AYAT AL-QURAN PADA MENCINTAI KELUARGA NABI. Sebagai tambahan, Bukhari dan Muslim, masing-masing di dalam ‘Sahih’ nya, Imam Tha’labi di dalam ‘Tafsir’ nya, Imam Ahmad bin Hanbal di dalam ‘Musnad’, Tibrani di dalam ‘Mu’jamu’l-Kabir’, Sulayman Balkhi Hanafi di dalam ‘Yanabiu’l-Mawadda’, Bab 32, pada pengesahan di ‘Tafsir’ dari Ibn Abi Hatim, ‘Manaqib’ dari Hakim, Wasit dan Wahidi, ‘Hilyatu’l-Auliya’ dari Hafiz Abu Nu’aim Isfahani, dan ‘Fara’id’ dari Hamwaini, Ibn Hajar Makki di dalam ‘Sawa’iq Muhriqa’, di bawah ayat 14 pada kenyataan Ahmad, Muhammad bin Talha Shafi’i di dalam ‘Matalibu’s-Su’ul’, ms 8, Tabari di dalam ‘Tafsir’, Wahidi di dalam ‘Asbabu’n-Nuzul’, Ibn Maghazili di dalam ‘Manaqib’, Muhibu’d-Din Tabari di dalam ‘Riyazu’n-Nuzra’, Mu’min Shablanji di dalam ‘Nuru’l-Absar’, Zamakhshari di dalam ‘Tafsir’, Imam Fakhru’d-Din Razi di dalam ‘Tafsir Kabir’, Seyyed Abu Bakr Shahabu’d-Din Alawi di dalam ‘Rishfatu’s-Sadi min Bahr-e-Faza’il-e-Baniu’l-Nabi’i’l-Hadi’, bab 1, ms 22-23 pada kenyataan dari ‘Tafsir of Baghawi’, Tafsir’ dari Tha’labi, ‘Manaqib’ dari Ahmad, Kabir dan Ausat dari Tibrani dan Sadi, Sheikh Abdullah bin Muhammad bin ‘Amir Shabrawi Shafi’i di dalam ‘Al-‘Ittihaf’, ms 5 pada pengesahan oleh Hakim, Tibrani, and Ahmad, Jalalu’d-Din Suyuti di dalam ‘Ihya’u’l-Mayyit’ pada pengesahan dari ‘Tafsirs’ dari Ibn Mundhir, Ibn Abi Hatim, Ibn Mardawaih, dan ‘Mu’jamu’l-Kabir’ dari Tibrani; dan Ibn Abi Hatim dan Hakim – secara ringkas, kebanyakkan dari ulama kamu yang mashor [mengenepikan beberapa pengikut kuat Bani Umayya dan musuh-musuh ahli bayt] telah menyatakan dari Abdullah bin Abbas dan lainnya bahawa apabila ayat yang berikut dari al-Quran diwahyukan: ‘Katakan: Saya tidak meminta apa-apa ganjaran untuknya tetapi kecintaan untuk keluarga terdekat ku; dan sesiapa yang membuat kebajikan, Kami akan memberikannya tambahan… [42:23] sekumpulan sahabat bertanya: Wahai Nabi Allah, siapakah mereka kerabat mu yang mencintai mereka telah dijadikan wajib keatas kami oleh Allah?’ Nabi menjawab, ‘Mereka adalah Ali, Fatimah, Hasan dan Husain.’Sebahagian hadith mengandongi perkataan ‘dan anak-anak mereka’ bererti Hasan dan Husain. SHAFII MENGESAHKAN BAHAWA CINTA KEPADA AHLI BAYT ADALAH WAJIB. Bahkan Ibn Hajar [musuh Syiah] di dalam ‘Sawaiq Muhriqa’ nya ms 88, Hafiz Jamalud-Din Zarandi di dalam ‘Mirajul-Rasul’; Sheikh Abdullah Shabrawi di dalam ‘Kitabul-Ittihaf’ ms 29, Muhammad bin Ali Sabban dari Mesir di dalam ‘Asafur-Raghibin’ ms 119; dan lainnya telah menyatakan dari Imam Muhammad bin Idris Shafii, seorang dari Imam kamu yang empat, ketua agama mazhab shafii, bahawa dia telah berkata: ‘Wahai ahli bayt Nabi Allah! Cinta kepada kamu telah dijadikan wajib kepada kami oleh Allah, sebagaimana diwahyukan di dalam al-Quran [merujuk kepada ayat diatas] Telah mencukupi bagi kehormatan kamu jika sesaorang tidak mengucapkan salam kepada kamu di dalam solat, maka solatnya tidak akan diterima.’ Sekarang saya bertanya kepada kamu, bolehkah hadith yang disampaikan oleh kamu dari satu pihak, bertahan terhadap semua hadith yang sahih yang telah diterima oleh kedua pihak sunni dan juga Syiah? SALAH FAHAM MENGENAI CINTA NABI KEPADA AISYAH. Berkenaan dengan cinta Nabi kepada Aisyah, adakah kamu fikir bahawa disebabkan keinginan nafsu baginda mencintai Aisyah lebih dari Fatimah? Adalah benar bahawa Aisyah isterinya dan dari itu Ummul-Mukminin [ibu bagi yang beriman] seperti para isteri Nabi yang lain. Tetapi bolehkah diterima bahawa baginda mencintai Aisyah lebih dari baginda mencintai Fatimah, yang mana cinta kepadanya telah dijadikan wajib di dalam al-Quran, yang mana untuknya ayat kesucian telah diwahyukan dan yang telah juga terjumlah di dalam Mubahila? Pastinya kamu tahu bahawa Nabi dan wazirnya tidak digerakkan oleh keinginan nafsu, dan bahawa mereka hanya melihat kepada Allah. Dedikasi tersebut adalah benar kepada Rasul yang terakhir. Dia mencintai sesiapa yang dicintai oleh Allah. Perlukah kita menolak hadith sahih yang telah diterima oleh ulama dari kedua golongan dan yang selaras dengan ayat-ayat al-Quran, atau kita menganggap hadith yang kamu sebutkan sebagai palsu? Kamu mengatakan bahawa Nabi telah menyatakan bahawa baginda mencintai Abu Bakr lebih dari mana-mana lelaki. Tetapi tuntutan ini juga telah menyimpang dengan banyak hadith lain yang sahih dan telah disampaikan oleh ulama kamu sendiri, yang telah menekankan bahawa menurut Nabi, yang paling dicintainya adalah Ali. RASUL MENGUTAMAKAN ALI LEBIH DARI LELAKI LAINNYA. Sheikh Sulayman Balkhi di dalam ‘Yanabiul-Mawadda’ nya; Bab 55, menyampaikan dari Tirmidhi, dari hadith Buraida bahawa menurut Nabi, wanita yang paling dicintai adalah Fatimah, dan lelaki yang paling dicintai adalah Ali. Muhammad bin Yusuf Ghanji shafii di dalam ‘Kifayatut-Talib’ nya, Bab 91, menyebutkan dengan pengesahan dari Ummul-Mukminin Aisyah yang berkata: ‘Allah tidak menjadikan sesiapa yang paling dicintainya lebih dari Ali.’ Dia menambah bahawa hadith ini Ibn Jarir tulis di dalam ‘Manaqib’ nya, dan Ibn Asakir Damishqi di dalam terjemahannya telah menyatakan dari Ali. Muhyid-Din dan Imamul-Haramain Ahmad bin Abdullah shafii menyampaikan dari Tirmidhi dalam ‘Dhakhairul-Uqba’ bahawa orang bertanya kepada Aisyah, wanita mana yang paling dicintai oleh Nabi, dan dia menjawab ‘Fatimah’. Kemudian dia ditanya lagi mengenai lelaki mana yang paling dicintai oleh Nabi, dan dia menjawab, ‘Suaminya Ali Ibn Abi Talib.’ Kemudian dia menyampaikan dari buku ‘Mukhalis’ oleh Dhahabi dan Hafiz Abul-Qasim Damishqi dan dia dari Aisyah yang berkata: ‘Saya tidak pernah melihat lelaki yang paling dicintai oleh Nabi lebih dari Ali, dan wanita yang paling dicintai dari Fatimah.’ Sebagai tambahan Sheikh menyatakan dari Hafiz Khanjandi dan dia dari Ma’azatul-Ghifariyya bahawa dia berkata: ‘Saya pergi berjumpa dengan Nabi dirumah Aisyah sedang Ali berada diluar rumah. Nabi berkata kepada Aisyah: ‘Ini [Ali] adalah yang paling aku sayangi dan yang paling aku sanjungi diantara semua lalaki. Iktiraf [akui] haknya dan berilah penghormatan pada kedudukannya.’ Sheikh Abdullah bin Muhammad bin Amir Shabrawi shafii, seorang ulama kamu yang terkenal, merakamkan di dalam ‘Kitabul-Ittihaf bi Hubbil-Ashraf’ ms 9; Sulayman Balkhi di dalam ‘Yanabul-Mawadda’, dan Muhammad bin Talha shafii di dalam ‘Matalibul-Suul’, ms 6, dari Tirmidhi, dan dia dari Jami bin Umar – semua nyatakan yang berikut: ‘Saya pergi ke Ummul-Mukminin Aisyah dengan emak saudara saya, dan kami tanya kepadanya, siapa yang paling dicintai oleh Nabi. Dia menjawab, ‘Diantara wanita ianya adalah Fatimah dan diantara lelaki, suaminya Ali Ibn Abi Talib.’ Hadith yang sama ini telah disampaikan oleh Mir Seyyed Ali Hamadani shafii di dalam ‘Mawaddatul-Qurba’, Mawadda II, dengan perbezaan bahawa Jami bin Umar berkata bahawa dia menerima jawapan ini dari emak saudaranya. Begitu juga Khatib Khawarizmi telah sampaikan hadith ini dari Jami bin Umar, dan dia berkata dari Aisyah, pada penghujung Bab 4 dari ‘Manaqib’ nya. Ibn Hajar Makki di dalam ‘Sawaiq Muhriqa’, pada penghujung Bab 2, selepas merakamkan 40 hadith pada kemuliaan Ali, menyampaikan hadith yang berikut dari Aisyah: ‘Diantara wanita, Fatimah adalah wanita yang paling dicintai oleh Nabi Allah dan diantara lelaki, suaminya.’ Muhammad bin Talha shafii di dalam ‘Matalib-us-Suul’, ms 7; selepas merakamkan hadith yang tertentu pada isu ini, menyatakan rumusannya sendiri didalam perkataan yang berikut: ‘Hadith sahih yang mempunyai satu pengertian ini membuktikan bahawa Fatimah adalah yang paling dicintai oleh Nabi diatas segala wanita. Dia mempunyai kedudukan yang tertinggi dari semua wanita disyurga dan yang ketua dari ummah ini dan begitu juga ketua dari semua wanita Madina.’ Hadith yang boleh dipercayai ini dengan jelas menunjukkan bahawa dari semua makhluk kejadian, Ali dan Fatimah adalah yang paling dicintai oleh Nabi. Bukti yang lain menunjukkan Nabi mengutamakan Ali dari lelaki yang lain adalah ‘hadith pada burung’ [Hadith-e-Tair]. Hadith ini telah terkenal dan diketahui umum yang mana saya tidak perlu mengatakan semua puncanya. Saya akan menyatakan sebahagiannya sahaja. HADITH MENGENAI BURUNG PANGGANG. Kebanyakkan dari ulama kamu yang terkenal seperti Bukhari; Muslim; Tirmidhi; Nisai; dan Sijistani di dalam siha mereka, Imam Ahmad bin Hanbal di dalam Musnad; Ibn Abil-Hadid di dalam ulasannya pada Nahjul-Balagha; Ibn Sabbagh Maliki di dalam Fusulul-Muhimma; dan Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiul-Mawadda; Bab 8, dan dari buku penulis yang dipercayai, telah merakamkan Hadirh-e-Tair di dalam kerja-kerja mereka. Mereka mengesahkan bahawa hadith ini telah disampaikan oleh 24 penyampai hadith dari Anas bin Malik. Ibn Sabbagh Maliki di dalam Fusulul-Muhimma menulis mengenainya dalam perkataan yang berikut: Di dalam buku hadith yang sahih dan penyampaian yang boleh dipercayai, hadith-e-tair dari Anas bin Malik adalah benar dengan tidak dipertikaikan. Sibt Ibn Jauzi; pada ms 23 dari Tadhkira; dan Sunan dari Tirmidhi dan Masudi pada ms 49 Jilid II dari Murujudh-Dhahab, telah menumpukan terutamanya pada bahagian akhir hadith ini, yang mengadungi doa Nabi dan penerimaannya oleh Allah. Imam Abu Abdur-Rahman Nisai, dalam hadith yang ke sembilan dari Khasaisul-Alawi, dan Hafiz bin Iqda dan Muhammad bin Jarir Tabari semuanya telah merujuk kepada rataian penyampai yang tidak putus dan kepada punca kesahihan hadith ini, dengan mengatakan bahawa ianya telah disampaikan oleh 35 para sahabat Nabi dari Anas bin Malik. Secara ringkas semua ulama kamu telah mengesahkan kesahihan hadith ini dan telah dimuatkan kedalam buku mereka. Allama Seyyed Hamid Husain telah memperuntukan satu jilid khas di dalam bukunya Abaqatul-Anwar kepada hadith ini. Dia telah mengumpulkan segala punca yang dipercayai dari ulama terkenal dan dengan jelas membuktikan kesahihan hadith ini. Menurut hadith ini, satu hari seorang wanita membawa hadiah seekor burung panggang kepada Nabi. Sebelum memakannya, Nabi mengangkat tangan berdoa kepada Allah: ‘Wahai Allah! Dari kesemua kejadian Kamu, hantarkanlah seorang yang kamu dan aku sayangi, supaya dia dapat menikmati burung panggang ini bersama aku.’ Ali kemudian masuk dan menikmati burung panggang itu bersama Nabi. Sebahagian buku kamu, seperti Fusulul-Muhimma oleh Maliki; Tarikh oleh Hafiz Nishapuri; Kifayatut-Talib oleh Ghanji shafii, dan Musnad oleh Ahmad bin Hanbal dst; yang mana hadith ini yang disampaikan dari Anas bin Malik, telah merakamkan bahawa Anas berkata: ‘Belum selesai Nabi berdoa, Ali telah sampai kerumah, tetapi aku rahsiakan perkara itu. Apabila Ali menghentakkan kakinya pada kali ketiga, Nabi mengarahkan aku untuk mengizinkan dia masuk. Apabila Ali masuk Nabi berkata: ‘Rahmat Allah keatas kamu; apa yang membuat kamu datang kepada ku? Maka Ali memberitahu bahawa dia telah datang tiga kali, tetapi hanya dibenarkan masuk pada kali ini. Nabi bertanya kepada ku, apakah yang membuat aku bertindak sedemikian, dan aku menjawab: ‘Yang sebenarnya, apabila mendengarkan doa kamu, saya berharap supaya penghargaan yang sedemikian akan jatuh kepada sesaorang dari kaum ku.’ Sekarang saya tanyakan kepada kamu yang dihormati, sama ada doa nabi diterima atau ditolak oleh Allah. Sheikh: Sudah tentu Allah menerimanya, oleh kerana Dia telah berjanji di dalam al-Quran bahawa Dia akan menerima doa Nabi. Lebih-lebih lagi, Allah mengetahui bahawa Nabi tidak akan meminta sesuatu yang tidak wajar. Maka Allah sentiasa mengkabulkan doa baginda. Shirazi: Allah menghantar Ali, seorang yang paling berhak diantara semua kejadianNya kepada Nabi. Ulama kamu telah mengesahkan peristiwa ini. Muhammad bin Talha shafii di dalam Matalibus-Suul, Bab I, bahagian 5, ms 15, telah menunjukkan tingginya kedudukan Ali sebagai yang dicintai oleh Allah dan Nabi pada pengertian hadith bendera [panji-panji] dan hadith burung. Di dalam pertalian itu dia berkata: ‘Tujuan Nabi adalah supaya manusia mengetahui akan unik dan tingginya kedudukan Ali, yang telah mencapai kedudukan yang tertinggi yang boleh tercapai oleh yang wara’ Begitu juga Hafiz dan Muhammad Yusuf Ghanji [mati 658 Hijrah] menulis di dalam Kifayatut-Talib Bab 33, merujuk kepada kemuliaan Ali Ibn Abi Talib, bahawa hadith ini dengan jelas telah membuktikan bahawa Ali adalah yang paling tercinta dari semua kejadian Allah. Kemudian dia berkata Hakim Abu Abdullah Hafiz Nishapuri menyebut hadith-e-tair oleh Anas dari 86 penyampai dan juga merakamkan nama 86 penyampai tersebut. [Lihat Kifatut-Talib Bab 32] Hadith yang disampaikan oleh kamu di dalam perbandingan dengan hadith yang disampaikan oleh ulama yang berkedudukan tinggi dari kamu [pengecualian terhadap beberapa fanatik yang degil] tidaklah boleh diterima dan hendaklah ditolak oleh mereka yang terpelajar. Sheikh: Saya takut bahawa kamu telah membuat keputusan untuk tidak menerima apa yang kami katakan. Shirazi: Bagaimana kamu boleh mengatakan perkara yang sebegitu kepada