Friday, August 10, 2012

Budaya di Iran pada Malam Qadr 19 Ramadhan




 ·
Sebelum ni saya ada kata nak bongkar, selongkar dan korek aktiviti spritual kaum bermazhab Jaafari [Syiah Imamiyah] pada malam 19 Ramadhan tahun ni kan? Alhamdulillah, misi saya berjalan dgn lancar, hajat saya didengari dan dikabulkan Tuhan.

Sebab orang-orang kita Ahlussunnah ni dah didoktrin oleh Ustaz, Ustazah, Sheikh2 supaya 'jangan kaji', 'jangan baca' dan 'jangan tanya', maka saya terpanggil untuk bertindak melawan arus slogan2 sampah mereka tu sesuai dengan perintah Allah SWT spt berikut:

يا أَيُّهَا الَّذينَ آمَنُوا إِنْ جاءَكُمْ فاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصيبُوا قَوْماً بِجَهالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلى‏ ما فَعَلْتُمْ نادِمينَ
"Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu."  [QS Hujuraat: 6]

Selain itu, mereka juga mengatakan 'Jangan fikir! Ikut saja!...'. Sumpah, slogan ni pun saya dah campakkan ke tong sampah depan rumah saya. Sebab saya lebih bernafsu untuk mentaati ayat berikut:

 وَ يَجْعَلُ الرِّجْسَ عَلَى الَّذينَ لا يَعْقِلُونَ
"Dan Allah menimpakan kemurkaan kepada orang-orang yang tidak memggunakan akalnya."  [QS Yunus: 100]

( p/s: Kalau kaedah 'jangan fikir, ikut saja' ni mmg layak diterapkan, maknanya kalau org hindu atau budha yg nak kaji atau bertanya kpd tok Sami nya ttg ajaran Islam, tiba-tiba tok Sami kata "jangan fikir ttg Islam! ikut saja ajaran kita! Kita di jalan yg benar, Islam sesat dan kafir!' (eh Islam kafir? haha!) ...dan mereka sepatutnya kekal dlm agama mereka. Guane?? boleh tak? Sudah tentu kalian akan kata tak boleh dan tak adil )

Saya lebih bersemangat untuk mengkaji hal ini sebab saya teruja dengan apa yang dijanjikan oleh Al-Quran:

وَ الَّذينَ جاهَدُوا فينا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنا
"Dan orang-orang yang berjihad (bersungguh-sungguh) di atas jalan Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. [QS Ankabut: 69]
.
.
Ok bermulalah ceritanya,

Pada 19-21 Ramadhan 1432 tahun lalu (2011), saya ada kongsikan Notes berkaitan adat spiritual mereka [ imbas kembali di sinihttps://www.facebook.com/notes/john-lu-lala-lu/budaya-di-iran-dalam-menghidupkan-malam-qadr-malam-19-dan-21/263251643704504 ]. 

Apa yang bestnya 3 malam diorg ni ek? Berdasarkan kajian peribadi dan secara akademik, saya menemukan 3 poin penting:
  • Riwayat literatur mereka mentsabitkan bhw Malam Qadr adalah pada malam ke-19, 21 dan 23
  • Berdasarkan sejarah Islam, 19 Ramadhan pada waktu Subuh, Amirul Mukminin Ali ditetak dengan pedang beracun oleh Abdurrahman bin Muljam (laknatullah 'alayh)
  • Amirul Mukminin Ali syahid pada 21 Ramadhan ekoran drpd tetakkan si Laknatullah 'alayh.

Okay, saya takkan detailkan 3 poin ini sbb ia perlukan thread khusus. Jadi kita balik kpd objektif Notes ini. Bagi mana-mana pembaca yg tak pernah tahu & memang nak tahu bagaimana kaum Jaafari ini menghidupkan Malam Qadr,

[ PERHATIAN : yang tak nak tahu........tak perlu khuatir, tak perlu rasa iri hati , tak perlu rasa terancam atau tergugat , sila bertenang dan keluar daripada Notes saya ini  ]


Jom kita saksikan dan hayati bagaimana suasananya:

1. Di perkarangan Makam Imamzadeh Salleh, Tehran :

Mereka benar-benar menghayati Malam Qadr 19 Ramadhan.


