasan beragama. Justeru “tidak membenarkan mazhab-mazhab (fahaman-fahaman) Islam yang lain selain mazhab Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah diamalkan di Negara ini” adalah bercanggah dengan prinsip demokrasi dan kebebasan beragama kerana kebebasan beragama adalah lebih umum daripada kebebasan bermazhab.Justeru ia bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia dan logik.
Cadangan
(x) Para Mufti, Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia dan Menteri Bahagian Agama di Jabatan Perdana Menteri (hormat kami kepada mereka semua) bertanggungjawab bagi memansuhkan Fatwa anti-Syiah di Malaysia demi keadilan menurut al-Qur’an dan menepati kehendak zahir (bertulis) Perlembagaan Persekutuan itu sendiri.Jika tidak, masukkan Syiah Imamiyyah Ja‘fariyyah di bawah “other religions” may be practiced in peace and harmony in the Federation” (no.3 (i).
Dialog Pakar Antarabangsa
(xi) Ia diwartakan tanpa kajian yang mendalam, tanpa mengambil kira al-Qur’an dan Sunnah Nabi (s.a.w) yang sebenar sebagai pengukur kebenaran.Ia tidak sebagaimana dilakukan oleh Syeikh-Syeikh al-Azhar yang bertaraf al-Allamah (al A‘lamiyyah ) di dalam ilmu mereka. Ia semata-mata dibuat untuk menyekat kebenaran dan pengaruh Syiah Imamiyyah Ja‘fariyyah (Syiah fobia) walaupun Fatwa itu bercanggah dengan al-Qur’an, Sunnah Nabi (s.a.w) yang sebenar, dan Perlembagaan Malaysia no.3 (i). Justeru “Dialog Pakar Peringkat Antarabangsa Antara Sunnah Dan Syiah” wajib diadakan oleh JAIS secepat mungkin bagi membincang isu-isu yang berbangkit khususnya Fatwa no. 20 kerana ia melibatkan Syiah di seluruh dunia.
Kerajaan Islam Syiah Di Alam Melayu
(xii). Orang Melayu dari segi sejarah awal Islam dan kebudayaan mereka seperti
tahlil, berzanji, sambutan hari Maulid al-Rasul (s.a.w), ziarah kubur, majlis bercukur dan memperingati hari Asyura, adalah Syiah kerana kecintaan mereka kepada anak cucu Rasulullah(s.a.w). Malah itulah tuntutan Islam yang sebenar.Dan kembalinya mereka kepada Syiah adalah kembali kepada sejarah awal mereka yang bermula pada abad ke sembilan Masihi (abad ke tiga Hijrah) di Perlak kerana kerajaan Islam yang pertama di Alam Melayu adalah kerajaan Islam Perlak. Ia ditubuhkan pada tahun 225 H (840M) bermazhab Syiah Imamiyyah Ithna ‘Asy‘ariyyah. 5 Sultan yang bermazhab Syiah Imamiyyah Ja‘fariyyah telah memerintah Perlak (Alam Melayu). Justeru kami mencadangkan kepada Yang Amat Berbahagia Dato’ Sri Menteri Bahagian Agama di Jabatan Perdana Menteri, Malaysia supaya mengadakan “Seminar Antarabangsa tentang Pengaruh Syiah Di Alam Melayu” secepat mungkin kerana ia akan menyumbang kepada pengayaan minda di dalam budaya Melayu dengan mencari bukti yang lebih kukuh bahawa orang Melayu telah berpegang kepada Syiah Imamiyyah Ja‘fariyyah di Alam Melayu semenjak abad ke 9 M (3 H).Dan ia juga akan dapat menghilangkan Syiah fobia yang diciptakan di Malaysia.
UN*

Assalamualaikum Ustaz dan semua yang dimuliakan..
ReplyDeleteSaya ingin memohon jasa baik semua.. Saya ingin mengenali Mazhab Ahlul Bait.. Disusun sepuluh jari untuk membantu
0189092459