saya? Bolehkah kamu sebutkan pada saat mana yang kamu telah bentangkan hujah yang bernas dan saya telah menolaknya begitu sahaja? Saya bersumpah bahawa di dalam perbincangan agama dengan Yahudi, Kristian, Hindu, Brahmin dan yang jahil Bahai dari Iran, Qadiani dari India dan yang material – di dalam semua situasi saya tidak pernah bertindak ‘degil’ di dalam hujah-hujah saya. Saya tidak pernah bersikap sedemikian terhadap mereka yang bukan Islam – bagaimana pula dapat melakukannya dengan kamu, saudara saya dalam Islam? Sheikh: Kami telah membaca mengenai perbincangan awak dengan Hindu dan Brahmin di Lahore di dalam surat khabar. Kami amat tertarik dengannya. Walaupun kami belum berjumpa dengan kamu, kami dapat rasakan betapa berkobarnya semangat kami terhadap kamu. Saya berharap Allah akan memandu kamu dan kami kejalan yang betul. Kami percaya bahawa jika terdapat sebarang keraguan mengenai mana-mana hadith, kami harus, menurut dari cadangan kamu, merujuk kepada al-Quran. Bagaimana pun, jika kamu mempersoal keutamaan Khalifah Abu Bakr dan mode [cara] kedudukan Khalifah yang utama, dan jika kamu menganggap hadith itu palsu, adakah kamu keberatan pada mempercayai hujah berasaskan kepada al-Quran? Shirazi: Semoga Allah tidak memberikan hari itu, apabila kita meragukan fakta berasaskan pada al-Quran atau hadith yang sahih. Bagaimana pun, apabila kita memasuki perbincangan agama dengan mana-mana negara atau kommuniti, mereka juga berhujah dari ayat-ayat al-Quran untuk menjelaskan kedudukan mereka. Oleh kerana ayat al-Quran mempunyai berbagai tingkatan pengertian, nabi yang akhir, di dalam menjaga manusia daripada tersalah pengertian, tidak meninggalkan HANYA al-Quran sebagai satu-satunya punca petunjuk. Sebagaimana telah diterima oleh kedua-dua golongan [sunni dan Syiah], baginda sendiri berkata: ‘Saya tinggalkan bersama kamu dua perkara penting: kitab Allah dan keturunan saya. Jika kamu berpegang kepada kedua-dua ini, kamu tidak akan sesat selepas ku. Sesungguhnya kedua ini tidak akan berpisah sehingga mereka bertemu dengan ku dipancutan Kauthar.’ Atas sebab ini, pengertian pada wahyu al-Quran hendaklah dicari perjelasannya dari Nabi, jurubahasa utama al-Quran atau sesudah baginda dari yang sama seperti al-Quran, keturunan Nabi yang suci. Al-Quran berkata: ‘Maka tanyakan kepada ahli zikir jika kamu tidak tahu.’ [21:7] ORANG AHLI ZIKIR ADALAH AHLI MUHAMMAD, KETURUNAN NABI YANG SUCI. Ahli zikir bererti orang yang mengingati, Ali dan Imam-Imam yang suci, keturunannya, adalah yang sama dengan al-Quran. Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiul-Mawadda, Bab 39, menyebutkan dari Tafsir-e-kashful-Bayan oleh Imam Thalabi, disampaikan dari Jabir Ibn Abdullah Ansari, yang berkata: ‘Ali berkata: ‘Kami keturunan Nabi adalah orang ahli zikir.’ Oleh kerana zikir adalah ‘ingatan’ dan salah satu dari nama al-Quran, keluarga ini mengandungi orang al-Quran. Sebagaimana disampaikan oleh ulama kamu, Ali berkata: ‘Tanyalah kepada ku apa saja yang kamu mahu sebelum aku meninggalkan kamu. Tanyalah mengenai al-Quran, oleh kerana aku tahu setiap ayat di dalamnya – sama ada diwahyukan di malam hari atau disiang hari, pada padang dataran atau pada gunung yang tegak. Demi Allah, tidak ada ayat dari al-Quran yang di wahyukan melainkan, akau tahu mengenai apa ia diwahyukan, dimana ia diwahyukan dan mengenai orang macam mana ia diwahyukan. Allah yang Berkuasa telah menganugerahkan kepada ku lidah yang fasih dan akal yang bijak.’ Maka, mengasaskan hujah atas ayat-ayat al-Quran hendaklah menurut pengertiannya yang sahih dan pemahaman yang diberikan oleh mereka, pengulas yang berkemampuan dan dipercayai. Jika tidak, setiap orang akan memberikan interpritasi pada ayat-ayat al-Quran menurut ukuran pengetahuan dan kepercayaannya, dan itu akan menghasilkan pada perbezaan pendapat dan ide yang bertentangan. Dengan ini di dalam fikiran kita, sila nyatakan ayat kamu. SEBUTAN DARI AYAT AL-QURAN MENGENAI PERLANTIKAN EMPAT KHALIFAH, DAN JAWAPANNYA. Sheikh: Allah dengan jelas berkata di dalam al-Quran, ‘Muhammad adalah Rasul Allah, dan mereka yang bersama dengannya keras terhadap orang kafir, tetapi berkasih sayang diantara mereka. Kamu akan melihat mereka rukok dan sujud, mengharap kurnia dari Allah dan keridhaanNya. Pada muka mereka terdapat tanda bekas sujud.. …[48:29] Pertama ayat ini menunjukkan keutamaan Abu Bakr. Kedua, ia menunjukkan kedudukan empat Khalifah, sebagai tentangan pada tuntutan oleh Syiah yang Ali adalah yang pertama. Ayat ini menyatakan dengan jelas bahawa Ali adalah Khalifah keempat. Shirazi: Pastinya ayat ini tidak menunjukkan sebarang petanda mengenai mode [cara] perlantikkan para Khalifah atau mengenai keutamaan Abu Bakr. Makanya, kamu perlulah menunjukkan pada tempat mana diayat ini maksud itu diterangkan. Sheikh: Pada permulaan ayat ini, rangkap ‘mereka yang bersama dengannya’ merujuk kepada manusia agung, yang bersama dengan Nabi pada ‘malam di dalam gua’, Cara susunan pada kedudukan Khalifah juga jelas di dalam ayat ini. ‘Mereka yang bersama dengannya’ bererti Abu Bakr, yang menemani Nabi di dalam gua Thawr pada malam penghijrahan. Rangkap ‘keras terhadap orang kafir’ bererti Umar bin Khattab, yang sangat keras dengan orang-orang kafir. Rangkap ‘berkasih sayang diantara mereka’ merujuk kepada Uthman bin Affan, yang sangat pemurah. Rangkap ‘pada muka mereka terdapat tanda bekas sujud’ merujuk kepada Ali. Adalah jelas bahawa Ali ialah Khalifah yang keempat, bukan yang pertama, oleh kerana Allah menyebutnya pada tempat keempat. Shirazi: Bagaimanakah saya hendak menjawabnya, supaya saya tidak dikatakan berkepentingan diri. Tidak ada pengulas al-Quran, termasuk ulama kamu yang agung, telah menghuraikan ayat ini sebagaimana yang kamu huraikan. Jika ayat ini adalah mengenai susunan Khalifah, dihari pertama wafatnya Nabi, apabila Ali, Bani Hashim dan para sahabat Nabi yang ulung menunjukkan bantahan dan enggan memberikan baia’ kepada Khalifah, hujah yang tidak berasas tentu tidak diketengahkan. Mereka tentunya telah diberikan dengan jawapan yang akan mensenyapkan mereka dengan membacakan ayat al-Quran ini diketika itu. Maka, ini amatlah jelas bahawa interpretasi kamu ini sesuatu yang datang kemudian. Tidak seorang pun dari pengulas kamu yang unggul seperti Tabari, Imam Tha’labi, Fazil Nishapuri, Jalalu’d-Din Suyuti, Qazi Baidhawi, Jarullah Zamakhshari, Imam Fakhru’d-Din Razi, atau lain yang menghuraikannya seperti tersebut. Saya gagal untuk