Budak kecik pun beramal. Malulah orang2 kita di Malaysia pula sedap tidur, dah dijamin syurga barangkali. heh.

mak aih...sampai ke luar?
-------------------------------------------------------------------------

2. Di perkarangan Masjid Jamkaran, Qom : 

permandangan dari luar Masjid Jamkaran! Lawa seyh. Mcm nak pegi sana la pulak

Ingin mendapatkan rasa nyaman, maka 2 lelaki ni beramal di tepi kolam

Sang ibu beramal sambil memikul anaknya yg sedang nyenyak tidur

Semoga amalan, doa, hajat dan munajat mereka didengari dan dikabulkan Nya segera
-----------------------------------------------------------------------

3. Di perkarangan Masjid Universiti Tehran :

 

Mereka merintih kepada Yang Maha Mendengar

Dalam dah penuh, bukan alasan utk tak beramal, walaupun di luar Masjid

Satu keluarga
-----------------------------------------------------------------------

4. Di perkarangan Kompleks Makam Imam Ridha, Mashad :

penuh beb!

penjaga Kaunter pun beramal beb

fuh! Siap bawa kelambu tu.

Doa Jawshan Kabir dari software katanya. lebih mudah.

------------------------------------------------------------------------

5. Di perkarangan Makam Hazrat AbdulAziz Hasani :


Penjaga Kasut pun turut menghidupkan malam ke-19

Meletakkan al-Quran di kepala sebagai simbol penghormatan kepada Al-Quran

Bro! pergi la lepak minum kat kedai mamak. Buat apa beramal?
-----------------------------------------------------------------------

6. Di perkarangan makam perkuburan, Tehran :



Anak kecil, walaupun belum memahami erti malam Qadr, dia tetap berjaga malam

Ramai juga yg beramal di kuburan ahli masing2
----------------------------------------------------------------------

7. Di perkarangan Musollah Imam Khomeini :


Anak kecil ni dididik sejak kecil agar manfaatkan malam Qadr. Siyes Ibu bapanya memang hebat.

Sang ibu bersungguh2 beramal, anaknya nyenyak.

Tak muat nak masuk dalam. Kat luar pun tak jadi hal.

kerana terlalu letih, dia pun tertidur ditutupi buku Doa Jawshan Kabir

Semoga Allah segera mengabulkan hajatNya.


Okay. sebenarnya banyak lagi gambar yg menunjukkan pelbagai ragam dan cara kaum bermazhab Syiah Imamiyah ini bersungguh-sungguh menghidupkan Malam Qadr, yang tak dapat saya kongsikan kesemuanya, sebab terlalu banyak! 

[ * PERHATIAN :  Bagi sesiapa yang teruja gila nak tengok semua gambar yang ada, boleh rujuk website berita berbahasa Parsi di sini. Kesemuanya ada 12 tempat/album - http://www.mehrnews.com/fa/Default.aspx?t=Picture . semua ada! ]

Ye..ye..saya tahu, kita semua Ahlussunah dah dijamin Syurga, sebab tu kita tak perlu beramal bagai nak rak macam mereka. Namun timbul persoalan:

Ketika mana sebagian masyarakat kita menghukum mereka sebagai sesat (dan kafir), apakah Allah akan membiarkan mereka meskipun mereka rintihan, hajat dan munajat mereka kepada-Nya? Bukankah Allah menyuruh hamba2Nya berdoa kepadanya? dan seperti mana di dalam Al-Quran disebutkan Allah menjanjikan pengkabulan orang yg berdoa kepadaNya? Di mana pertimbangan akal waras kita untuk mengatakan mereka sebagai sesat? sedangkan kita sendiri tak pernah nak mendekati, mengkaji intipati mazhab mereka. Adilkah kita menghukum mereka tanpa ilmu? Saya biarkan para pembaca berfikir.

Ini baru malam ke-19, belum lagi malam ke-21 dan 23. Patutlah regim Zionis dan US (laknatullah 'alayh) tak berani serang Iran, barangkali diorg tengok keseluruhan Muslim Syiah di Iran ni bersatu dan kebergantungan mereka kepada Tuhan sangat tinggi.

Jadi, saya simpulkan sekali lagi 3 poin penting ttg Malam Qadr yang diyakini oleh mereka (mazhab Syiah Imamiyah atau Jaafari):
  • Riwayat literatur mereka mentsabitkan bhw Malam Qadr adalah pada malam ke-19, 21 dan 23
  • Berdasarkan sejarah Islam, 19 Ramadhan pada waktu Subuh, Amirul Mukminin Ali ditetak dengan pedang beracun oleh Abdurrahman bin Muljam (laknatullah 'alayh)
  • Amirul Mukminin Ali syahid pada 21 Ramadhan ekoran drpd tetakkan si Laknatullah 'alayh.
Apapun, semoga semua amalan, doa dan munajat mereka dan kita semua diterima Tuhan, dikabulkan Tuhan, dan diredhai Tuhan. 

