BERDIAMNYA FATIMAH TIDAK BERERTI DIA BERPUAS HATI.
Ketiga; kamu katakan bahawa diamnya Fatimah bererti bahawa dia telah berpuas hati di dalam keputusan tersebut. Disini sekali lagi kamu telah salah. Berdiam diri tidak bererti tanda setuju. Terkadang kala tekanan dari yang berkuasa membuat kita terpaksa terima.
Fatimah bukan sahaja bersedih, tetapi meninggalkan dunia ini dengan marah. Kedua Bukhari dan Muslim menulis: ‘ Fatimah marah dengan Abu Bakr. Dia menjauhkan diri darinya dan tidak berkata-kata dengannya disepanjang baki hidupnya.’
ALI TIDAK BEBAS UNTUK BERTINDAK SEMASA DIA MENJADI KHALIFAH.
Kempat kamu katakan bahawa Ali tidak, semasa menjadi Khalifah, mengambil semula Fadak dan kembalikan kepada keturnan Fatimah, ini menunjukkan persetujuannya di dalam keputusan Khalifah yng lalu. Disini juga kamu telah salah. Imam yang suci tidak bebas untuk bertindak semasa dirinya menjadi Khalifah untuk menghapuskan bida’ah yang telah diadakan dan mengembalikan kebenaran. Apabila dia mengambil langkah untuk melakukannya, serta merta dia mendapat tentangan.
Jika dia mengembalikan Fadak kepada keturunan Fatimah, musuhnya, terutama Muawiya dan pengikutnya, akan mengatakan bahawa Ali telah bertindak menyalahi amalan Abu Bakr dan Umar. Selain itu, untuk meluluskan sesuatu perintah yang sedemikian, penguasaan dan kebebasan diperlukan ada pada Khalifah. Tetapi manusia tidak memberikan beliau kuasa yang sedemikian. Dia tidak boleh memulakan sesuatu yang menyalahi pendapat dan amalan Khalifah yang dahulu. Ketiadaan kuasa pada Ali dapat dilihat dari dua contoh ini.
Oleh kerana Khalifah yang terdahulu telah pindahkan mimbar dari tempat asalnya dimana telah diletakkan oleh nabi. Imam Ali cuba untuk memindahkannya semula ketempat asal. Tetapi manusia menentang beliau dan tidak mahu menerima apa sahaja yang berlainan dari amalan Abu Bakr dan Umar, walaupun jika ianya bertentangan dengan amalan nabi.
Begitu juga apabila Imam yang suci menghalang manusia dari mengerjakan solat tarawih berjamaah, mereka bangun menentang beliau dan mengatakan bahawa beliau cuba menukarkan cara Khalifah Umar.
Nawab: Tuan yang dihormati! Apa dia tarawih yang Ali halang dari dilakukan secara jamaah?
Shirazi: Secara lisan tarawih adalah jamaa’ bagi tarawia, yang bererti ‘duduk’. Kemudian di menjadi kepada maksud ‘duduk untuk rehat’ selepas empat rakaat dari solat pada malam bulan ramadhan. Kemudian ianya menjadi empat rakaat solat yang digalakkan [sunnah]. Adalah jelas dari perundangan Islam bahawa solat wajib sahaja dilakukan secara berjamaah, sedangkan solat sunnah di dalam berjamaah adalah ditegah [haram]. Nabi sendiri berkata: ‘Sesungguhnya, mendirikan solat sunnah dengan berjamaah pada malam Ramadhan adalah bidaa’. Solat Namaz-e-Chasht [solat duha] adalah berdosa. Wahai manusia janganlah melakukan solat sunnah ramadhan dengan berjamaah, dan janganlah lakukan sunnah duha. Yang pasti, lakukan solat sunnah yang kecil yang mengikut peraturan adalah lebih baik dari sesuatu yang besar tetapi bida’ah. Hendaklah kamu ketahui bahawa setiap bida’ah adalah yang menyalahi dan yang menyalahi membawa kepada neraka.