memahami bagaimana kamu dapat menerbitkan maksud yang sebegitu. Dimana dan oleh siapa maksud yang begitu diberikan? Ayat ini, dari sudut pandangan bahasa dan juga teknik, juga bertentangan dengan apa yang kamu katakan. Sheikh: Saya tidak menyangka bahawa kamu sebegitu berani menentang maksud yang begitu jelas pada ayat itu. Ya, jika kamu mempunyai apa-apa untuk mengatakan mengenainya, kamu boleh nyatakan, supaya kedudukan yang sebenar dapat diperjelaskan. Shirazi: Mempertimbangkan dari pembinaan nahu ayat itu, jika kami menghuraikan maksudnya sebagaimana kamu lakukan, ia mungkin bermaksud bahawa Muhammad adalah Abu Bakr, Umar, Uthman dan Ali atau Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali adalah Muhammad. Walaupun pelajar baru tahu bahawa cara penghuraian begini adalah salah secara nahu. Sebaliknya jika ayat ini merujuk kepada empat Khalifah, disana perlu ada rangkaikata ‘dan’ untuk menyatukan perkataan pada memberikan pengertian yang kamu maksudkan, tetapi tidak begitu. Kesemua pengulas dari golongan kamu berkata bahawa ayat ini merujuk kepada semua yang beriman. Lebih-lebih lagi, kualiti yang diterangkan di dalam ayat ini dengan jelas merujuk kepada seorang sahaja, yang tinggal bersama dengan Nabi semenjak dari mula, dan bukannya empat orang. Dan jika kita yang seorang itu adalah Amirul Mukminin Ali, ianya lebih bersesuaian mengikut akal fikiran dan hadith dari disebutkan yang lainnya. HUJAH DARI ‘AYAT DI GUA’ DAN JAWAPANNYA. Sheikh: Adalah pelik bahawa kamu katakan yang kamu tidak suka pada hujah yang menyelewengkan, walaupun pandangan kamu amat berlainan. Allah berkata di dalam al-Quran: ‘Jika kamu tidak menolongnya, Allah pasti akan menolong dia, apabila mereka yang kafir mengusirnya, dia adalah yang kedua dari dua, apabila mereka berdua di dalam gua, apabila dia berkata kepada sahabatnya: ‘Janganlah bersusah hati, sesungguhnya Allah berserta dengan kita.’ Maka Allah menjadikan ketenteraman keatas mereka dan memperkuatkan mereka dengan yang tidak dapat dilihat. ..’[9:40] Pertama ayat ini menyokong ayat yang diatas dan membuktikan rangkap ‘dan mereka yang bersama dengannya’ merujuk kepada Abu Bakr, yang bersama Nabi di dalam gua pada malam hijrah. Kedua, fakta bahawa dia berada bersama Nabi dengan sendirinya adalah bukti yang besar pada kemuliaan Abu Bakr dan keutamaannya kepada semua ummah. Nabi dapat meramalkan bahawa Abu Bakr adalah penggantinya, dan nyawa Khalifah selepasnya ini adalah penting. Maka dia sedar bahawa dia perlu menyelamatkan Abu Bakr seperti dia menyelamatkan dirinya. Maka dia membawa Abu Bakr bersama dengannya supaya Abu Bakr tidak ditangkap oleh musuh. Layanan yang sedemikian tidak ditunjukkan kepada muslim yang lain. Ini dengan nyata membuktikan haknya pada Khalifah lebih dari yang lain. Shirazi: Jika kamu lihat pada ayat itu dengan lebih berobjektif, kamu akan nampak rumusan kamu telah salah. Sheikh: Bolehkah kamu ketengahkan hujah yang menyangkal rumusan yang saya telah berikan? Shirazi: Saya lebih suka untuk melepaskan isu tersebut pada ketika ini, kerana ucapan akan membuahkan lagi ucapan. Sebahagian manusia yang jahat akan menterjemahkan huraian kami dengan niat yang jahat. Saya tidak berhajat untuk menanamkan benih kebencian. Sesaorang mungkin akan merumuskan bahawa kami berhajat pada menjatuhkan martabat Khalifah, walaupun kedudukan bagi setiap individu tersebut telah pun ditentukan, dan tidak ada perlunya pada membuat penghuraian yang tidak ada gunanya. Sheikh: Kamu cuba mengelakkan diri. Yakinlah bahawa hujah yang bernas tidak akan melahirkan kebencian, ianya akan menghapuskan kekeliruan. Shirazi: Oleh kerana kamu menggunakan perkataan ‘mengelak’, saya terpaksa memberikan jawapan, supaya kamu tahu yang saya tidak lari dari isu tersebut. Saya cuba mengekalkan kewajaran perbincangan kita. Saya harap kamu tidak mencari kesalahan dari pihak saya. Kamu telah membuat kenyataan yang tidak berakal bahawa Nabi mengetahui Abu Bakr akan menjadi Khalifah selepasnya. Maka, adalah perlu untuk baginda menyelamatkan nyawanya, dan maka baginda membawa dia bersama. FAKTA MENGENAI ABU BAKR BERSAMA DENGAN NABI. Jawapan kepada kenyataan kamu adalah mudah. Jika Abu Bakr adalah satu-satunya Khalifah selepas Nabi, mungkin pandangan yang sedemikian betul, tetapi kamu mempercayai empat Khalifah. Jika hujah dari kamu betul, dan jika perlunya Nabi pada menyelamatkan nyawa Khalifah, maka Nabi perlulah membawa bersamanya keempat-empat Khalifah. Mengapa dia meninggalkan tiga yang lain, seorang darinya di dalam keadaan yang tidak bermaya [hanya berserah] tidur dikatil Nabi, pada malam yang paling bahaya, apabila musuh telah berkumpul untuk membunuh Nabi? Menurut dari Tabari [bahagian III, dari sejarah] Abu bakr tidak mengetahui akan pergerakkan Nabi dari Makah. Apabila pergi berjumpa Ali dan bertanya kepada beliau mengenai Nabi, beliau memberitahunya Nabi telah pergi kegua. Ali memberitahunya jika dia punya utrusan dengan baginda, dia perlulah bergegas menemuinya. Abu bakr lari dan bertemu Nabi diperjalanan. Maka dia bersama baginda. Dari peristiwa ini menunjukkan Nabi tidak mempunyai maksud untuk membawa Abu Bakr bersama dengannya. Abu bakr bersama dengan Nabi diseparuhan jalan tanpa izin darinya. Menurut dari laporan yang lain Abu Bakr telah dibawa bersama dalam perjalanan ditakuti dia akan membuat kekacauan [onah] dan memberikan maklumat kepada musuh. Ulama kamu sendiri telah percaya kepada fakta ini. Sebagai contoh, Sheikh Abul-Qasim bin Sabbagh, seorang ulama yang terkenal dari golongan kamu, menulis dalam bukunya AL-Nur wal-Burhan mengenai sejarah hidup Nabi, disampaikan dari Muhammad bin Ishaq, dan dia dari Hasan bin Thabit Ansari, bahawa dia pergi ke Makah untuk mengerjakan umra sebelum hijrahnya Nabi. Dia melihat bahawa kafir Quraish sedang mengumpulkan sahabat Nabi. Nabi mengarahkan Ali untuk tidur dikatilnya, dan khuatiri bahawa Abu Bakr akan membocorkan fakta ini kepada orang kafir, Nabi membawa Abu Bakr bersama dengannya. Sepatutnya adalah lebih baik jika kamu telah menerangkan apakah bukti pada ayat itu yang menunjukkan keutamaan Abu Bakr atau sama ada bersama dengan Nabi dalam perjalanan adalah bukti bahawa sesaorang itu berhak kepada kedudukan Khalifah. Sheikh: Buktinya ada disana. Pertama persahabatan kepada Nabi, dan bahawa Allah memanggilnya sahabat nabi adalah kelayakkan dengan sendirinya. Kedua, nabi sendiri berkata: ‘Sesungguhnya Allah bersama kita.’ Ketiga, Turunnya ketenteraman keatas mereka dari Allah, sebagaimana disebutkan di dalam ayat, adalah bukti yang sangat jelas terhadap keutamaan Abu Bakr. Maka, jika kesemua petunjuk itu disatukan, ianya telah menampakkan kecemerlangannya dari yang lain mengenai Khalifah. Shirazi: Tiada siapa yang keberatan untuk mengakui kedudukan Abu Bakr; seorang tua Islam, sahabat yang terkenal, dan bapa kepada isteri Nabi. Bagaimanapun, alasan ini tidak membuktikan keutamaan dia sebagai Khalifah. Jika kamu cuba untuk membuktikan tujuan kamu dengan kenyataan yang sedemikian kepada seorang yang saksama [adil] kamu akan mendapat kritikan yang kuat. Mereka akan mengatakan bahawa persahabatan dengan orang yang mulia tidak membuktikan kemuliaan dan keutamaan. Sebagai contoh, kita kerap melihat orang jahat mengiringi orang yang baik, kumpulan orang kafir bersama Muslim di dalam perjalanan. Mungkin kamu telah terlupa apa al-Quran kata mengenai Nabi Yusuf, yang berkata: ‘Wahai kedua sahabatku dalam penjara [Saya tanya kepadamu]: Adakah banyak tuhan yang berbeza diantara mereka lebih baik, atau Allah, yang Esa, yang agung?’ [12:39] Mengenai ayat ini, pengulas telah berkata bahawa apabila Nabi Yusuf dimasukkan kedalam penjara, pada hari yang sama tukang masak raja dan pembawa arak, kedua mereka adalah kafir, telah dimasukkan kepenjara bersama dengannya. Untuk selama lima tahun ketiga-tiga mereka [yang beriman dan tidak beriman] hidup bersama sebagai sahabat. Apabila menyampaikan agama kepada mereka Nabi Yusuf memanggil mereka sahabatku. Adakah persahabatan dengan nabi telah memberikan tahap kepada kedua orang kafir ini sebagai mulia dan dihormati? Adakah persahabatan mereka dengan nabi memberi kesan pada perubahan di dalam kepercayaan mereka? Semua penulisan dari para pengulas dan ahli sejarah memberitahu kepada kita bahawa selepas lima tahun persahabatan, mereka berpisah dengan keadaan yang sama. Ayat yang lain dari al-Quran mengatakan: ‘Sahabatnya berkata kepada dia dengan menegaskan: Adakah engkau ingkar kepada Dia yang menjadikan engkau dari tanah, dan dari biji benih, kemudian Dia menjadikan engkau lelaki yang sempurna?’ [18:37] Pengulas bersetuju bahawa ayat ini merujuk kepada dua saudara: seorang beriman, bernama Yahuda. Yang seorang lagi tidak beriman, yang namanya Baratus. Fakta ini telah dinyatakan di dalam Tafsir-e-Kabir oleh Imam Fakhrid-Din Razi, seorang dari ulama kamu. Kedua mereka berkata-kata sesama mereka yang mana khususnya tidak dapat diberikan disini. Allah telah memanggil kedua mereka ‘sahabat’ [beriman dan tidak beriman]. Adakah yang tidak beriman mendapat manfaat dari persahabatannya dengan yang beriman? Pastinya tidak. Maka, persahabatan sahaja tidak punya asas pada menuntut keutamaan sesaorang. Terdapat banyak lagi contoh yang manyokong pandangan ini. PERKATAAN NABI ‘ALLAH BERSAMA KITA’ TIDAK MEMBUKTIKAN KEUTAMAAN ABU BAKR. Kamu juga mengatakan bahawa oleh kerana Nabi berkata kepada Abu Bakr, ‘Allah bersama kita’ ini telah membuktikan keutamaan Abu Bakr dan haknya kepada Khalifah! Kamu patut memikirkan semula pandangan kamu. Manusia mungkin akan bertanya, sebagai contoh, ‘Adakah Allah bersama dengan mereka yang beriman dan wali sahaja, dan tidak dengan mereka yang tidak beriman?’ Adakah kamu tahu dimana tempat yang Allah tidak ada?’ Tidakkah Allah bersama setiap orang? Katakanlah yang beriman dengan yang tidak beriman bersama di dalam satu perjumpaan maka bagaimana? Al-Quran berkata: ‘Tidakkah engkau tahu bahawa Allah mengetahui apa-apa yang ada dilangit dan apa-apa yang ada dibumi? Tidak ada perbualan yang rahsia diantara tiga orang bahkan Dia adalah yang keempat, tidak juga diantara lima, tetapi Dia juga yang keenam, tidak kurang dari itu dan tidak juga lebih darinya melainkan Dia bersama mereka, walau dimana saja mereka berada……’ [58:7] Menurut dari ayat ini dan juga dari akal fikiran, Allah bersama semua orang. Sheikh: Keterangan ‘Allah ada bersama kita’ bermaksud bahawa mereka adalah yang dicintai oleh Allah kerana mereka berhijrah dijalan Allah pada tujuan untuk memeliharakan agamaNya. Rahmat Allah adalah bersama mereka. Shirazi: Tetapi sudah tentu keterangan itu tidak membuktikan yang sesaorang memilikki rahmat yang berkekalan. Allah melihat kepada amalan sesaorang. Telah kerap berlaku bahawa pada suatu ketika, orang melakukan amalan yang baik dan menerima rahmat dari Allah. Kemudian dia menentang Allah dan menerima kemurkaan tuhan. Syaitan sebagaimana yang kamu tahu, telah menyembah Allah untuk ribuan tahun dan menerima balasan ihsan dari Nya. Bagaimana pun sebaik saja dia melanggar perintah Allah, dia telah dikutuk. Al-Quran telah berkata: ‘Dia berkata: ‘Maka keluarlah darinya, kerana sesungguhnya kamu adalah yang diusir. Dan sesungguhnya keatas kamu kutukkan sehingga ke Hari Pengadilan.’ [15:34 – 35] Maafkan saya, tidak ada salahnya pada memberikan contoh. Tujuan saya untuk menjelaskan maksud tujuan. Sejarah mengandungi banyak contoh bagi mereka yang dekat dengan Allah, tetapi siapa, setelah diduga, dikutuk. Balam bin Baur, sebagai contoh, hidup dizaman Musa, menjadi begitu hampir kepada Allah sehingga Allah membentangkan kepadanya Ism-e-Azam [nama kebesaran Allah, melaluinya apa saja yang dihajati, dengan segera dikabulkan oleh Allah]. Dia berdoa kepada Allah dengan cara Ism-e-Azam dan menyebab Musa menderita di lembah Tia! Tetapi pada masa diuji, Balam telah ditewaskan oleh cintanya pada dunia material. Dia telah menjejaki syaitan dan dikutuk. Pengulas telah memberikan penghususan yang mendalam pada peristiwa ini. Imam Fakhrud-Din Razi di dalam ulasannya, bahagian IV, ms 463 telah melaporkan perkara ini dari Ibn Abbas, Ibn Masud dan Mujahid. Allah di dalam al-Quran memberitahu kita: ‘Dan bacakan kepada mereka pengkhabaran dari orang yang mana Kami berikan ayat-ayat Kami, tetapi dia menjauhkan diri darinya; maka syaitan menguasai mereka, dan dia adalah bersama mereka yang sesat.’ [7:175] ABID BARSISA. Atau pertimbangkan kes Abid Barsisa, yang pada mulanya menyembah Allah dengan banyaknya sehingga dia menjadi Mustajabud-dawa [sesaorang yang doanya dikabulkan] Bagaimana pun pada masa diuji, dia gagal. Disesatkan oleh syaitan, dia melakukan zina dengan seorang wanita, telah digantung, dan mati sebagai seorang kafir. Al-Quran merujuk kepadanya dalam perkataan ini: ‘Seperti syaitan apabila berkata kepada manusia: ‘kafirlah’ tetapi apabila dia kafir, dia berkata: ‘saya sesungguhnya melepaskan diri dari kamu; sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan sekelian alam.’ Maka, akhir bagi kedua mereka adalah di dalam api dan tinggal kekal di dalamnya, dan itu adalah balasan bagi mereka yang zalim.’ [59: 16 – 17] Maka jika sesaorang telah melakukan kebajikan pada suatu masa, ini tidak bererti bahawa akhirnya adalah baik juga. Atas sebab inilah kita diarah untuk mengatakan di dalam doa kita: ‘Biarlah semua amalan kita berakhir dengan kebaikkan.’ Sheikh: Saya sesungguhnya tidak menduga seorang yang terhotmat seperti kamu akan mengatakan contoh seperti syaitan, Balam-e-Baur, dan Barsisa. Shirazi: Maafkan saya, saya telah menyatakan tidak ada salahnya pada menyatakan contoh. Yang sebenarnya, kita perlu menyatakannya di dalam perbahasan pengajaran untuk membuktikan fakta. Biar Allah menjadi saksi saya: Saya mempunyai maksud untuk menghina sesiapa dengan menyatakan contoh tersebut. Tujuan saya hanya untuk membuktikan maksud saya. Sheikh: Ayat ini dengan jelas membuktikan keutamaan Abu Bakr kerana ia mengatakan: ‘Maka Allah menjadikan ketenteraman keatas mereka…. [9:40] Gantinama disini merujuk kepada Abu Bakr, yang menunjukkan keutamaannya. Shirazi: Kamu telah salah faham mengenainya. Gantinama yang digunakan setelah sakina [ketenteraman] merujuk kepada Nabi. Keamanan telah dihantarkan kepadanya dan bukan kepada Abu Bakr, sebagaimana petunjuk pada ayat yang terakhir yang mana Allah berkata: ….. dan memperkuatkannya dengan tentera yang kamu tidak dapat lihat.’ [9:40] Ya sebenarnya adalah tentera yang tidak dapat dilihat adalah malaikat untuk membantu Nabi bukan Abu Bakr. Sheikh: Saya percaya bahawa pertolongan Allah adalah untuk Nabi, kerana bersama Nabi, tidak bererti tanpa rahmat. PENGHANTARAN KETENTERAMAN ADALAH UNTUK NABI ALLAH. Shirazi: Jika penganugerahan rahmat tuhan merujuk kepada dua orang, nahu Arab akan memerlukan pada gantinama digunakan sebagai menunjukkan dua orang di dalam semua rangkai kata pada ayat ini. Tetapi gantinama merujuk kepada satu orang, iaitu Nabi, dan rahmat Allah hanya untuk dia sahaja. Jika melaluinya penganugerahan dimaksudkan untuk yang lain juga, nama mereka akan disebut. Makanya, penghantaran ketenteraman di dalam ayat ini hanyalah untuk Nabi sahaja. Sheikh: Nabi Allah adalah tersendiri dari penganugerahan keamanan dari tuhan. Dia tidak memerlukannya kerana dia telah dipastikan dengan keamanan. Makanya anugerah itu adalah untuk Abu Bakr. Shirazi: Atas dasar apa kamu katakan bahawa Nabi adalah tersendiri dari rahmat tuhan? Tidak ada siapa – nabi, Imam, atau wali – adalah tersendiri dari rahmat tuhan. Mungkin kamu telah terlupa apa yang dikatakan oleh al-Quran mengenai insiden Hunain. ‘Kemudian Allah turunkan ketenteraman keatas RasulNya dan keatas orang yang beriman.’ Perkara yang sama telah dikatakan di dalam Surah 48 [Fath] ayat 26 dari al-Quran. Yang beriman telah terjumlah selepas Nabi di dalam ayat ini, sama seperti ‘ayat di dalam gua’. Jika Abu Bakr adalah orang beriman yang berhak dianugerahkan keamanan, sama ada sebutan nahu untuk dua orang telah digunakan, atau namanya telah disebutkan secara berasingan. Perkara ini amatlah jelas bahawa ulama kamu sendiri mengesahkan bahawa gantinama yang berkaitan dengan keamanan tidak merujuk kepada Abu Bakr. Kamu boleh merujuk Naqzul-Uthmaniyya, yang di susun oleh Sheikh Abu Jafar Muhammad bin Abdullah Iskafi, seorang ulama yang terkenal dan Sheikh bagi Mutazili. Ilmuan ini menolak sepenuhnya keanehan dari Abu Uthman Jahiz. Ibn Abil-Hadid juga merakamkan sebahagian dari jawapannya itu di dalam Sharh Nahjul-Balagha, jilid III, ms 253 – 281. Sebagai tambahan, terdapat satu rangkap di dalam ayat ini, penekanannya adalah bertentangan pada maksud awak. Nabi berkata kepada Abu Bakr: ‘Janganlah kamu takut.’ Rangkap ini menunjukkan bahawa Abu Bakr takut. Adakah ketakutan ini mendapat sanjungan atau tidak?Jika jawapannya adalah ia, mengapa Nabi tidak menghalang sesiapa dari melakukan amalan yang baik. Wazir Allah mempunyai kualiti tertentu. Yang paling utama darinya, sebagaimana yang ditunjukkan di dalam al-Quran adalah bahawa mereka tidak pernah takut dengan kehilangan nyawa. Mereka mengamalkan sabar dan berserah. Al-Quran berkata: ‘Sesungguhnya wali Allah – mereka tidak mempunyai rasa takut dan tidak juga mereka berdukacita.’ [10:62] |
PERTEMUAN YANG KEENAM SELASA MALAM, 28 REJAB 1345 HIJRAH.(A)
Mr. Ghulam Imamain, seorang pedagang sunni yang dihormati, datang ketempat perjumpaan ini sebelum matahari terbenam. Dia menyatakan sebab kehadirannya. Dia berkata bahawa dia dan beberapa orang yang lain sangat tertarik dengan penerangan Shirazi. Dia berkata bahawa dia telah mendengarkan fakta yang tidak didengarinya sebelum ini. Dia dan beberapa orang sunni yang lain telah mengadakan perbincangan yang tidak begitu menyenangkan dengan ulama mereka, yang setelah tidak dapat mematahkan hujah-hujah Shirazi tetapi tetap keras berpegang kepada kedudukannya. Apabila waktu solat Magrib tiba, Mr Ghulam Imamain mendirikan kedua solat Magrib dan Isyak dengan dipimpin oleh Shirazi. Apabila perwakilan semuanya tiba, perbincangan bermula dengan ulasan dari Nawab Sahib. Nawab: Sila sambong tajuk semalam. Penterjemahan pada ayat tersebut belum selesai. Shirazi: [melihat kepada ulama sunni] Jika kamu mengizinkan Hafiz: [sedikit marah] Tidak ada apa salahnya. Jika ada sesuatu yang perlu diperkatakan, kami sedia mendengarnya. Shirazi: Semalam saya buktikan, dari sudut pandangan nahu [grammer], bahawa kenyataan dari sebahagian pengulas bahawa ayat ini merujuk kepada cara untuk menentukan Khalifah tidak dapat diterima. Sekarang saya akan berhujah dari sudut pandangan yang lain pula. Sheikh Abdus-Salam Sahib berkata semalam bahawa terdapat empat kualiti disebutkan dalam ayat ini. Kualiti ini, dia kata, menunjukkan bahawa ayat ini telah diwahyukan di dalam merujukkan kepada Khalifah pertama dari yang empat, dan bahawa ayat ini menunjukkan susunan para Khalifah. Jawapan saya pada hujah ini adalah, pertama sekali pengulas yang dipercayai tidak pernah membuat kenyataan yang sedemikian mengenai pengertian ayat tersebut. Kedua, kamu semua tahu bahawa apabila sesuatu kualiti dikatakan kepada sesaorang ianya berkait rapat dengan ciri-ciri kerekternya, maka barulah wajar untuk dipertimbangkan. Jika kita melihat kepada fakta secara objektif, kita akan dapati hanya Ali yang memiliki kemuliaan yang diterangkan di dalam ayat ini. Kualiti-kualiti ini tidak dapat di katakan kepada mereka yang telah dinamakan oleh Sheikh Sahib. Hafiz: Tidakkah semua ayat-ayat yang telah kamu ucapkan mengenai Ali mencukupi? Adakah sekarang ini kamu berhasrat, dengan kepandaian kamu didalam berbahasa [rhetorical], untuk membuktikan bahawa ayat ini juga diwahyukan pada memuji Ali? Jika begitu, sila maklumkan kepada kami bagaimana ianya tidak sesuai kepada Khalifah pertama dari empat Khalifah. 