Seyyed Abdul-Hayy [Imam masjid sunni]: Beberapa malam yang lalu kamu membuat beberapa kenyataan yang mana Hafiz Sahib meminta bukti, tetapi kamu secara licik mengelakkan diri dari menjawabnya atau sengaja menibulkan kekeliruan diantara kami, dan kini segala perkara amat menggangukan sekali.
Shirazi: Sila beritahu kepada saya soalan yang mana telah tertinggal tidak dijawab, oleh kerana saya tidak ingat insiden yang kamu sebutkan.
Seyyed: Tidakkah kamu katakan beberapa malam yang lalu bahawa Ali mempunyai kesatuan pada ‘diri’ dengan nabi dan makanya lebih utama kedudukannya dari semua Nabi?
Shirazi: Ya memang benar. Itu adalah kenyataan saya, dan itu adalah kepercayaan saya.
Seyyed: Jadi mengapa kamu tidak menjawab pertanyaan kami?
Shirazi: Ya memang benar. Itu adalah kenyataan saya, dan itu adalah kepercayaan saya.
Seyyed: Jadi mengapa kamu tidak menjawab pertanyaan kami?
Shirazi: Kamu benar-benar tersilap. Pelik sungguh bahawa kamu telah mendengarnya dengan teliti disepanjang perbincangan, malah kini kamu menuduh saya menggunakan cara yang licik atau cuba mengelirukan fikiran. Jika kamu fikirkan dalam-dalam, kamu akan faham bahawa saya tidak ada mengatakan sesuatu yang tiada kaitannya, tetapi Maulla yang bijaksana ini telah meletakkan soalan yang tertentu yang mana saya terpaksa menjawabnya. Sekarang jika kamu mempunyai sebarang soalan yang hendak ditanyakan, kamu bolehlah melakukannya sekarang, dan dengan pertolongan Allah, saya akan menjawabnya.
Seyyed: Kami ingin mengetahui bagaimana mungkin dua individu boleh bersatu, dan dengan penyatuan mereka dengan itu mereka boleh menjadi satu dan sama.
PERBEZAAN ANTARA PENYATUAN TANGGAPAN DAN PENYATUAN SEBENAR.
Shirazi: Pastinya, tidak mungkin bagi dua orang untuk membentuk penyatuan yang sebenar. Apabila saya mengatakan bahawa Amirul Mukminin mempunyai penyatuan pada ‘diri’ atau ‘ruh’ dengan Nabi, kamu tidak sepatutnya mengambilnya sebagai penyatuian yang sebenar, kerana tiada siapa pernah mengatakan sebegitu, dan jika sesiapa mempercayainya, mereka sesungguhnya telah salah. Penyatuan yang saya rujuk adalah anggapan sahaja, bukan sebenar, dan bermaksud untuk menunjukkan bahawa kedua mereka mempunyai keutamaan yang sama pada ruh dan kemuliaan, bukannya badan yang sama.
Shirazi: Pastinya, tidak mungkin bagi dua orang untuk membentuk penyatuan yang sebenar. Apabila saya mengatakan bahawa Amirul Mukminin mempunyai penyatuan pada ‘diri’ atau ‘ruh’ dengan Nabi, kamu tidak sepatutnya mengambilnya sebagai penyatuian yang sebenar, kerana tiada siapa pernah mengatakan sebegitu, dan jika sesiapa mempercayainya, mereka sesungguhnya telah salah. Penyatuan yang saya rujuk adalah anggapan sahaja, bukan sebenar, dan bermaksud untuk menunjukkan bahawa kedua mereka mempunyai keutamaan yang sama pada ruh dan kemuliaan, bukannya badan yang sama.
Hafiz: Maka menurut dari tanggapan ini mereka berdua seharusnya menjadi nabi, dan dari apa yang kamu katakan, wahyu harus datang kepada mereka berdua.
Shirazi: Itu nyata sekali telah salah pengertian. Tidak ada Syiah yang percaya begitu. Saya tidak menduga kamu akan memulakan perbincangan sebegitu dan membuang waktu sahaja. Saya baru sahaja memberitahu kamu bahawa mereka bersekutu di dalam semua perkara kemuliaan dan keutamaan, menerima sifat-sifat tersebut dengan pengecualian pada perintah-perintah atau asas tertentu. Pengecualian itu adalah kerasulan dengan segala ciri-ciri yang ada padanya – satu daripadanya adalah penerimaan wahyu, dan melaluinya berhubung dengan perundangan tuhan. Mungkin kamu telah terlupa kenyataan saya pada malam lalu, yang mana saya buktikan melalui hadith Manzilah [kedudukan] bahawa Ali memiliki kedudukan nabi, tetapi dia mengikut, dan tertakluk kepada agama dan etika yang diberikan oleh Rasul. Kedudukan nabinya tidak lebih dari kedudukan Harun pada hayat Musa.
Hafiz: Tetapi jika kamu percaya dengan persamaan Ali dengan Nabi dalam semua perkara kemuliaan dan keutamaan, maka kamu mesti percaya persamaannya di dalam perkara kerasulan dan ciri-ciri yang ada dengannya.
Shirazi: Ianya mungkin kelihatan begitu, tetapi jika kamu fikirkan baik-baik, kamu akan lihat bahawa ianya tidak. Sebagaimana saya telah buktikan terdahulu dari ayat al-Quran, nabi adalah kedudukan yang lain, dan nabi serta rasul Allah adalah satu kedudukan yang lebih tinggi diantara satu dengan lainnya. Sebagaimana al-Quran dengan terang menyatakan: ‘Nabi-nabi ini, Kami telah melebihkan sebahagiannya dari yang lain.’ [2:253] Dan yang paling sempurna pada kedudukan dari semua nabi adalah kedudukan khas Muhammad, sebagaimana Allah berkata: ‘Muhammad bukanlah bapa kepada mana-mana daripada kamu, tetapi rasul Allah dan penamat bagi anbia.’ [33:40] Disebabkan dari kesempurnaan kerasulan yang telah membawa kepada penutup bagi anbia. Maka di dalam kesempurnaan sifat begini, tiada siapa boleh disamakan. Di dalam perkara keutamaan yang lain, terdapat persekutuan dan persamaan, untuk itu terdapat banyak bukti.
Seyyed: Bolehkah kamu ketengahkan hujah dari al-Quran untuk membuktikan keterangan kamu.
AYAT MUBAHILA MEMBUKTIKAN PENYATUAN DIRI [RUH] ALI DENGAN NABI.
Shirazi: Ya sudah tebtunya hujah kami yang pertama dari al-Quran, pembuktian dari Allah yang kukuh, yang dikatakan ayat kutukan [ayat-e-mubahila] yang mana Allah berkata: ‘Dan kepada mereka yang menentang kamu, makanya setelah pengetahuan sampai kepada kamu, katakan: ‘Marilah, biar kita panggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, dan wanita-wanita kami dan wanita-wanita kamu, dan diri kami dan diri kamu dan kemudian kita berdoa dan meminta kutukan Allah kepada mereka yang berdusta.’ [3:60] Ulama kamu yang terkenal, seperti Imam Fakrud-Din Razi; Imam Abi Ishaq Thalabi, Jalalud-Din Suyuti, Qazi Baidhawi, Jarullah Zamakhshari, Muslim bin Hujjaj dan ramai yang lain lagi telah menulis bahawa ayat yang suci ini telah diwahyukan pada hari Mubahila, iaitu pada 24 atau 25 Dhul-Hijja dalam tahun ke 9 Hijrah.
Apabila nabi mempelawa kristian Najran kepada Islam, mereka memilih orang-orang mereka yang terpelajar, seperti Seyyed, Aqib, Jasiq, Alqama, dsb berjumlah lebih dari 70 orang, dan menghantar mereka ke Madina bersama dengan 300 dari pengikut mereka, untuk bertemu dengan nabi, dan belajar apa itu Islam. Mereka memulakan perbincangan ilmiah dengan nabi dan terpesona dengan hujah yang amat menjelaskan. Dia membuktikan kebenaran akan misinya dari buku mereka yang dipercayai dan mengatakan bahawa Isa sendiri, dari beberapa petanda telah meramalkan kedatangan baginda [Muhammad], dan kristian sedang menunggu terkabulnya mujizat Isa yang menurutnya, orang yang sedemikian akan muncul menunggang unta dari bukit Faran [di Makah] dan akan berhijrah kesuatu tempat diantara ‘Ayr dan Uhud [itulah Madina]. Hujah itu sungguh meyakinkan orang kristian, tetapi kecintaan mereka kepada kedudukan didunia menjauhkan mereka dari menerima kebenaran. Kemudian nabi memberitahu mereka mengenai arahan Allah, yang mereka bersetuju padanya sebagai penyelesaian perbincangan dan untuk menentukan yang benar dari yang dusta.
NABI TIBA UNTUK MUBAHILA.
Menurut dari persefahaman bersama, pada hari esoknya, keseluruh parti kristian, termasuk lebih dari 70 ahli ilmuan mereka, menunggu diluar pintu Madina untuk kedatangan nabi. Mereka mengharapkan dia datang dengan keindahan dan dengan jumlah yang besar dari para sahabat untuk mengkagumkan mereka. Tetapi apabila pintu terbuka, nabi datang dengan seorang muda dikanannya, seorang wanita terhormat dikirinya dan dua kanak-kanak dihadapannya. Mereka berada dibawah pokok, menghadap kepada orang-orang kristian. Asqaf orang yang paling terpelajar dari golongan kristian, bertanya siapakan mereka yang datang bersama dengan Muhammad. DIa telah diberitahu bahawa orang muda itu adalah menantunya dan juga sepupu, Ali Ibn Abi Talib, wanita itu adalah anak perempuannya, Fatimah, dan kedua kanak-kanak adalah anak kepada anak perempuannya, Hasan dan Husain.