Shirazi: Secara lisan tarawih adalah jamaa’ bagi tarawia, yang bererti ‘duduk’. Kemudian di menjadi kepada maksud ‘duduk untuk rehat’ selepas empat rakaat dari solat pada malam bulan ramadhan. Kemudian ianya menjadi empat rakaat solat yang digalakkan [sunnah]. Adalah jelas dari perundangan Islam bahawa solat wajib sahaja dilakukan secara berjamaah, sedangkan solat sunnah di dalam berjamaah adalah ditegah [haram]. Nabi sendiri berkata: ‘Sesungguhnya, mendirikan solat sunnah dengan berjamaah pada malam Ramadhan adalah bidaa’. Solat Namaz-e-Chasht [solat duha] adalah berdosa. Wahai manusia janganlah melakukan solat sunnah ramadhan dengan berjamaah, dan janganlah lakukan sunnah duha. Yang pasti, lakukan solat sunnah yang kecil yang mengikut peraturan adalah lebih baik dari sesuatu yang besar tetapi bida’ah. Hendaklah kamu ketahui bahawa setiap bida’ah adalah yang menyalahi dan yang menyalahi membawa kepada neraka.
Satu malam semasa Khalifahnya di dalam tahun 14 Hijrah. Umar masuk kedalam masjid. Dia lihat manusia telah berkumpul di dalamnya. Dia bertanya mengapa mereka berkumpul. Manusia berkata bahawa mereka berkumpul untuk mendirikan solat sunnah. Umar berkata: ‘Itu adalah satu bida’ah, tetapi ianya adalah bida’ah yang baik.’
Bukhari menyatakan di dalam Sahih dari Abdu’r-Rahman Bin Abdu’l-Qari bahawa apabila Khalifah melihat manusia mendirikan solat perseorangan, dia mengatakan kepada mereka solat berjema’ah adalah lebih utama. Dia mengarahkan Ubayy bin Ka’b untuk memandu solat jama’ah tersebut. Apabila dia sampai di masjid pada malam esoknya, dia melihat manusia melakukan solat berjama’ah di dalam mematuhi arahannya. Dia berkata: ‘Betapa baiknya bida’ah ini.’
Ianya telah menjadi kebiasaan sehingga kepada masa Amirul-Mukminin. Dia menghalangnya, dengan berkata oleh kerana tidak dilakukan pada masa nabi, maka ianya adalah haram, sepatutnya tidak dibenarkan untuk dilakukan.
Apabila Imam pergi ke Kufa, penduduk Kufa meminta dia melantik sesaorang untuk memandu di dalam solat sunnah dimalam bulan Ramadhan. Imam menghalang mereka dari melakukannya secara berjama’ah. Walaupun begitu mereka, oleh kerana telah terbiasa dengannya, mereka terus tidak mengikuti arahan Imam. Sebaik sahaja Imam pergi dari tempat itu, mereka berkumpul dan melantik seorang untuk memandu solat secara berjama’ah. Apabila berita itu sampai kepada Imam yang suci dia memanggil anaknya yang tua Imam Hasan dan disuruhnya membawa pedang dan menghalang manusia dari mendirikan solat sunnah secara berjama’ah. Apabila manusia melihat ini, mereka berkata dengan kuat: ‘Wahai Ali! Hasan telah datang dan dia menghalang kami dari mengerjakan solat.’
Miskipun mereka mengetahui bahawa amalan solat sunnah berjama’ah tidak berlaku dimasa nabi, mereka masih tidak mengikut arahan Ali yang menepati dengan arahan nabi.
Jadi bagaimana Ali dapat memulangkan Fadak kepada keturunan Fatimah? Jika dia telah melakukan yang sedemikian dan katakan ianya telah dirampas secara tidak sah, manusia akan mengatakan bahawa Ali Ibn Abi Talib telah cenderung kepada dunia dan telah merampas harta Muslim untuk diberikan kepada keturunannya. Maka, pada fikirannya adalah lebih baik bersabar. Oleh kerana penuntut asal sudah tiada lagi didunia, dia menangguhkan tuntutan kepadanya, supaya apabila Imam petunjuk yang terakhir datang, dia bolehlah memulangkan semula apa yang hak kepada pemilik sebenarnya.
Di dalam keadaan yang sedemikian diamnya Imam tidak bererti bahawa dia berpuas hati dengan keputusan yang dibuat. Jika dia menganggap tindakan Khalifah yang lalu adalah adil, dia tidak akan berhujah kesnya depan mereka. Juga, dia tidak mengatakan kemarahan dan sakit hatinya, dan meminta Allah menjadi saksinya.