Dan semoga Laknat Allah tertumpah kepada Khawarij yang telah menetak Amirul Mukminin dengan pendang beracunnya. Allahumal'an Abdurrahman ibn Muljam. Allahumal'an qatalatal Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib

Rasul SAW bersabda: "Tidak mencintaimu wahai Ali kecuali Mukmin, Tidak membencimu kecuali Munafiq."

Allahumma shalli 'ala Muhammad wa aali Muhammad
Sekian dan Salam Damai.

9 comments:

  1. berpikir positif.....

    pahami, yg mana dikata sesat. mencari kesaksian dalm kebenaran untuk mencari berkah dari Allah swt.

    ReplyDelete
  2. Al-Qur'an ditaruh kepala ? GOBLOK !

    ReplyDelete
  3. and those who cursed us forget about al quran, the sing all night and yet they claim they are the best ummah. hollier tha thou!

    ReplyDelete
  4. membaca al-Qur'an bukan bagian AKIDAH, dia hanya sebagai bagian dari IBADAH. Syiah berbeda akidahnya, bukan ibadahnya.. untuk diakui sebagai Islam mereka menyamakan ibadah.. agar orang terpedaya ibarat musang berbulu domba. inti musang tetap musang.. walaupun dia berpakaian domba

    ReplyDelete
  5. sdr ikhwan nurdin barangkali mahu menyatakan orang yang membaca al Quran di dalam pos saya ini bercita-cita "agar orang terpedaya..." dan "musang tetap musang...". saya kagum sekali dgn orang-orang itu yang sanggup membaca al quran dimana-mana saja demi cita-cita "mmperdaya.." sunggh saya kagum.

    ReplyDelete
  6. Kesesatan pada aqidah, apabila aqidah rosak maka semua amalan tidak diterim.

    seseorang yg aqidahnya rosak dalam rukun Iman sebagai contoh percaya kepada malaikat, sebagaimana percaya kepada Allah memiliki syarat2nya begitu juga percaya kepada malaikat yg merupakan tentera2 Allah. Apabila meyakini bahawa Jibrail as salah dalam memberi wahyu kepada Rasulullah yg sepatutnya diberikan kepada Syaidina Ali kwj. ini merupakan kesalahan aqidah belum lagi menambah syafiat dalam sahadat dan azan, mengkafirkan sahabat..dsb

    ReplyDelete
    Replies
    1. syia tak pernah menyakini spt tuduhan saudara. sila baca kitab2 syia sebelum menyebarkan fitnah kelak dosamu akan diazab.

      Sabda Nabi saw: "Perumpamaan Ahli Baitku adalah spt bahtera Noh. Brgsiapa menaikinya akan selamat. Brgsiapa membelakanginya akan tenggelam." Sunni membelakangi bahtera Ahli Bait dgn menaiki bahtera Maliki, Syafie, Hanafi, dan Hanbali.

      Sabda Nabi saw: “Sesungguhnya aku meninggalkan kepada kalian tsaqalain (dua peninggalan yang sangat berharga). yaitu: Kitabullah (al-Quran) dan keturunanku Ahlulbaitku, selama kalian berpegang teguh kepada keduanya nisacaya kalian tidak akan sesat selamanya.” Nabi saw tak suruh ikut hanafi, maliki, syafie dan hanbali sbb mrk belum lahir lagi. Bermakna mereka ini tiada hubungan langsung dgn Rasullulah saw. Lainlah dgn syia yg mengambil hukum dari keturunan baginda yg mengambil ilmu dari bapa2 mrk hingga ke Imam Ali as - pintu gedung ilmu Rasulullah saw.

      APAKAH MAZHAB IMAM BUKHARI? umat sunni amat memuliakan hingga diberikan gelaran imam. Adakah beliau beramal dgn mazhab sunni?

      Delete
  7. Sdr Zainudin,
    Jawapannya:
    1. Apabila meyakini bahawa Jibrail as salah dalam memberi wahyu kepada Rasulullah yg sepatutnya diberikan kepada Syaidina Ali kwj. ini merupakan kesalahan aqidah
    jawapan: Syiah imamiyyah tak percaya seperti itu, hanya segelintir syiah ghulluw yang percaya kpd perkara itu dan malah syiah sendiri menyesatkan syiah ghulluw.

    2. belum lagi menambah syafiat dalam sahadat dan azan,
    jawapan: syiah tidak menganngap lafaz tersebut sebagai sebahagian dari azan. Tuan boleh semak kitab2 fekah syiah imamiyyah.

    3. mengkafirkan sahabat..dsb
    Jawapan: Mazhab syiah tidak mengkafirkan sahabat nabi saw.

    sekian terima kasih.

    ReplyDelete