Berucap kepada orang-orang kristian, ketua mereka, Asqaf berkata: ‘Lihat disini, betapa yakinnya Muhammad. Dia telah membawa bersama, kerabatnya yang terdekat, anak-anak dan yang paling dicintainya dipertandingan keruhanian untuk kutukan Tuhan. Demi Tuhan, jika dia mempunyai sebarang keraguan atau takut terhadap pendiriannya, dia pasti tidak memilih mereka. Sekarang adalah dinasihatkan supaya kita tidak memasuki pertandingan tersebut menentang mereka. Jika kami tidak takut kepada pemerintah Rom, kami pasti akan memeluk kepercayaan Islam. Adalah lebih menguntungkan untuk berkompromi pada syarat-syarat mereka dan kembali.’ Kesemua mereka bersetuju dengannya. Seterusnya, Asqaf menghantar perutusan kepada nabi, berkata: '‘Kami tidak mahu bertanding dengan kamu, tetapi lebih suka untuk berdamai dengan kamu.’ Nabi menerima tawaran mereka.
Perjanjian itu telah ditulis oleh Amirul Mukminin. Kristian bersetuju untuk membayar hadiah tahunan dalam bentuk 2 000 baju besi, setiap satu bernilai lebih kurang 40 dirham [satu dirham bersamaan setengah ouns emas] dan 1 000 mithqal emas [satu mithqal bersamaan dengan satu per enam ouns emas] Setengah darinya hendaklah dibayar pada bulan Muharam dan setengah lagi dibulan Rejab. Perjanjian itu telah ditanda tangani oleh kedua parti, dan golongan kristian pulang ketempat mereka. Sedang mereka di dalam perjalanan pulang, seorang dari ilmuan mereka bernama Aqib berkata kepada sahabatnya: ‘Demi Tuhan kamu dan aku tahu bahawa Muhammad ini adalah nabi Allah yang sama, yang kita harapkan, dan apa sahaja yang dikatakannya adalah dari tuhan. Saya bersumpah dengan tuhan, siapa sahaja yang telah bertanding dengan nabi tuhan pasti akan mendapat padah, dan tiada yang kecil atau yang tua mereka tinggal hidup. Sudah pasti jika kita telah bertanding dengannya, kesemua kita akan terbunuh dan tiada kristian yang akan hidup di dalam dunia ini. Demi Tuhan apabila saya melihat kepada mereka, saya melihat wajah-wajah yang kalau mereka berdoa kepada tuhan, gunung pun akan digerakkan.’
Hafiz: Apa yang kamu telah katakan adalah benar dan diterima oleh semua Muslim, tetapi ianya tidak mempunyai apa-apa tujuan pada tajuk kita, iaitu, bahawa Ali adalah secara ruhaniah bersatu dengan nabi.
KEMULIAAN ALI, FATIMAH, HASAN DAN HUSAIN DIBUKTIKAN OLEH AYAT MUBAHILA.
Shirazi: Saya berhujah dengan perkataan ‘diri kami’ di dalam ayat yang suci ini. Oleh kerana dari peristiwa ini banyak persoalan telah diselesaikan. Pertama, kebenaran kepada apa yang disampaikan oleh nabi telah terbukti. Iaitu, jika dia tidak berada dipihak yang benar, dia tentu tidak berani untuk keluar pada pertandingan itu dan tidak juga orang-orang kristian akan lari dari padang dimana diadakan Mubahila.
Kedua, ini telah membuktikan bahawa Hasan dan Husain adalah anak kepada nabi Allah, sebagaimana yang saya telah katakan di dalam kenyataan saya pada malam pertama.
Ketiga, ianya membuktikan bahawa Amirul Mukminin Ali, Fatimah, Hasan dan Husain secara keruhanian, orang yang paling mulia dari semua kejadian dan yang paling dicintai oleh nabi, bahkan ulama kamu yang fanatik dan berfikiran sempit seperti Zamakhshari, Baidhawi, dan Fakhrud-Din Razi, dan lainnya telah menulis di dalam buku mereka. Terutama Jarullah Zamakhshari, menulis mengenai ayat ini, memberikan penjelasan yang khusus mengenai perhimpunan terhadap pajetan [lima tubuh] ini, dan berkata ayat ini dalah bukti yang kuat terhadap keunggulan Ashab-i-Ayba, lima orang yang telah berkumpul dibawah selimut bersama dengan nabi.
Keempat ianya menunjukkan bahawa Amirul Mukminin Ali, melebihi semua para sahabat nabi di dalam kemuliaan dan kedudukan, kerana Allah telah memanggil dia di dalam ayat al-Quran jiwa nabi. Yang nyata perkataan ‘diri kami’ tidak bererti diri nabi sendiri, kerana memanggil, bererti orang yang lain, seorang tidak pernah disuruh memanggil dirinya. Makanya perkataan itu merujuk kepada orang yang lain, yang sama seperti diri atau jiwa nabi itu sendiri. Dan menurut dari pandangan sebulat suara dari pengulas yang berkepercayaan dan ahli hadith dari kedua golongan, tidak ada siapa melainkan Ali, Fatimah, Hasan dan Husain yang hadir dengan nabi ditempat Mubahila, rangkap di dalam al-Quran ‘anak-anak kami dan anak-anak kamu, wanita kami dan wanita kamu,’ merujuk secara beriringan kepada Hasan dan Husain dan Bibi Fatimah dan yang seorang lagi yang boleh dikenali sebagai ‘diri kami’ di dalam kumpulan yang suci itu adalah Amirul Mukminin Ali. Maka perkataan ‘diri kami’ membuktikan penyatuan diri diantara nabi dan Ali.
Oleh kerana penyatuan kedua ruh adalah mustahil, Allah memanggil Ali ‘diri’ pada nabi Muhammad bererti penyatuan anggapan bagi dua diri.
Kamu tentu sedar bahawa pada asasnya adalah lebih baik untuk mengenali perkataan dengan tangganpan yang dekat [mudah] dari tanggapan yang jauh [susah], dan tanggapan yang terdekat bererti persamaan di dalam semua kemuliaan, melainkan mana-mana yang dikecualikan atas alasan tertentu. Dan kami telah pun menjelaskan bahawa hanyalah kedudukan nabi yang khusus dan penerimaan wahyu tertentu khas bagi dirinya. Maka kita tidak menganggap Ali bersekutu dalam ciri-ciri perkara yang dua ini. Tetapi menurut ayat al-Quran, Ali berkongsi dengan nabi di dalam semua kemuliaan yang lain, dan pastinya yang maha suci Allah telah menganugerahkan Ali melalui nabi dengan segala rahmat. Ini dengan sendirinya membuktikan penyatuan jiwa, yang mana kami hendak terangkan.
Hafiz: Mengapa kamu masih menekankan bahawa ayat itu tidak bererti memanggil dirinya sendiri? Mengapa tidak anggapan ini lebih baik dari anggapan yang itu?
Shirazi: Saya harap kamu tidak membuang masa di dalam percakapan yang tidak logik dan menyimpang dari arah keadilan. Yang sebenarnya keadilan menghendakki bahawa apabila kita menyelesaikan satu perkara, kita hendaklah maju seterusnya. Saya tidak menyangka orang yang berkedudukan dan berpelajaran seperti kamu akan memulakan hujah yang palsu. Sebagaimana yang kamu tahu sendiri dan menurut dari semua ilmuan, satu diri dikenali dengan diri yang lain dengan cara anggapan. Diantara orang-orang penulis ini adalah tuntutan yang lazim pada anggapan penyatuan sebagaimana saya sebutkan terdahulu. Selalu kita lihat sesaorang berkata kepada yang lain: ‘Kamu adalah nyawa dan jiwa ku.’ Begitulah juga di dalam bahasa hadith dan sampaiannya, perhubungan begini selalu disebut mengenai Amirul Mukminin Ali dan setiap sebutan diambil secara berasingan adalah bukti untuk menjelaskan kebenaran pada pandangan saya.
Shirazi: Saya harap kamu tidak membuang masa di dalam percakapan yang tidak logik dan menyimpang dari arah keadilan. Yang sebenarnya keadilan menghendakki bahawa apabila kita menyelesaikan satu perkara, kita hendaklah maju seterusnya. Saya tidak menyangka orang yang berkedudukan dan berpelajaran seperti kamu akan memulakan hujah yang palsu. Sebagaimana yang kamu tahu sendiri dan menurut dari semua ilmuan, satu diri dikenali dengan diri yang lain dengan cara anggapan. Diantara orang-orang penulis ini adalah tuntutan yang lazim pada anggapan penyatuan sebagaimana saya sebutkan terdahulu. Selalu kita lihat sesaorang berkata kepada yang lain: ‘Kamu adalah nyawa dan jiwa ku.’ Begitulah juga di dalam bahasa hadith dan sampaiannya, perhubungan begini selalu disebut mengenai Amirul Mukminin Ali dan setiap sebutan diambil secara berasingan adalah bukti untuk menjelaskan kebenaran pada pandangan saya.
SEBUTAN TAMBAHAN DAN HADITH SEBAGAI BUKTI PADA PERLUNYA PENYATUAN NABI DAN ALI.
Imam Ahmad di dalam Musnad, Ibn Maghazili, ahli agama Shafii, di dalam Manaqib dan Muwafiq, Ibn Ahmad Khawarizmi di dalam Manaqib, menyebutkan bahawa nabi berkata: ‘Ali adalah dari saya dan saya adalah dari Ali; sesiapa yang mencintainya, mencintai saya; dan sesiapa yang mencintai saya, mencintai Allah.’
Juga Ibn Maja di dalam Sunan, bahagian I, ms 92; Tirmidhi di dalam Sahih; Ibn Hajar di dalam Hadith V dari 40 hadith mengenai kemuliaan Amirul Mukminin disampaikan di dalam Sawa’iq dari Imam Ahmad Bin Hanbal, Tirmidhi, Imam Abu Abdu’r-Rahman Nisa’i, dan Ibn Maja; Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam Musnad, v.4, ms 164; Muhammad Ibn Yusuf Ganji Shafi’i di dalam Bab 67 di Kifayatu’t-Talib dari Musnad oleh Ibn Samak, v. 4, dan Mu’jim Kabir oleh Tibrani; dan Imam Abu Abdu’r-Rahman Nisa’i di dalam Khasa’is, dan Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanbiu’l-Mawaddat dari Mishkat – semua telah menyampaikan dari Jash bin Junada as-Saluni bahawa pada haji selamat tinggal, nabi berkata di Arafa: ‘Ali adalah dari saya dan saya dari Ali. Tiada siapa mengganti saya [iaitu tiada siapa menjalankan tugas misi saya] melainkan saya dan Ali.’