Telah dirakamkan di dalan Nahjul-Balagha bahawa Ali di dalam suratnya kepada gabenor Basra, Uthman bin Hunaif Ansari telah menulis: ‘Diantara perkara tersebut yang mana langit telah tebarkan bayangannya adalah Fadak, yang menjadi milik kami. Tetapi satu kumpulan telah menunjukkan perasaan tamak mereka; maka Fatimah dan keturunannya telah menarik diri dari meneruskan tuntutan. Dan hakim yang terbaik adalah Allah.’
Kamu katakan Fatimah telah merasa puas dengan keputusan pada hari terakhirnya didunia dan telah mengampunkan mereka yang bertanggong jawab kepadanya. Saya takut kamu tersilap juga disini. Sebagaimana telah dibuktikan dengan tiada keraguan terdahulu melalui hadith yang dipercayai bahawa wanita malang ini kekal di dalam kemarahan sehingga dia meninggal.
ABU BAKR DAN UMAR CUBA MENZIARAHI FATIMAH UNTUK MENERANGKAN TETAPI SIA-SIA.
Untuk membuktikan pandangan saya ini saya hendak menyampaikan laporan saya. Abu Muhammad Abdullah Bin Muslim Bin Qutayba Dinawari (mati pada tahun 276 H.) di dalam Ta’rikh-e-Khilafa’i’r-Rashidin, yang dikenali sebagai Al-Imama wa’s-Siyasa, jilid I, ms 14 dan yang lainnya dari ulama kamu, seperti Ibn Abi’l-Hadid, telah menulis di dalam bukunya: ‘Umar meminta Abu Bakr pergi bersamanya untuk menziarah Fatimah. Mereka pasti telah membuat dia marah. [Sebahagian laporan mengatakan bahawa Abu Bakr yang mengajak Umar pergi untuk berjumpa Fatimah. Ini lebih diterima]
Secara ringkas, kedua mereka pergi kepintu rumah Fatimah, tetapi dia tidak mengizinkan mereka untuk berjumpa dengannya. Apabila mereka meminta Ali untuk campur tangan, dia diam membisu, tetapi dia mengizinkan mereka masuk. Apabila mereka masuk dan memberi salam kepadanya, dia palingkan mukanya kearah tembuk. Abu Bakr berkata: ‘Wahai sebahagian dari hati nabi, demi Allah, saya lebih menghargai perhubungan nabi dengan kamu lebih dari perhubungan saya dengan anak perempuan saya Aisyah. Dengan itu biarlah saya mati sebaik sahaja nabi mati. Saya tahu kedudukan kamu lebih tinggi dari semua yang lain. Jika saya telah menghalang kamu dari hak kamu kepada warisan, itu adalah kerana nabi, yang saya sendiri dengar mengatakan: ‘Kami para nabi tidak meninggalkan sebarang warisan. Apa yang kami tinggalkan adalah sedekah.’
Fatimah kemudian berkata kepada Amirul-Mukminin bahawa dia mengingatkan mereka akan hadith nabi dan meminta mereka mengatakan dengan nama Allah jika mereka tidak mendengar nabi berkata: ‘Kesenangan Fatimah adalah kesenangan saya, kemarahan Fatimah adalah kemarahan saya. Maka sesiapa yang mencintai anak perempuan saya Fatimah, mencintai saya; sesiapa yang menyenangkan Fatimah menyenangkan saya. Sesiapa yang menyakiti Fatimah menyakiti saya.’
Kedua mereka berkata: ‘Ya kami mendengar kata-kata itu dari nabi Allah.’ Kemudian Fatimah berkata:
‘Saya meminta Allah dan malaikatnya menjadi saksi bahawa kedua kamu telah menyakiti saya dan tidak melayani saya dengan secara adil. Apabila saya bertemu dengan nabi saya pasti akan mengadu kepadanya mengenai kamu berdua.’
ABU BAKAR SEDAR AKAN SERIUSNYA KEMARAHAN FATIMAH.
ABU BAKAR SEDAR AKAN SERIUSNYA KEMARAHAN FATIMAH.