Sulayman Balkhi Hanafi idi dalam Yanabiu’l-Mawaddat, Bab vii, menyebut dari Zawa’id-e-Musnad dari Abdullah Bin Ahmad Bin Hanbal pada pengesahan Ibn Abbas bahawa nabi berkata kepada Ummul-Mukminin Salma ‘Ali adalah dari saya dan saya adalah dari Ali. Daging dan darahnya adalah dari daging dan darah saya. Dia kepada saya seperti Harun kepada Musa. Wahai Umm Salma! Dengarlah, dan jadilah saksi bahawa Ali ini adalah ketua dan tuan bagi semua Muslim.’
Hamidi di dalam Jam’ Bainu’s-Sahihain dan Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharhe-Nahju’l-Balagha menyampaikan bahawa nabi berkata: ‘Ali adalah dari saya dan saya adalah dari Ali. Ali adalah kepada saya umpama kepala kepada badan; sesiapa yang patuh kepadanya, patuh kepada saya; dan sesiapa yang patuh kepada saya patuh kepada Allah.’
Muhammad Bin Jarir Tabari di dalam Tafsir dan Mir Seyyed Ali Hamdani, ahli agama Shafi’i, di dalam Muwadda viii dari Muwaddatu’l-Qurba menyebut dari nabi yang berkata: ‘Sesungguhnya, Allah menolong Islam melalui Ali, oleh kerana dia dari saya, dan saya dari dia, dan ayat al-Quran ini telah diwahyukan untuk dia – ‘Adakah ia; itu serupa dengan dia, yang mendapat bukti yang jelas dari tuhannya dan mengikuti saksi dari Allah…. [11:17]
Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi telah menyatakan di dalam bahagian 7 di Yanabiul-Mawadda diatas topik ini dengan tajuk: ‘Mengenai Ali yang menyerupai diri nabi dan hadith bahawa ‘Ali adalah dari saya dan saya adalah dari Ali.’ Di balam Bab ini dia telah menyampaikan 24 hadith di dalam cara yang berbeza dan dengan berbeza perkataan dari nabi, yang berkata bahawa Ali adalah seperti dirinya. Pada penghujung bab tersebut dia menyatakan hadith dari Manaqib sebagaimana yang disampaikan oleh Jabir, yang berkata bahawa dia mendengar dari nabi bahawa Hadrat Ali mempunyai sifat-sifat sedemikian jika sesiapa mempunyai hanya satu darinya, ianya telah mencukupi untuk menunjukkan kehormatan dan kemuliaannya, dan dengan sifat-sifat itu kami maksudkan kata-kata nabi mengenai beliau seperti: ‘Kepada sesiapa aku ketuanya, ini Ali adalah ketuanya,'’atau, ‘Ali kepada ku adalah seumpama Harun kepada Musa,’ atau ‘Ali adalah daripada saya dan saya adalah daripada Ali,’ atau ‘Ali kepada saya adalah umpama diri saya kepada saya, patuh kepadanya adalah patuh kepada saya,’ atau ‘Berperang dengan Ali adalah berperang dengan Allah, berdamai dengan Ali adalah berdamai dengan Allah,’ atau ‘bersahabat dengan Ali adalah bersahabat dengan Allah, dan musuh Ali adalah musuh Allah,’ atau ‘Ali adalah hujjat [buti] Allah keatas hambaNya,’ atau ‘mencintai Ali adalah iman dan membencinya adalah kafir,’ atau ‘parti Ali adalah parti Allah, dan parti musuhnya adalah parti syaitan,’ atau ‘Ali bersama kebenaran, dan kebenaran bersama dengannya, mereka tidak dapat dipisahkan,’ atau ‘Ali adalah pembahagi diantara syurga dan neraka,’ atau ‘sesiapa menjauh dari Ali tinggal jauh dari saya dan sesiapa yang tinggal jauh dari saya, tinggal jauh dari Allah,’ atau ‘Kumpulan Ali akan terselamat pada hari pengadilan.’
Akhir sekali dia menyebutkan satu lagi hadith yang khusus dari Manaqib, pada dipenghujungnya yang mana nabi berkata: ‘Saya bersumpah dengan Allah, yang telah menganugerahkan kerasulan kepada ku, dan menjadikan aku makhluk pilihan: Wahai Ali! Sesungguhnya kamu adalah hujjat [bukti] Allah untuk manusia, amanahNya, yang mengetahui rahsiaNya, dan Khalifah diatas hambaNya.
Terdapat banyak hadith yang sedemikian di dalam buku kamu. Perkataan ‘diri kami’ dengan jelas menunjukkan penyatuan diantara nabi dan Ali di dalam semua perkara yang cemerlang. Pada fikiran saya ayat ini adalah bukti yang paling meyakinkan pandangan saya. Dan lagi soalan kamu kedua telah dijawab oleh ayat yang sama. Kami telah buktikan dengan pengecualian kenabian dan wahyu, yang hanya tertentu pada nabi, Ali telah bersekutu dengannya di dalam segala perkara yang cemerlang. Bagitu jugalah dengan sifat-sifat kemuliaan, Ali adalah lebin utama dari para sahabat dan kepada sesiapa sahaja dari ummah. Dan bahkan, ayat ini juga membuktikan bahawa Ali telah melebihi semua para nabi yang terdahulu, sebagaimana nabi Muhammad lebih utama dari segala para nabi.
OLEH KERANA NABI ADALAH YANG UTAMA DARI SEGALA NABI MAKA ALI LEBIH UTAMA DARI MEREKA
Di dalam Ihya’u’l-Ulum oleh Imam Ghazali, Sharh Nahjul Balagha oleh Ibn Abil Hadid Mutazali, Tafsir oleh Imam Fakrud-Din Razi, dan Tafsir oleh Jarullah Zamakhshari, Baidhhawi, Nishapuri dsb; kamu akan temui hadith ini dari nabi: ‘Ulama ummah ku adalah seperti nabi Bani Israel.’ Di dalam hadith yang lain dia berkata: ‘Ulama dari ummah nabi ini adalah sama atau lebih baik dari nabi Bani Israel kerana punca pengetahuan mereka adalah dari punca asas pengetahuan, nabi Muhammad.’
Dari itu Ali Ibn Abi Talib sudah pastinya lebih utama dari para-para nabi lain, oleh kerana nabi Muhammad berkata: ‘Saya adalah kota ilmu, dan Ali adalah pintunya,’ Dia juga mengatakan: ‘Saya adalah rumah kebijaksanaan dan Ali adalah pintunya.’ Apabila Ali sendiri telah ditanyakan mengenai tajuk ini, dia menerangkan beberapa aspek keutamaannya dari para nabi Bani Israel. Pada 20 Ramadhan, apabila diranjang kematian, berikutan dari serangan oleh Abdur-Rahman Ibn Muljum Muradi, dia meminta Imam Hasan untuk memanggil Syiah yang mengerumuni dipintu rumahnya. Apabila mereka masuk, mereka mengelilingi katil beliau dan menangis dengan perlahan. Ali berkata: ‘Kamu boleh bertanya apa juga soalan yang kamu suka sebelum saya pergi meninggalkan kamu, tetapi soalan kamu hendaklah ringkas.’ Salah seorang yang hadir adalah Sa’sa’a bin Suwhan. Ulama kamu yang terkenal seperti Ibn Abdul-Birr dan Ibn Sa’ad, telah menulis mengenai kehidupan dan kerekternya, telah mempercayainya, mengesahkan bahawa dia adalah seorang ilmuan.
Dari itu Ali Ibn Abi Talib sudah pastinya lebih utama dari para-para nabi lain, oleh kerana nabi Muhammad berkata: ‘Saya adalah kota ilmu, dan Ali adalah pintunya,’ Dia juga mengatakan: ‘Saya adalah rumah kebijaksanaan dan Ali adalah pintunya.’ Apabila Ali sendiri telah ditanyakan mengenai tajuk ini, dia menerangkan beberapa aspek keutamaannya dari para nabi Bani Israel. Pada 20 Ramadhan, apabila diranjang kematian, berikutan dari serangan oleh Abdur-Rahman Ibn Muljum Muradi, dia meminta Imam Hasan untuk memanggil Syiah yang mengerumuni dipintu rumahnya. Apabila mereka masuk, mereka mengelilingi katil beliau dan menangis dengan perlahan. Ali berkata: ‘Kamu boleh bertanya apa juga soalan yang kamu suka sebelum saya pergi meninggalkan kamu, tetapi soalan kamu hendaklah ringkas.’ Salah seorang yang hadir adalah Sa’sa’a bin Suwhan. Ulama kamu yang terkenal seperti Ibn Abdul-Birr dan Ibn Sa’ad, telah menulis mengenai kehidupan dan kerekternya, telah mempercayainya, mengesahkan bahawa dia adalah seorang ilmuan.
Sa’sa’a berkata kepada Ali: ‘Berilah aku tahu, siapakah yang lebih utama, kamu atau Adam.’ Imam yang suci berkata: ‘Adalah tidak wajar untuk sesaorang memuji diri sendiri, tetapi menurut dari petunjuk: Nyatakanlah rahmat yang Allah telah berikan kepada kamu,’ saya katakan bahawa saya lebih utama dari Adam.’ Apabila ditanya mengapa begitu, Ali menerangkan bahawa Adam mempunyai setiap rahmat, kesenangan dan kesejahteraan untuk dia disyurga. Dia hanya diminta untuk menahan diri dari makanan terlarang. Tetapi dia tidak dapat mengawal dirinya, dan dia memakannya dari pokok. Dan akhirnya, dia dikeluarkan dari syurga. Allah tidak mengahalang dia [Ali] dari memakan gandum [yang mana menurut kepercayaan Islam adalah pokok terlarang] Tetapi disebabkan dia tidak tertarik kepada dunia sementara ini, dia dengan suka hati telah menahan diri dari memakan gandum. [Tujuan kenyataan Ali adalah bahawa kecemerlangan manusia dihadapan Allah bergantung kepada taat dan patuh, dan ketinggian kedudukan taat terletak kepada menahan diri walaupun dari yang diperbolehkan]
Sa’sa’a bertanya: ‘Siapa yang lebih utama, kamu atau Nuh? Ali menjawab: ‘Saya lebih utama. Nuh menyeru manusia untuk menyembah Allah, tetapi mereka enggan. Salah laku dan layanan buruk yang memalukan dari mereka telah menyakiti dirinya. Dia mengutuk mereka dan berdoa kepada Allah: ‘Wahai tuhanku! Jangan tinggalkan walau seorang yang zalim didunia ini.’ Setelah wafatnya nabi, walaupun manusia telah menyebabkan kesusahan yang teramat sangat kepada ku, aku tidak pernah mengutuk mereka. Saya menanggong penyiksaan mereka dengan sabar.’
Sa’sa’a bertanya: ‘Siapa yang lebih utama, kamu atau Ibrahim?’ Ali menjawab: ‘Saya lebih utama, kerana Ibrahim berkata: ‘Tuhan ku, tunjukkanlah kepada ku bagaimana Kamu memberi nyawa kepada yang mati, ’Dia berkata: ‘Apa kamu tidak percaya,’ Dia [Ibrahim] berkata: ‘Ya, tetapi supaya hati saya lebih tenteram.’ [2:260] Keimanan saya adalah seperti yang saya katakan: ‘jika hijab kepada yang ghaib diangkat, keiaman saya tidak akan bertambah.’
Sa’sa’a bertanya: ‘Siapa yang lebih utama, kamu atau Musa?’ Imam berkata: ‘Saya lebih utama, kerana apabila Allah yang berkuasa mengarahkan Musa supaya pergi ke Mesir untuk mengajak Firaun kepada kebenaran, Musa berkata: ‘Tuhanku! Sesunggunhnya saya telah membunuh seorang dari mereka, maka saya takut bahawa mereka akan membunuh saya. Dan saudara saya, Harun dia mempunyai lidah yang fasih dari saya. Maka hantarkanlah dia bersama saya sebagai penolong, untuk membantu saya. Sesungguhnya saya takut mereka akan menolak saya.’ [28:33-34] Nabi mengarahkan saya, dengan perintah Allah, untuk pergi keMakah dan bacakan ayat dari surah al-Baraa’ dari atas Kabah kepada kafir Quraish. Saya tidak takut, walaupun terdapat hanya sebilangan kecil dari mereka yang saudaranya tidak terbunuh dengan pedang saya. Patuh kepada arahanNya, saya laksanakan tugas seorang diri. Saya bacakan ayat al-Baraa’ dan kembali.’
Sa’sa’a bertanya: ‘Siapa yang lebih utama, kamu atau Isa?’ Ali berkata: ‘Saya lebih utama, kerana apabila Mariam mengandung dengan izin Allah, dan masa untuk melahirkan telah sampai, wahyu telah diturukan kepadanya: ‘Tinggalkan rumah suci ini, kerana ini adalah rumah untuk beribadah, bukan tempat untuk melahirkan anak.’ Menurutnya, dia telah meninggalkan rumah suci itu dan pergi kegurun, dimana dia telah melahirkan Isa. Tetapi apabila ibu saya, Fatimah bint-e-Asad, merasa sakit untuk melahirkan dikawasan Kabah, dia bergantung pada dinding dan berdoa kepada Allah dengan nama yang menjadikan rumah tersebut untuk mengurangkan kesakitannya. Kemudian satu laluan kelihatan pada dinding tersebut, dan ibu saya mendengar suatu suara ghaib memberitahu dia, ‘Wahai Fatimah! Masuklah kedalam rumah Kabah.’ Dia masuk kedalam, dan saya dilahirkan di dalam Kabah yang suci.’
CERMIN BAGI SEMUA PARA NABI SEBAGAIMANA YANG DITUNJUKKAN OLEH HADITH PERSAMAAN
HADITH-E-TASHBIH
Ianya juga telah dirakamkan oleh ulama kamu bahawa Ali adalah cermin bagi kedudukan tinggi terhadap semua nabi. Ibn Abi’l-Hadid Mu’tazali di dalam Sharhe Nahju’l-Balagha, jilid XI, ms 449, Hafiz Abu Bakr Faqih Shafi’i, Ahmad Bin Husain Baihaqi di dalam Manaqib, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam Musnad, Imam Fakhru’d-Din Razi di dalam Tafsir-e-Kabir dalam kaitan dengan ayat Mubahila, Muhyi’d-Din Ibn Arabi di dalam Yawaqit-o-Jawahir, isu 32, ms 172; Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, pada pemulaan Bab 40 pada pengesahan Musnad dari Imam Ahmad bin Hanbal, Sahih oleh Baihaqi, dan Sharhi’l-Mawaqif wa’t-Tariqati’l-Muhammadiyya, Nuru’d-Din Maliki di dalam Fusuli’l-Muhimma, ms 120; dari Baihaqi; Muhammad bin Talha Shafi’i di dalam Matalibu’s-Su’ul, ms 22; dan Muhammad bin Yusuf Ganji Shafi’i di dalam Kifayatu’t-Talib, Bab 23, telah menyebutkan dari nabi denga sedikit perbezaan pada perkataan disana sini, berkata: ‘Sesiapa yang berhajat untuk melihat pengetahuan Adam, wara’nya nuh, dan berserahnya [Tawakkal] Ibrahim, kemuliaan Musa atau kecintaan Isa, bolehlah lihat kepada Ali Ibn Abi Talib.’
Mir Seyyed Ali Hamadani telah mengatakan hadith yang sama dengan sedikit tambahan, di dalam Mawaddatul-Qurba, Mawadda VII. Dia mengatakan dari Jabir bahawa nabi berkata: ‘Sesungguhnya Allah mencantumkan 90 kualiti nabi-nabi di dalam Ali, yang Dia tidak berikan kepada sesiapa pun.’ Hafiz Muhammad bin Yusuf Ghanji Shafii yang terkenal, setelah menyebutkan hadith ini, membuat ulasan: ‘Ali sama kepada Adam dalam pengetahuan yang mana Allah telah ajarkan kepada Adam segalanya, sebagaimana Dia katakan di dalam al-Quran: ‘Dan Dia mengajarkan kepada Adam segala nama…’ [2:31]
Begitu jugalah Ali mempunyai pengetahuan dalam semua perkara. Oleh kerana pengetahuan yang datangnya terus dari Allah, Adam telah diberikan Khalifah Allah, sebagaimana al-Quran berkata: ‘… Saya akan jadikan dibumi seorang Khalifah…’ [2:30] Oleh kerana pengetahuan, Adam mendapat keutamaan, sehinggakan malaikat sujud hormat kepadanya, maka Ali adalah sama juga yang paling tinggi dari semua kejadian dan Khalifah selepas nabi. Pengetahuan Ali sama seperti Nuh yang mana Ali keras terhadap yang kafir dan berkasih sayang kepada beriman. Allah memujinya di dalam al-Quran: ‘…Dan mereka yang bersama dengannya adalah keras terhadap yang kafir, berkasih sayang diantara mereka..’ [48:29] Ini satu lagi bukti bahawa ayat itu diwahyukan di dalam memuji Ali, sebagaimana saya katakan dahulu. Nuh sangat keras terhadap yang kafir, sebagaimana al-Quran berkata: ‘Tuhan ku jangan tinggalkan diatas bumi seorang pun diantara yang kafir.’ [71:26]
Ali adalah sama kepada Ibrahim di dalam kelembutan hati. Al-Quran berkata kepada Ibrahim: ‘Pasti sesungguhnya, Ibrahim mempunyai hati yang lembut.’ [9:114]
Ali mempunyai semua kualiti dan sifat, yang mana dimiliki oleh nabi secara individu. Haditn yang diterima oleh semua ini membuktikan bahawa Ali memiliki kemuliaan yang tertinggi, setiap satu darinya adalah sama dengan kualiti yang paling tinggi pada nabi. Maka nyatalah dia yang mempunyai semua kualiti yang tertinggi dari semua nabi adalah yang tertinggi dari segi kedudukan. Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiul-Mawadda, Bab 40, menyebut dari Manaqib oleh Khawarizmi melalui Muhammad bin Mansur, yang berkata bahawa dia mendengar Ahmad bin Hanbal berkata: ‘Tidak terdapat pujian yang sedemikian diantara para sahabat, sebagaiman terdapat kepada Ali Ibn Abi Talib.’ Muhammad bin Yusuf Ghanji Shafii juga menyebutkan perkataan yang mempunyai makna yang sama. Ibn Abil-Hadid Mutazali di dalam Sharh Nahjul Balagha, jilid I, ms 46, berkata: ‘Ali adalah manusia yang paling sesuai untuk kedudukan wilaya [penjaga] oleh mulianya keutamaan beliau. Dengan pengecualian terhadap nabi Allah, dialah manusia yang paling berhak bagi kedudukan Khalifah.’
Ali yang pastinya lebih berhak kepada Khalifah, tetapi dia telah diketepikan oleh siasah politik dari orang yang lebih rendah. Sekurang-kurangnya mereka telah memberitahu Ali bahawa mereka sedang mengadakan perjumpaan di Saqifa Bani Sada untuk membincangkan isu yang penting pada pemilihan Khalifah. Mereka tidak melakukan itu supaya dapat melucutkan dia dari haknya kepada pengganti.
PERSETUJUAN UNTUK ABU BAKR.