Abu Bakar telah terganggu dengan kata-kata itu, mula menangis dan berkata: ‘Saya berlindung dengan Allah dari kemarahan nabi.’ Fatimah mula menangis dan berkata: ‘Saya bersumpah dengan Allah bahawa saya pasti akan memintakan kutukan keatas kamu di dalam setiap doa saya.’
Setelah mendengar ini Abu Bakr keluar dengan menangis. Manusia mengelilingi dan cuba menenangkannya. Kepada mereka dia berkata: ‘Malang bagi kamu semua. Lepaskanlah saya dari semua ini. Demi Allah, setelah apa yang saya lihat dan dengar dari Fatimah, saya tidak mahu mana-mana muslim menderita beban bai’ah kepada saya.’
Kenyataan itu, telah disampaikan oleh ulama kamu yang terkenal, itu telah menunjukkan bahawa Fatimah yang malang telah tinggal kekal di dalam kemarahan dengan Abu Bakr dan Umar sehingga dia menghembuskan nafas yang terakhir.
FATIMAH TELAH DIKEBUMIKAN DIWAKTU MALAM, SUATU BUKTI KEKALNYA KEMARAHAN DENGAN ABU BAKR DAN UMAR
Bukti yang paling nyata di dalam peristiwa ini adalah dia membuatkan wasiat kepada suaminya, Amirul-Mukminin Ali: ‘Tidak ada dari mereka yang menzalimi saya dan merampas hak saya, yang dibenarkan dari bersama mendirikan solat untuk jenazah saya. Mereka pastinya musuh saya dan juga nabi. Jangan membiarkan mereka atau sekutu mereka mendirikan solat jenazah untuk saya. Kebumikan saya diwaktu malam apabila semuanya sedang tidur.’
Bukhari menulis di dalam sahihnya bahawa Ali mematuhi dengan wasiat Fatimah, dan kebumikannya dimalam hari dengan secara rahsia. Manusia cuba mencari tempat Fatimah dikebumikan, tetapi tidak berhasil. Ianya telah diterima ramai bahawa Fatimah, menurut wasiatnya, telah dikebumikan diwaktu malam. Nabi telah meninggalkan seorang anak perempuan untuk menjadi ingatan. Ulama kamu bersetuju bahawa nabi berkata: ‘Fatimah adalah sebahagian dari tubuh saya. Dia ada warisan dan amanah saya. Hormatilah dia sebagaimana kamu menghormati saya. Jangan lakukan apa-apa untuk membuat dia marah terhadap kamu. Jika dia marah kepada kamu, saya juga akan marah kepada kamu.’
Mir Seyyed Ali Hamadani Faqih Shafi’i menulis di dalam Mawaddatu’l-Qurba bahawa nabi berkata: ‘Mereka yang menyedihkan Fatimah akan dihadapi oleh saya dengan tegas dihari pengadilan, kesenangan Fatimah adalah kesenangan saya, dan kemarahan Fatimah adalah kemarahan saya. Malang bagi mereka yang membuat Fatimah marah.’
Bagaimana trajiknya dengan segala kenyataan ini, ummah bukan sahaja mengabaikan dia malah merampas haknya yang sah dan menyebabkan dia menderita yang amat sangat. Walaupun dengan usia yang begitu muda, dia mengatakan: ‘Saya telah ditimpakan dengan banyak bencana, bahawa jika hari telah ditimpakan dengan bencana yang sedemikian, maka ianya akan bertukar menjadi malam.’
Untuk membaca sambungan buku ini atau bagian2 terdulu sila klik link di bawah:
malam 1
malam 2
malam 3
malam 4
malam 5 (a)
malam 5(b)
malam 6
malam 7(a)
malam 7(b)
malam 8
malam 8 (b)
malam 8 (c) dan (d)
malam 8 (e)
malam 9(a)
malam 9 (b) dan (c)
malam 9 (d)
malam 10
malam 1
malam 2
malam 3
malam 4
malam 5 (a)
malam 5(b)
malam 6
malam 7(a)
malam 7(b)
malam 8
malam 8 (b)
malam 8 (c) dan (d)
malam 8 (e)
malam 9(a)
malam 9 (b) dan (c)
malam 9 (d)
malam 10
No comments:
Post a Comment