Hafiz: Adakah kamu ini zalim atau kamu??? Kamu katakan bahawa sahabat nabi melantik mereka yang merampas kedudukan Khalifah. Ya tentu kamu fikir kami semua bodoh, yang secara buta menurut sahaja dari keturunan kami. Tetapi bukti apakah yang lebih kuat dari ijma, persetujuan ramai? Semua para sahabat dan ummah, termasuk Ali, melantik Abu Bakr dan memberi bai’ah [sumpah taat setia] kepadanya. Yang nyata persetuuan umum oleh semua orang adalah muktamad, dan bersetuju kepadanya adalah wajib. Nabi berkata: ‘Ummah ku tidak bersetuju pada kesalahan, ummahku tidak bersetuju pada penyelewengan dari jalan yang benar.’ Maka kami tidak menurut keturunan kami dengan membuta tuli. Yang sebenarnya adalah, bahawa pada hari pertama selepas nabi wafat, kommuniti seluruhnya telah memutuskan di dalam perjumpaan untuk melantik Abu Bakr sebagai Khalifah. Oleh kerana ini adalah fakta yang telah selesai, maka kita harus menerimanya.
Shirazi: Sila beritahu kepada kami atas dasar apa Khalifah diasaskan?
Hafiz: Telah nyata. Bukti yang terbaik pada ujudnya Khalifah setelah nabi adalah ijma ummah, yang darinya lahirnya Khalifah. Selain dari itu, kelayakkan yang terbaik untuk Abu Bakr dan Umar pada kedudukan Khalifah disebabkan kedewasaannya. Ali, dengan segala kemuliaannya dan dekatnya kepada nabi, terpaksa diketepikan kerana keremajaannya. Dan untuk menjadi adil dan saksama, adalah tidak wajar untuk seorang remaja untuk melampaui [menindih] tuntutan dari sahabat yang matang. Dan kami tidak menganggap dengan mengenepikan Ali sebagai satu kekalahan terhadap dirinya, kerana kecemerlangan adalah diterima. Terdapat juga hadith oleh Khalifah Umar dari nabi, yang berkata: ‘Nabi dan pemimpin tidak disatukan dalam satu keluarga.’ Makanya Ali telah dinafikan kedudukan Khalifah kerana dia terjumlah di dalam keluarga nabi. Dia tidak layak pada kedudukan itu.
HUJAH MENENTANG PADA SAHNYA IJMA.
Shirazi: Terkejut saya bahawa kamu mengutara hujah yang sebegitu jahil. Pertama kamu katakan bahawa ijma, persetujuan ummah, adalah hujah yang paling munasabah, dan di dalam menyokong tujuan kamu, sebuah hadith kamu bacakan. Perkataan ‘ummai’ bererti ‘ummah ku’, maka hadith itu [katakan lah hadith itu benar] bererti bahawa apabila keseluruh ummah bersetuju pada sesuatu, keputusan itu tidak boleh salah. Saya tidak boleh menerima itu. Allah telah membezakan ummah ini dengan keutamaan bahawa diantara mereka pastinya terdapat golongan yang memendu kepada kebenaran. Wazir Allah akan ada bersama mereka. Apabila ummah itu berkumpul, kumpulan petunjuk kepada kebenaran ada bersama mereka. Tetapi hadith itu [walaupun benar] tidak menunjukkan sebarang keterangan bahawa nabi menyerahkan haknya dan membenarkan ummah pada melantik Khalifah. Dan jika benar sekalipun nabi telah menyerahkan kepada ummah untuk memilih Khalifah, hak ini diberikan kepada semua ummah. Oleh kerana semua Muslim mendapat faedah dari Khalifah; mereka mempunyai hak pada menyampaikan pendapat mereka di dalam pemilihan Khalifah. Dari itu perhimpunan semua muslim setelah wafatnya nabi adalah perkara yang perlu supaya dengan persetujuan ramai, seorang yang sempurna akan dilantik sebagai Khalifah. Adakah terdapat perhimpunan yang sedemikian? Adakah cara begini Abu Bakr menjadi Khalifah?
Hafiz: Abu Bakr menjadi Khalifah selama dua tahun lebih. Semasa itu, muslim secara amnya telah memberikan bai’ah kepada dia dan mentaatinya. Ini dengan sendirinya bererti satunya pendapat diantara mereka, dan pembuktian kepada sahnya.
Shirazi: Kamu cuba mengelakkan isu. Soalan saya bukan mengenai keseluruhan era Abu Bakr. Saya tanyakan mengenai keputusan yang dibuat dibawah bumbung Bani Sada. Adakah perhimpunan disitu mengandungi keseluruh ummah, atau beberapa orang yang memberikan bai’ah?
Hafiz: Yang pasti hanya terdapat beberapa sahabat yang terkemuka, tetapi kemudian ijma berlaku.
Shirazi: Adakah nabi, seorang yang paling sempurna untuk memandu ummah, menyerahkan haknya di dalam memihak kepada ummah?
Adakah dia menyerahkan haknya supaya orang dari kumpulan Aus, yang bermusuhan dengan kumpulan Khazraj, mungkin memberikan bai’ah kerana takutkan musuhnya akan berkuasa?
Adakah dia meninggalkan haknya supaya ummahnya dapat menubuhkan kerajaan berasaskan ketakutan dan tamak? Bolehkah kamu katakan bilangan yang kecil itu kommuniti?
Tidakkah muslim dari Makah, Yaman, Jeddah dan kota-kota lain tergolong di dalam ummah?
Tidakkah mereka mempunyai hak pada menyampaikan pendapat mengenai kedudukan Khalifah?
Jika tidak ada konpirasi, mengapa mereka tidak menunggu untuk mendapat pandangan dari semua Muslim di dalam perkara yang begitu penting, seperti kedudukan Khalifah? Dengan cara ini, ijma di dalam pengertian yang sebenar mungkin telah tercapai. Bahkan hari ini, untuk mendirikan sebuah negara demokratik, atau untuk memilih ketua negara, pilihan raya umum diadakan. Warga negara boleh membuang undi dan ketua boleh dilantik dengan pilihan ramai. Ketua dinegara yang bertammadun dan manusia umum akan memandang hina kepada cara ijma kamu yang aneh.
Hafiz: Mengapa kamu memulakan percakapan yang tidak baik? Ijma bererti bahawa terdapatnya perhimpunan orang bijak pandai dan sahabat terkenal yang berhimpun diSaqifa.
Shirazi: Kamu katakan bahawa ijma bererti bahawa terdapat perhimpunan oleh ahli intelek dan sahabat nabi yang terkenal, tetapi kamu tidak punya asas pada kenyataan ini selain hadith yang kamu ucapkan tadi. Dimana hadith yang mengatakan intelek atau sahabat terkenal? Saya ulangi perkataan ‘ummai’ bererti keseluruhan ummah, bukan sebilangan sahabat, walaupun mereka terpelajar. Walaupun jika perkataan kamu itu betul, bahawa ijma bererti ‘perhimpunan ahli intelek dan sahabat yang terkenal,’ adakah ahli intelek dan sahabat terkenal hanya tergolong pada sebilangan kecil mereka yang berkumpul dibawah bumbung yang kecil pada hari itu? Tidakkah ada manusia intelek dan sahabat terkenal yang lain di dalam dunia islam? Dan adakah kesemua mereka memilih Khalifah sebut suara?
Shirazi: Kamu katakan bahawa ijma bererti bahawa terdapat perhimpunan oleh ahli intelek dan sahabat nabi yang terkenal, tetapi kamu tidak punya asas pada kenyataan ini selain hadith yang kamu ucapkan tadi. Dimana hadith yang mengatakan intelek atau sahabat terkenal? Saya ulangi perkataan ‘ummai’ bererti keseluruhan ummah, bukan sebilangan sahabat, walaupun mereka terpelajar. Walaupun jika perkataan kamu itu betul, bahawa ijma bererti ‘perhimpunan ahli intelek dan sahabat yang terkenal,’ adakah ahli intelek dan sahabat terkenal hanya tergolong pada sebilangan kecil mereka yang berkumpul dibawah bumbung yang kecil pada hari itu? Tidakkah ada manusia intelek dan sahabat terkenal yang lain di dalam dunia islam? Dan adakah kesemua mereka memilih Khalifah sebut suara?
Hafiz: Oleh kerana perkara Khalifah adalah urusan yang sirius; manusia takut bahawa kekacauan akan berlaku. Dan tidak mungkin dapat memberitahu muslim dari kawasan lain. Apabila Abu Bakr dan Umar mendengar bahawa sebahagian Ansar telah berkumpul disana , mereka juga pergi kesana untuk berucap. Oleh kerana Umar biasa menjadi ketua, dia menganggapnya lebih baik untuk ummah untuk memberikan sumpah setia kepada Abu Bakr. Yang lainnya mengikuti tindakkannya dengan memberikan bai’ah kepada Abu Bakr, tetapi sebilangan Ansar dan orang kaum Khazraj, yang menyokong Sa’d bin Ubaida, tidak memberikan bai’ah dan meninggalkan Saqifa. Itulah sebabnya mereka bersegera.
Shirazi: Maka kamu juga setuju, sebagaimana ulama dan ahli sejarah kamu yang terkenal, bahawa pada hari saqifa, apabila asas perencanaan bermula, tidak terdapat ijma. Abu Bakr atas sebab politik dengan pintar mencadangkan Umar dan Abu Ubaida bin Jarra, dan mereka juga, membalas cadangan dengan menamakan Abu Bakr, memberitahu mereka bahawa dialah yang paling layak untuk kedudukan itu. Mereka terus memberikan bai’ah kepadanya. Orang dari kaum Aus yang hadir juga memberikan bai’ah kepada Abu Bakr, dari sudut pandangan permusuhan mereka dengan kaum Khazraj, dan juga mereka takut bahawa Sa’d bin Ubaida mungkin akan menjadi Amir. Dengan cara ini ianya makin membesar. Bagaimanapun jika ijma adalah hujah yang kuat dan boleh dipegangi, mereka seharusnya menunggu sehingga semua ummah – atau sebagaimana yang kamu katakan: ahli bijak pandai – telah berkumpul disana, pada mencapai pesetujuan seluruh kommuniti.
Hafiz: Saya telah memberitahu kepada kamu kerana takutkan kekacauan maka kumpulan itu terpaksa bertindak. Orang-orang kaum Aus dan Khazraj telah berkumpul di saqifa dan menentang sesama sendiri. Setiap mereka hendak membuat keputusan, supaya ketua bagi kerajaan islam untuk mereka.
Shirazi: Saya bersetuju dengan apa yang kamu katakan. Muhammad bin Jarir Tabari, jilid I, ms 457, dan yang lainnya telah menulis bahawa muslim tidak berhimpun dibawah saqifa untuk melantik Khalifah mereka. Aus dan Khazraj yang hendak melantik Amir untuk diri mereka. Abu Bakr dan Umar telah beruntung dari pertelingkahan mereka. Jika mereka telah benar-benar berhimpun untuk memperbincangkan mengenai Khalifah, mereka tentu telah mempelawa semua Muslim untuk menyatakan pendapat di dalam perkara ini. Sebagaimana yang kamu katakan bahawa mereka tidak dapat memberitahu semua muslim, dan masa makin suntuk. Itu memang benar mereka tidak dapat memberitahu muslim di Makah, Yaman, Ta’if dan muslim dari kota-kota lain. Tetapi tidakkah mereka tidak punya cara walaupun untuk berjumpa dengan tentera Usama bin Zaid, yang berkhemah dekat dengan Madina? Tidakkah mereka tidak dapat memberitahu sahabat nabi yang terkemuka disana? Salah seorang dari sahabat nabi yang amat terkenal, adalah ketua turus angkatan tentera Islam, yang dilantik oleh nabi sendiri. Abu Bakr dan Umar adalah tentera bawahannya. Apabila Usama mendengar bahawa melalui konpirasi tiga orang Khalifah telah dilantik tanpa berunding dengan manusia lain atau memberitahu mereka, dan bahawa mereka telah memberikan bai’ah kepada orang itu, dia menunggang kudanya hingga kepintu masjid dan berkata dengan kuat: ‘Apa dengan semua ini? Dengan kebenaran siapa kamu telah melantik Khalifah? Apakah ertinya hanya sebilangan orang yang tanpa merujuk kepada sahabat, telah melantik Khalifah?’
Umar melangkah kehadapan untuk menenangkan dia dan berkata: ‘Usama! Segalanya telah selesai. Bai’ah telah diberi. Janganlah memulakan perpecahan diantara manusia. Berikanlah bai’ah kamu sendiri.’ Usama menjadi marah. ‘Nabi telah menjadikan aku Amir kamu,’ dia berkata. ‘Bagaimana mungkin bahawa Amir yang dilantik oleh nabi memberikan bai’ah kepada orang yang diletakkan dibawah pemerintahannya?’ walaupun lebih banyak perkara yang berlaku, saya rasa ini sudah mencukup untuk menunjukkan maksud saya.
ALI DENGAN SENGAJA TIDAK DIBERITAHU MENGENAI PERJUMPAAN DI SAQIFA.
Jika kamu katakan bahawa tentera Usama juga jauh dari kota dan masa bertambah pendek, adakah kamu juga akan mengatakan jarak dari saqifa dan masjid tempat penginapan nabi juga jauh? Mengapa mereka tidak memberitahu Ali, atau Abbas bapa saudara nabi yang dihormati? Megapa mereka tidak merujuk kepada Bani Hashim, keturunan nabi?
Hafiz: Di dalam semua kemungkinan, situasi dikala itu amat tegang sehingga mereka tidak boleh cuai dan meninggalkan saqifa.
Shirazi: Maafkan saya, mereka punya masa. Mereka dengan sengaja mengelak dari memberitahu Ali, Bani Hashim dan para sahabat yang benar-benar rapat.
Hafiz: Bagaimana kamu boleh mengatakan bahawa mereka [kumpulan saqifa] dengan sengaja tidak mahu memberitahu mereka [kumpulan Ali]?
Shirazi: Satu petunjuk yang nyata bahawa Umar datang kepintu rumah nabi tetapi tidak memasukinya?
Hafiz: Pastinya cerita ini telah dipalsukan oleh Rafizi
Hafiz: Pastinya cerita ini telah dipalsukan oleh Rafizi
Shirazi: Lihat pada ms 456 di dalam buku Tarikh, jilid II, oleh Muhammad bin Jarir Tabari, seorang ulama terkanal kamu. Dia menulis bahawa Umar datang kepintu rumah nabi tetapi tidak masuk. Dia mengirim berita kepada Abu Bakr: ‘Datang segera; saya ada urusan yang mustahak dengan kamu.’ Abu Bakr menghantar berita kepadanya bahawa dia tidak punya masa. Umar menghantar berita sekali lagi: ‘Kita sedang berdepan dengan krisis. Kehadiran kamu sangat penting.’ Abu Bakr keluar dan Umar memberitahunya secara rahsia mengenai perhimpunan Ansar di saqifa dan berkata bahawa mereka hendaklah bersegera kesana. Kedua mereka pergi, dan di dalam perjalanan mereka bertemu Abu Ubaida, dan membawa dia bersama.
Demi Allah berlaku adillah. Jika mereka tidak mempunyai niat pada konpirasi, mengapa Umar pergi kepintu rumah nabi tetapi tidak masuk? Mereka boleh meminta pertolongan. Adakah disana diantara semua ummah hanya Abu Bakr, yang penuh dengan bijaksana, dan adakah para sahabat yang lain dan juga keturunan nabi manusia asing yang tidak berhak untuk diberitahu mengenai perkara ini? Adakah ijma kamu ini sebenarnya mengandungi tiga orang? Dimanakan tempat di dalam dunia ini yang peraturan sedemikian diterima? Katakan bahawa tiga orang atau mana-mana kumpulan manusia, berhimpun di dalam kota dan menubuhkan sebuah ijma dan melantik ketua negara. Adakah perlu pada ulama dan intelek dari kota-kota lain atau bandar patuh kepada mereka? Atau katakan seorang yang intelek yang bijak yang belum dipilih oleh yang lain memberi pendapat, adakah perlu bahawa para intelek yang lain mengikuti mereka? Adakah wajar untuk menekan perasaan seluruh ummah melalui tindakkan menakutkan oleh sekumpulan manusia? Jika sebaliknya, di dalam perbincangan ilmiah, sekumpulan manusia mendedahkan bahawa Khalifah tidak yang seperti ditunjukki oleh perundangan agama atau undang-undang alam, adakah wajar mereka dipanggil Rafizi?
Kamu mengatakan nabi meninggalkan isu Khalifah kepada ummah atau ahli intelek dari ummah, sebagaimana yang kamu namakan. Adakah para intelek ummah terdiri dari Abu Bakr, Umar dan Abu Ubaida Jarra. Setiap mereka mencalonkan nama mereka yang lain, dan kemudian dua dari mereka menerima yang ketiga. Itu sajalah. Adakah wajib bagi semua muslim untuk mengikuti mereka? ‘Minoriti’ ‘majoriti’ dan ‘ijma’ bereti perkara yang berlainan. Jika perhimpunan perundingan dibuat untuk mempertimbangkan masalah tertentu, dan kumpulan yang kecil jumlah orangnya memberikan satu pendapat, sedangkan kumpulan yang besar memberikan pendapat yang lain pula. Maka pendapat kumpulan yang kurang dikatakan pendapat minoriti. Pendapat kumpulan yang besar dikatakan pendapat majoriti, dan jika kesemua mereka [tanpa pengecualian seorang pun] memberikan pendapat yang sama, ia dikatakan ijma.
Adakah ijma sepakat di saqifa atau kemudian di masjid atau kemudiannya di dalam kota Madina?
Jika, bagaimana pun, di dalam perbezaan dengan kehendak kamu, kita ketepikan hak ummah yang umum dan katakan pendapat dari golongan intelektual dan para sahabat nabi adalah mencukupi untuk ijma, saya tanya sama ada terdapat ijma dimana semua intelektual dan para sahabat mengambil bahagian?
Adakah kumpulan yang kecil di saqifa bersetuju sebulat suara di dalam pendapat mereka? Jawapannya adalah negetif. Pengarang Mawaqif dengan sendiri telah mengaku bahawa tidak ada ijma semasa Khalifah Abu Bakr, dan pasti tidak terdapat pendapat sebulat suara diantara para terpelajar di Madina, sama ada dari Sa’d bin Ubaida Ansari, dan keturunannya, para sahabat nabi yang dekat, kesemua Bani Hashim, kawan-kawan mereka, dan Ali Ibn Abi Talib, - semuanya menentang Abu Bakr untuk enam bulan. Mereka ini tidak pernah memberikan bai’ah kepadanya. Di Madina, tempat nabi, tiada ijma yang dicapai yang mana para intelektual dan sahabat nabi menyokong Abu Bakr sebagai Khalifah. Ahli sejarah kamu yang terkenal, seperti Fakhrud-Din Razi, Jalalud-Din Suyuti, Ibn Abil-Hadid Mutazali, Tabari, Bukhari dan Muslim, merakamkan bahawa ijma tidak pernah berlaku di Madina.
Bani Hashim, Bani Umayya, dan para sahabat secara umum – melainkan tiga orang yang disebutkan diatas – tidak hadir di Saqifa untuk membuang undi. Lebih-lebih lagi ramai yang menentang keputusan itu. Malah sebahagian dari para sahabat yang terkenal, yang menolak bai’ah di saqifa, pergi kemasjid dan membantah kepada Abu Bakr: Dari pihak muhajir adalah Salman Farsi, Abu Dharr Ghifari, Miqdad Bin Aswad Kindi, Ammar-e-Yasir, Buraida Aslami, dan Khalid Bin Sa’id Bin As Amawi. Dari Ansar Abu’l-Hathama bin Tihan, Khuzaima Bin Thabit Dhu’sh-Shahadatain, Abu Ayyub Ansari, Ubai Bin Ka’b, Sahl Bin Hunaif, Uthman Bin Hunaif, yang menentang Abu Bakr di dalam masjid. Saya telah berikan secara ringkas garis luar kejadian. Tidak ada ijma dalam bentuk apa pun yang dicapai. Ijma dari para intelektual dan para sahabat terkenal Madina adalah penipuan yang terang.
Berdasarkan dari punca kamu sendiri, saya akan berikan lis nama mereka yang menentang Khalifah. Ibn Hajar Asqalani dan Baladhuri, masing-masing di dalam Ta’rikh, Muhammad Bin Khawind Shah di dalam Rauzatu’s-Safa, Ibn Abdu’l-Birr di dalam Isti’ab, dan lainnya berkata bahawa Sa’d bin Ubaida dan sebahagian dari Khazraji dan sekumpulan Quraish tidak memberikan bai’ah kepada Abu Bakr. Lebih-lebih lagi 18 orang adalah sahabat nabi yang rapat dan terkenal yang tidak memberikan bai’ah kepada Abu Bakr. Mereka adalah Syiah Ali Ibn Abi Talib. Nama-nama mereka yang 18 adalah seperti berikut:
1. Salman Farsi
2. Abu Dharr Ghifari
3. Miqdad Bin Aswad-e-Kindi
4. Ammar-e-Yasir
5. Khalid Bin Sa’id bin al-As
6. Buraida Aslami
7. Ubai Bin Ka’b
8. Khuzaima Bin Thabit Dhu’sh-Shahadatain
9. Abu’l-Hathama Bin Tihan
10. Sahl Bin Hunaif
11. Uthman Bin Hunaif Dhu’sh-Shahadatain
12. Abu Ayub Ansari
13. Jabir Ibn Abdullah Ansari
14. Hudhaifa bin Yaman
15. Sa’d Bin Ubaida
16. Qais Bin Sa’d
17. Abdullah Bin Abbas
18. Zaid Bin Arqam
Dan Yaqubi menulis di dalam Tarikh: ‘Sekumpulan Muhajir dan Ansar menjauhkan diri mereka dari memberikan bai’ah kepada Abu Bakr dan mereka adalah pengikut Ali. Diantara mereka adalah Abbas bin Abdu’l-Muttalib, Fazl Bin Abbas, Zubair Ibnu’l-‘Awwam Bin As, Khalid Bin Sa’id, Miqdad Bin Umar, Salman Farsi, Abu Dharr Ghifari, Ammar Yasin, Bara’a Bin Azib, and Ubai Bin Ka’b.”
Tidakkah orang-orang ini para intelektual ummah? Ali, Abbas, bapa saudara nabi dan yang lainnya dari Bani Hashim yang terkenal – tidakkah orang-orang ini bijak dan dipercayai? Jenis apa ijma ini, yang telah diadakan tanpa perundingan dengan manusia-manusia ini? Apabila Abu Bakr dilantik secara rahsia dan para sahabat yang terkenal tidak diberitahu, adakah ini menunjukkan ijma atau konpirasi politik?
HADITH-E-TSAQALAIN DAN HADITH-E-SAFINA.
Lebih-lebih lagi Bani Hashim, keluarga nabi, tidak hadir di saqifa. Pertimbangan dan pandangan mereka yang sangat berharga tidak boleh dinafikan dari sudut pandangan hadith yang telah saya sebutkan pada malam-malam yang awal dahulu, dan telah dipersetujui oleh kedua golongan. Nabi berkata: ‘Saya tinggalkan bersama kamu dua perkara penting: Kitab Allah dan ahli bayt ku [Ahli keluarga yang suci, Ali, Fatimah, Hasan dan Husain]. Jika kamu berpegang teguh kepada keduanya, kamu tidak akan sesat selepas aku.’ Manusia ini tidak menyokong Khalifahnya Abu Bakr. Sebagai tambahan, terdapat satu lagi hadith yang terkenal yang dinamakan hadith-e-safina, yang saya telah nyatakan pada malam yang lalu. Nabi berkata: ‘Ahli bayt ku seperti bahtera Nuh. Siapa yang menaikkinya terselamat, dan sesiapa yang berpaling akan karam.’ Hadith ini menunjukkan bahawa, sebagaimana kommuniti [ummah] Nuh terselamat dari banjir besar, ummah nabi akan terselamat dari bencana dengan mengikuti keturunan nabi yang suci. Ibn Hajar di dalam Sawaiq-e-Muhriqa, ms 50, mengulas pada ayat IV, menyebutkan dua hadith dari Sa’d mengenai perlunya [wajib] pada mengikuti ahli bayt nabi. Di dalam satu hadith nabi berkata: ‘Saya dan ahli bayt ku adalah satu pohon di syurga, yang mana dahan-dahannya didunia; maka sesiapa yang mencari jalan menuju ke Allah hendaklah berpaut kepada mereka.’
Di dalam hadith yang kedua nabi berkata: ‘Diantara ummah ku, di dalam setiap era terdapat mereka yang benar dari ahli bayt ku yang akan menapis segala kotoran yang telah dibawa masuk kedalam agama oleh mereka yang berbuat dosa dan menbersihkannya dari segala kenyataan yang melampaui batasan dan juga ulasan dari mereka yang jahil. Hendaklah kamu mengetahui bahawa Imam kamu pastinya mereka yang memimpin kamu kejalan Allah; maka kamu hendaklah berwaspada [berjaga-jaga] mengenai mereka yang kamu ambil menjadi pemandu kamu.’ Matlamat hadith yang sebegini adalah bahawa nabi mengatakan kepada ummahnya: ‘Melainkan kamu mengikuti ahli bayt ku, musuh akan membawa menyimpang.’ Manusia yang boleh mempengaruhi ijma, sumpah setia [bai’ah], dan perlantikkan kepada Khalifah; telah ditentang oleh prosidur yang kamu telah terangkan. Maka ijma jenis apakah ini? Para sahabat terkenal, para intelek, dan juga keturunan nabi ada di Madina pada masa saqifa. Maka tidak ada keraguan bahawa perkara ini telah dibuat tanpa sokongan majoriti, tidak perlulah hendak disebut ijma. Ibn Abdul-Barr Qartabi seorang ilmuan dari golongan kamu di dalam Istiab, Ibn Hajar di dalam Isaba, dan ulama lainnya menulis Sa’d bin Ubaida, seorang pencabar [menuntut] kedudukan Khalifah, telah enggan untuk bai’ah kepada Abu Bakr dan Umar. Dia tidak hendak memulakan kekacauan, maka pergi ke Syria. Menurut dari laporan di dalam Rauzatus-Safa, diatas hasutan orang yang terkenal dia telah dibunuh. Menurut dari ahli sejarah, orang yang melakukan jenayah itu adalah Khalid bin Walid. Setelah membunuh Malik bin Buwaira dan mengahwini isterinya, dimasa awal pemerintahan Khalifah Abu Bakr, dia telah menjadi objek kemarahan Umar. Apabila Umar menjadi Khalifah, Khalid, cuba untuk memenangi perhatiannya, membunuh Sa’d bin Ubaida.
Hafiz: Oleh kerana terdapatnya bahaya akan jadinya kekacauan, dan mereka tidak dapat menghubungi seluruh ummah, maka mereka terpasa bergantung kepada beberapa orang yang berada di saqifa dimana bai’ah telah diambil. Kemudian ummah mengikutnya.
Shirazi: Ya, jika mereka tidak punya cara untuk mendapatkan para sahabat nabi yang terkenal, dan para intelek dari ummah yang diluar Madina, sila katakan dengan ikhlas: jika tidak ada komplot di dalam hal ini, mengapa mereka tidak mempelawa mereka yang ada di dalam Madina keperhimpunan di saqifa? Tidakkah ianya perlu untuk meminta pandangan Abbas, Ali Ibn Abi Talib dan juga Bani Hashim? Adakah pendapat Umar dan Abu Ubaida bin Jarra mencukupi untuk semua dunia islam?
Shirazi: Ya, jika mereka tidak punya cara untuk mendapatkan para sahabat nabi yang terkenal, dan para intelek dari ummah yang diluar Madina, sila katakan dengan ikhlas: jika tidak ada komplot di dalam hal ini, mengapa mereka tidak mempelawa mereka yang ada di dalam Madina keperhimpunan di saqifa? Tidakkah ianya perlu untuk meminta pandangan Abbas, Ali Ibn Abi Talib dan juga Bani Hashim? Adakah pendapat Umar dan Abu Ubaida bin Jarra mencukupi untuk semua dunia islam?
Hujah kamu bergantung kepada ijma, sama ada ianya umum atau khusus, tidak dapat diterima. Para intelek dan para sahabat yang terkenal tidak mengambil bahagian di dalamnya, mereka menentangnya. Sebagaimana yang saya katakan ijma bererti tidak seorang pun yang menentang. Di dalam ijma ini, kamu telah mengaku para intelek secara umum tidak mengambil bahagian. Imam Fakhrud-Din Razi di dalam Nihayatul-Usul berkata bahawa tidak terdapat ijma atau persetujuan ramai di dalam Khalifahnya Abu Bakr dan Umar sehingga selepas Sa’d bin Ubaida dibunuh.
Saya tidak dapat memahami bagaimana kamu dapat mengatakan ijma khayalan ini sebagai bukti kepada sahnya kedudukan Khalifah. Tuntutan kamu kedua bahawa Abu Bakr lebih tua dari Ali dan makanya lebih layak kepada kedudukan Khalifah, adalah lebih lemah dari hujah kamu yang pertama. Jika umur adalah syarat untuk Khalifah, terdapat ramai orang yang berumur lebih dari Abu Bakr dan Umar. Tentunya Abu Qahafa, Bapa Abu Bakr lebih tua dari anaknya, dan masih hidup pada masa itu. Mengapa dia tidak dilantik Khalifah?
Hafiz: Umur Abu Bakr digandingkan dengan kebolehannya, telah menjadikan dia pilihan yang wajar. Apabila terdapat yang tua, berpengalaman dan dicintai oleh nabi berada di dalam ummah, remaja yang tidak berpengalaman tidak boleh diberikan dengan kepimpinan.
Shirazi: Jika itu adalah benar, maka tujuan bantahan kamu adalah kepada nabi sendiri. Apabila nabi hendak berangkat ke ekpedisi Tabuk, para munafik [hipokrit] secara rahsia hendak memberontak di Madina dimasa ketiadaan baginda. Maka baginda melantik seorang yang berpengalaman ditempatnya supaya dapat mengawal situasi di Madina dan menggagalkan rancangan munafik. Saya meminta kamu memberitahu kami siapakah yang nabi tinggalkan ditempatnya di Madina sebagai pengganti dan Khalifah.
Hafiz: Itu semua orang tahu bahawa baginada menjadikan Ali Khalifah dan penggantinya.
Shirazi: Tidakkah Abu Bakr, Umar dan sahabat yang tua lainnya di Madina pada masa itu? Ya; dan bahkan nabi melantik seorang muda, Ali, Khalifah dan penggantinya. Pada membacakan beberapa ayat al-Quran dari surah Baraa’ kepada penduduk Makah, kita tentu memikirkan, seorang yang berpengalaman adalah lebih wajar. Tetapi nabi memanggil pulang orang yang tua Abu Bakr dari separuh perjalanannya dan mengarahkan yang muda Ali untuk melakukan tugas yang penting ini. Nabi mengatakan bahawa Allah telah memberitahunya bahawa ‘orang’ yang hendak menyampaikan al-Quran seharusnya dia [diri nabi] atau sesaorang yang darinya. Begitu juga, bagi petunjuk terhadap penduduk Yaman, mengapa nabi menghantar Amirul Mukminin Ali, sepatutnya yang lebih berpengalaman Abu Bakr, Umar atau lainnya yang hadir pada masa itu? Pada banyak lagi peristiwa yang sama nabi, di dalam kehadiran Abu Bakr, Umar dan lainnya, memilih Ali untuk melaksanakan tugas yang penting. Dari itu penegasan kamu pada peraturan kedewasaan tidak berasas. Syarat yang penting untuk Khalifah adalah kemuliaan. Saya baru sahaja teringat bahawa bukti yang paling kuat pada menolak kedudukan Khalifah mereka, adalah yang bertentangan dengan apa yang mereka namakan ijma, oleh Ali, yang menurut nabi pembeza diantara benar dan salah. Ulama terkenal kamu telah menyebutkan beberapa hadith dengan tujuan ini. Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, Bab 16 menyebutnya dari Kitabu’s-Sabi’in Fi Faza’il-e-Amiru’l-Mu’minin, Imamu’l-Haram Abu Ja’far Ahmad Bin Abdullah Shafi’i, di dalam hadith XII dikatakan dari Firdaus dari Dailami dari 70 hadith, Mir Seyyed Ali Hamadani Shafi’i di dalam Mawaddatu’l-Qurba, Mawadda - VI, Hafiz di dalam Amali, Muhammad Bin Yusuf Ganji Shafi’i di dalam Kifayatu’t-Talib, Bab 44, menyatakan dengan sedikit perbezaan di dalam perkataan, dengan pengesahan dari Ibn Abbas, Abi Laila Ghifari dan Abu Dharr Ghifari bahawa nabi berkata [rangkap yang akhir adalah sama di dalam setiap sebutan]: ‘Tidak lama selepas saya pergi dari dunia ini, maka akan ada pertelingkahan. Apabila ianya berlaku, kamu hendaklah mengikuti Ali Ibn Abi Talib, kerana dia adalah orang yang pertama akan bertemu dengan saya dan memegang tangan dengan saya dihari pengadilan. Kedudukannya tinggi dan dia adalah pembeza diantara benar dan salah.’
Shirazi: Jika itu adalah benar, maka tujuan bantahan kamu adalah kepada nabi sendiri. Apabila nabi hendak berangkat ke ekpedisi Tabuk, para munafik [hipokrit] secara rahsia hendak memberontak di Madina dimasa ketiadaan baginda. Maka baginda melantik seorang yang berpengalaman ditempatnya supaya dapat mengawal situasi di Madina dan menggagalkan rancangan munafik. Saya meminta kamu memberitahu kami siapakah yang nabi tinggalkan ditempatnya di Madina sebagai pengganti dan Khalifah.
Hafiz: Itu semua orang tahu bahawa baginada menjadikan Ali Khalifah dan penggantinya.
Shirazi: Tidakkah Abu Bakr, Umar dan sahabat yang tua lainnya di Madina pada masa itu? Ya; dan bahkan nabi melantik seorang muda, Ali, Khalifah dan penggantinya. Pada membacakan beberapa ayat al-Quran dari surah Baraa’ kepada penduduk Makah, kita tentu memikirkan, seorang yang berpengalaman adalah lebih wajar. Tetapi nabi memanggil pulang orang yang tua Abu Bakr dari separuh perjalanannya dan mengarahkan yang muda Ali untuk melakukan tugas yang penting ini. Nabi mengatakan bahawa Allah telah memberitahunya bahawa ‘orang’ yang hendak menyampaikan al-Quran seharusnya dia [diri nabi] atau sesaorang yang darinya. Begitu juga, bagi petunjuk terhadap penduduk Yaman, mengapa nabi menghantar Amirul Mukminin Ali, sepatutnya yang lebih berpengalaman Abu Bakr, Umar atau lainnya yang hadir pada masa itu? Pada banyak lagi peristiwa yang sama nabi, di dalam kehadiran Abu Bakr, Umar dan lainnya, memilih Ali untuk melaksanakan tugas yang penting. Dari itu penegasan kamu pada peraturan kedewasaan tidak berasas. Syarat yang penting untuk Khalifah adalah kemuliaan. Saya baru sahaja teringat bahawa bukti yang paling kuat pada menolak kedudukan Khalifah mereka, adalah yang bertentangan dengan apa yang mereka namakan ijma, oleh Ali, yang menurut nabi pembeza diantara benar dan salah. Ulama terkenal kamu telah menyebutkan beberapa hadith dengan tujuan ini. Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, Bab 16 menyebutnya dari Kitabu’s-Sabi’in Fi Faza’il-e-Amiru’l-Mu’minin, Imamu’l-Haram Abu Ja’far Ahmad Bin Abdullah Shafi’i, di dalam hadith XII dikatakan dari Firdaus dari Dailami dari 70 hadith, Mir Seyyed Ali Hamadani Shafi’i di dalam Mawaddatu’l-Qurba, Mawadda - VI, Hafiz di dalam Amali, Muhammad Bin Yusuf Ganji Shafi’i di dalam Kifayatu’t-Talib, Bab 44, menyatakan dengan sedikit perbezaan di dalam perkataan, dengan pengesahan dari Ibn Abbas, Abi Laila Ghifari dan Abu Dharr Ghifari bahawa nabi berkata [rangkap yang akhir adalah sama di dalam setiap sebutan]: ‘Tidak lama selepas saya pergi dari dunia ini, maka akan ada pertelingkahan. Apabila ianya berlaku, kamu hendaklah mengikuti Ali Ibn Abi Talib, kerana dia adalah orang yang pertama akan bertemu dengan saya dan memegang tangan dengan saya dihari pengadilan. Kedudukannya tinggi dan dia adalah pembeza diantara benar dan salah.’
Apabila nabi wafat kekacauan berlaku. Para Muhajir dan Ansar mehukan Khalifah dari golongan mereka. Menurut dari arahan nabi, ummah sepatutnya membawa Ali supaya dia dapat memisahkan yang benar dari yang salah.
Shirazi: Saya telah pun menjawab terhadap bantahan mengenai rantaian yang satu penyampai. Ulama sunni menganggap hadith yang demikian sebagai sah, maka kamu tidak boleh
membantah atas dasar itu. Selain dari itu, ianya bukanlah satu-satunya hadith mengenai tujuan itu. Terdapat banyak rakaman yang disampaikan oleh ulama kamu yang menunjukkan maksud yang sama, sebahagian darinya saya telah rujuk pada malam semalam. Memandangkan masa yang suntuk, saya akan menghadkan diri saya pada menyatakan disini hanya nama sebahagian dari pengarangnya. Satu dari rakaman telah dinyatakan oleh Muhammad Bin Talha Shafi’i idi dalam Matalibu’s-Su’ul, Tabari di dalam Kabir, Baihaqi di dalam Sunan, Nuru’d-Din Maliki di dalam Fusulu’l-Muhimma, Hakim di dalam Mustadrak, Hafiz Abu Na’im di dalam Hilya, Ibn Asakir di dalam Ta’rikh, Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharhe Nahju’l-Balagha, Tabrani di dalam Ausat, Muhibu’d-Din di dalam Riyaz, Hamwaini di dalam Fara’id, Suyuti di dalam Durr-e-Mansur, dari Ibn Abbas, Salman, Abu Dharr dan Hudhaifa – semua mengatakan bahawa nabi, menunjuk dengan tangannya kepada Ali Ibn Abi Talib, berkata: ‘Sesungguhnya, Ali ini adalah yang pertama mengistiharkan keimanannya kepada saya dan yang pertama akan bersalaman dengan saya pada hari pengadilan. Dia adalah Siddiq-e-Akhbar [orang yang paling benar] dan Faruq kepada ummah [yang paling pintar]. Dia akan membezakan diantara benar dan salah.’
Untuk membaca sambungan buku ini atau bagian2 terdulu sila klik link di bawah:
malam 1
malam 2
malam 3
malam 4
malam 5 (a)
malam 5(b)
malam 6
malam 7(a)
malam 7(b)
malam 8
malam 8 (b)
malam 8 (c) dan (d)
malam 8 (e)
malam 9(a)
malam 9 (b) dan (c)
malam 9 (d)
malam 10
malam 1
malam 2
malam 3
malam 4
malam 5 (a)
malam 5(b)
malam 6
malam 7(a)
malam 7(b)
malam 8
malam 8 (b)
malam 8 (c) dan (d)
malam 8 (e)
malam 9(a)
malam 9 (b) dan (c)
malam 9 (d)
malam 10
No comments:
Post a Comment