300 AYAT AL-QURAN PADA MEMUJI ALI. Shirazi: Saya tidak berdusta dengan mengatakan ayat-ayat al-Quran pada memuji Ali. Kamu telah keliru. Bolehkah kamu mengabaikan fakta bahawa pengulas dan pengarang buku yang boleh dipercayai dari ulama kamu telah menyebut banyak ayat-ayat pada memuji Ali? Bagaimana kamu boleh menganggapnya sebagai satu tindakkan khas bagi pihak saya sahaja? Adakah Hafiz Abu Naim Ispahani, pengarang buku ‘Ma Nazala minal-Quran Fi Ali’ dan Hafiz Abu Bakr Shirazi, pengarang buku ‘Nuzulul-Quran Fi Ali’, Syiah? Adakah pengulas agung, seperti Imam Thalabi, Jalalud-Din Suyuti, Tabari, Imam Fakhrud-Din Razi, serta ulama termashur yang lain seperti Ibn Kathir, Muslim, Hakim, Tirmidhi, Nisai, Ibn Maja, Abu Dawud, Ahmad bin Hanbal dan juga yang bias [anti] Ibn Hajar, yang telah mengumpulkan di dalam Sawaiq, ayat-ayat al-Quran yang diwahyukan pada memuji Ali, Syiah? Sebahagian dari ulama seperti Tabari dan Muhammad Yusuf Ghanji shafii, pada permulaan bahagian 62, menyebut dari pengesahan Ibn Abbas, dan Muhaddith dari Syria di dalam bukunya Tarikh-e-Kabir, dan yang lain telah merakamkan sebanyak 300 ayat al-Quran pada memuji Ali. Adakah mereka ini semua Syiah atau ulama kamu yang terkenal? Kami tidak perlu berdusta untuk mengatakan terdapatnya banyak ayat-ayat al-Quran pada membuktikan kedudukan Amirul Mukminin, Ali. Musuh Beliau [Amawis, Nawasib, Khawarij] menyembunyikan kemuliaan beliau dan para sahabat pula keberatan untuk menyampaikan kemuliaannya kerana khuatir akan akibatnya. Namun buku-buku masih penuh dengan kemuliaan beliau, dan mereka telah menunjukkan pada setiap aspek kemuliaan yang beliau milikinya. Sejauh mengenai dengan ayat-ayat ini, saya tidak menggunakan kepandaian dalam ilmu ‘rhetorical’ [asal bahasa arab]. Saya hanya perlu nyatakan yang benar, dengan berhujah menggunakan buku rujukan kamu. Kamu telah lihat sejauh ini bahawa saya belum berhujah menggunakan dari laporan pihak Syiah. Walaupun dengan mengenepikan buku Syiah, saya akan terus membuktikan keunikkan keutamaan Ali. Apa yang saya katakan mengenai ayat ini adalah bertepatan dengan pandangan ulama kamu Muhammad bin Yusuf Ghanji shafii, dia menyebutkan pada ‘Hadith Persamaan’ di dalam bukunya kifayatut-Talib, Bab 23, dari Nabi yang mempunyai maksud bahawa, Ali adalah sama dengan nabi. Dia mengatakan sebab mengapa Ali digelar sama dengan Nuh, di dalam kebijaksanaan adalah bahawa Ali ‘keras terhadap yang kafir dan baik terhadap yang beriman’. Allah telah menyatakannya di dalam al-Quran. Ali, yang selalu bersama dengan nabi, ‘adalah keras terhadap yang kafir dan berkasih sayang kepada yang beriman.’ Dan jika kita katakanlah, sebagaimana Sheikh Sahib katakan, bahawa rangkap pada, ‘dan dia yang berada bersamanya,’ merujuk kepada Abu Bakr kerana dia tinggal beberapa hari dengan nabi di dalam gua. Maka bolehkah orang yang sedemikian [Abu Bakr]; sama dengan beliau [Ali]; yang telah kekal bersama dengan nabi semenjak kanak-kanak dan menerima arahan dari baginda nabi? ALI YANG PERTAMA MENGISTIHARKAN KEPERCAYAAN KEPADA NABI ALLAH. Lebih-lebih lagi, pada ketika yang genting dikala pengistiharan kerasulannya, tiada siapa menyokong Muhammad melainkan Ali. Ulama terkenal kamu, seperti Bukhari dan Muslin, di dalam ‘sahih’ mereka, Imam Ahmad bin Hanbal di dalam musnad, dan banyak yang lain, seperti Ibn Abdil-Birr di dalam Istiab, jilid III, ms 32, Imam Abu Abdur-Rahman Nisai di dalam Khasaisu-Alawi, Sibt Ibn Jauzi di dalam Tadhkira, ms 63, Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, Bab 12, pada pengesahan dari Tirmidhi dan Muslim, Muhammad bin Talha Shafi’i di dalam Matalibu’s-Su’ul, sub-bahagian I, Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh Nahju’l-Balagha, jilid III, ms 258, Tirmidhi di dalam Jam’-e-Tirmidhi, jilid II, ms 314, Hamwaini di dalam Fara’id, Mir Seyyed Ali Hamadani di dalam Mawaddatu’l-Qurba, dan bahkan Ibn Hajar yang fanatik di dalam Sawaiq-e-Muhriqa, dan para ilmuan yang lain dengan sedikit perbezaan pada perkataan yang dikatakan dari Anas bin Malik dan lainnya bahawa ‘Nabi dijadikan Rasul Allah pada hari Isnin dan Ali mengistiharkan kepercayaannya kepada baginda pada hari Selasa.’ Ianya juga telah disebutkan bahawa, ‘Rasul Allah telah diistiharkan pada hari Isnin dan Ali mengerjakan solat dengan Nabi pada hari selasa.’ Dan lagi, ‘Ali adalah lelaki pertama mengistiharkan kepercayaannya kepada nabi.’ Dan juga dari Tabari, Ibn Abil-Hadid, Tirmidhi, dan lainnya menyampaikan dari Ibn Abbas bahawa: ‘Ali adalah yang pertama mengerjakan solat.’ NABI MELATIH ALI DARI KANAK-KANAK. Saya meminta kamu untuk mempertimbangkan apa yang telah diucapkan oleh ilmuan kamu, Nurud-Din bin Sabbagh di dalam bukunya Fusulul Muhimma, Bab ‘Tarbiatun-Nabi,’ ms 18, Muhammad bin Talha shafii di dalam ‘Matalibus-Suul’ Bab I, ms 11, dan yang lain juga telah sampaikan. Semasa kelaparan berlaku di Makah, Nabi memberitahu bapa saudaranya, Abbas, yang saudaranya, Abu Talib, mempunyai ramai anak dan mata pencariannya tidaklah lumayan. Muhammad mengutarakan bahawa setiap mereka meminta Abu Talib memberikan seorang dari anaknya untuk dipelihara supaya bebannya dapat diringankan. Abbas bersetuju. Mereka bertemu dengan Abu Talib dengan tawaran mereka, dan dia menerimanya. Abbas mengambil Jafar-e-Tayyar dibawah jagaannya, dan nabi mengambil Ali. Maliki menyambung, ‘Ali tinggal berterusan bersama nabi sehingga baginda secara rasmi mengistiharkan kerasulannya. Ali menyatakan kepercayaan kepadanya, dan mengikuti baginda sebagai Rasul Allah semenjak berusia 13 tahun. Beliau adalah lelaki pertama menerima Islam. Isteri Nabi, khadijah adalah satu-satunya orang yang telah menerima Nabi sebelum Ali. Didalam Bab yang sama Maliki menyampaikan bahawa Ibn Abbas, Jabir Ibn Abdullah Ansari, Zaid Ibn Arqam, Muhammad Ibn Munkadar dan Rabiatul-Marai telah berkata bahawa orang yang pertama setelah Khadijah yang mempercayai kepada nabi adalah Ali. Dia mengatakan bahawa Ali, setelah merujuk kepada fakta, yang telah disampaikan oleh ulama kamu. Dia berkata: ‘Muhammad, rasul Allah, adalah saudara saya, dan anak bapa saudara saya; Hamza ketua syuhada, adalah bapa saudara saya; Fatimah, anak perempuan nabi, adalah isteri saya; dan kedua anak kepada anak perempuannya, adalah anak saya dari Fatimah. Siapa dari kamu yang telah berkongsi kecemerlangan yang sedemikian seperti saya? Saya adalah yang pertama menerima Islam apabila saya masih lagi kecil. Nabi mengistiharkan pada hari Ghadir-e-Khum bahawa adalah wajib untuk menerima saya sebagai petunjuk. [Kemudian dia berkata tiga kali] ‘Malang bagi dia yang akan menemui Allah esok [pada hari pengadilan], jika dia telah menzalimi saya.’ Muhammad bin Talha shafii di dalam ‘Matalibus-Suul’ Bahagian I, Bab 1, ms 11, dan banyak lagi dari kalangan ilmuan kamu, telah mengatakan bahawa kenyataan itu adalah jawapan pada surat Muawiya kepada Ali, yang mana Muawiya telah berbangga bahawa bapanya adalah ketua kaum, masa jahiliah dan bahawa semasa Islam dia [Muawiya] adalah raja. Muawiya juga berkata bahawa dia adalah ‘bapa saudara sebelah ibu pada yang beriman,’ ‘penulis wahyu’ dan ‘orang yang dimuliakan’ Setelah membaca suratnya, Ali berkata: ‘Manusia kerekter seperti dia – anak dari wanita yang mengunyah hati manusia – menyombong dihadapan ku [di dalam merujuk kepada ibu Muawiya, Hind, setelah peperangan Uhud, dengan perasaan marah, mengoyakkan badan Hamza, merentap hatinya dan terus mengunyah] Muawiya walaupun amat sangat menentang Ali, tetap tidak dapat menafikan kemuliaan beliau. Lebih-lebih lagi, Hakim Abul-Qasim Haskani, seorang ulama kamu, menyebutkan dari Abdur-Rahman bin Auf, mengenai ayat yang diatas dari sepuluh Quraish yang menerima Islam, bahawa Ali adalah yang mula-mula diantara mereka. Ahmad bin Hanbal, Khatib Khawarizmi, dan Sulayman Balkhi Hanafi menyebutkan dari Anas bin Malik bahawa Nabi telah berkata: ‘Malaikat merahmati saya dan Ali untuk selama tujuh hari, kerana pada masa itu tidak ada suara yang menyatakan ke Esaan Allah melainkan saya dan Ali,’ Ibn Abil-Hadid Mutazali, di dalam Sharh-e-Nahjul-Balagha, jilid I, ms 373 – 5, merakamkan beberapa hadith yang disampaikan melalui ulama kamu yang membawa pengertian bahawa Ali adalah yang mula-mula dari yang lainnya di dalam perkara Islam. Setelah merakamkan berbagai versi dan sebutan, dia menyambung, ‘maka jumlah kesemuanya dari apa yang kami telah sebutkan, adalah Ali lelaki pertama mengenai Islam. Pandangan yang bertentangan dengannya adalah sedikit dan tiada nilai pada memikirkannya.’ Imam Abu Abdur-Rahman Nisai, seorang dari pengarang enam buku hadith yang sahih, telah merakamkan di dalam ‘Khasaisul-Alawi’ hadith enam yang pertama pada tajuk ini, dan telah mengesahkan bahawa orang yang pertama dalam Islam dan yang pertama mendirikan solat dengan Nabi adalah Ali. Sebagai tambahan Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, Bab 12, merakamkan 31 hadith dari Tirmidhi, Hamwaini, Ibn Maja, Ahmad bin Hanbal, Hafiz Abu Nu’aim, Imam Tha’labi, Ibn Maghazili, Abu’l-Muwayyid Khawarizmi, dan Dailami, telah merumuskan yang mana Ali adalah yang pertama di dalam ummah ini pada menerima Islam. Bahkan yang anti Ibn Hajar Makki ada di dalam Sawaiq Muhriqa, Bab 2, merakamkan hadith pada isu yang sama, sebahagian darinya telah diterima oleh Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiul-Mawadda. Lebih lagi di dalam Yanabiul-Mawadda pada penghujung Bab 12, dia menyampaikan dari Ibn Zubair, Makki dan dia dari Jabir Ibn Abdullah Ansari, hadith mengenai kemuliaan Ali, yang mana saya suka untuk menyampaikannya disini dengan izin kamu supaya dapat menutup hujah saya. Nabi berkata: ‘Allah maha Besar memilih saya sebagai Rasul dan mewahyukan kitab yang suci kepadaku. Saya berkata kepadaNya, ‘Wahai Allah, Tuan ku, Kamu menghantar Musa kepada Firaun, Musa meminta Kamu menjadikan adiknya, Harun, wazirnya untuk memperkuatkan tangannya, supaya perkataannya dapat disaksikan. Sekarang aku meminta kepada Mu, wahai Allah, bahawa Engkau melantik untuk ku dari diantara keluarga ku seorang wazir yang akan memperkuatkan tanganku. Jadikan Ali wazir dan adikku, tanamkan keberanian dalam hatinya, dan berikan dia kuasa diatas musuh. Ali adalah orang yang pertama percaya kepada ku dan menyaksikan kerasulan ku dan orang yang pertama untuk mengistiharkan ke Esaan Allah bersama dengan ku.’ Selepas itu dia meneruskan berdoa kepada Allah. ‘Dari itu Ali adalah ketua bagi pengganti. Untuk mengikutinya adalah rahmat; untuk mati pada taat kepada beliau adalah syahid. Nama beliau ada di dalam taurat bersama dengan nama ku; isterinya adalah manusia yang paling benar, adalah anak perempuan ku; kedua anak-anaknya, ketua remaja di dalam syurga, adalah anakku. Selepas mereka kesemua Imam adalah wazir kepada Allah keatas makhlukNya selepas nabi; dan mereka adalah pintu pengetahuan diantara ummah ku. Siapa yang mengikuti mereka akan terselamat dari api neraka; siapa yang mengikuti mereka mendapat petunjuk kejalan yang benar; siapa yang diberikan oleh Allah pada mencintai mereka sudah pasti akan dimasukkan kesyurga. Maka sedarlah manusia, ambillah pengajaran.’ Saya boleh sebutkan hadith yang sama sepanjang malam, kesemuanya telah dirakamkan oleh ulama kamu. Tetapi saya fikir ini telah mencukupi. Ali sahaja yang bersama dengan nabi dari kecil, dan makanya amatlah sesuai bahawa kita menganggap beliaulah orangnya yang dirujuk dalam perkataan ‘dia yang bersamanya’ dan bukan orang yang bersama nabi untuk beberapa hari dalam perjalanan. KEIMANAN ALI SEDANG DIA HANYA KANAK-KANAK. Hafiz: Kamu telah membuktikan maksud kamu, dan tiada siapa pernah menafikan bahawa Ali adalah yang mula-mula di dalam menerima Islam. Tetapi fakta ini tidak melayakkan dia sebagai cemerlang di dalam perbandingan dengan para sahabat lain. Benar, Khalifah yang tinggi mengatakan kepercayaan kepada Islam bertahun-tahun selepas Ali, tetapi keimanan mereka berbeza dengan dia dan lebih baik. Sebabnya adalah, Ali hanya kanak-kanak, dan mereka ini dewasa. Pastinya keimanan orang yang lebih dewasa adalah lebih utama dari yang kanak-kanak. Sebagai tambahan, keiman Ali adalah ikutan yang membuta tuli, dan keimanan orang ini adalah berasas pada hujah. Kepercayaan yang didapati dari keterangan adalah lebih baik dari keimanan ikutan. Oleh kerana kanak-kanak, yang tidak lagi dituntut oleh agama untuk melakukan amalan, tidak mempunyai keimanan melainkan ikutan yang buta sahaja, maka Ali, kanak-kanak yang berusia 13 tahun, menyatakan keimanannya melalui ikutan yang membuta tuli. Shirazi: Ucapan yang begitu sungguh memeranjatkan datang dari seorang yang terpelajar seperti kamu. Saya tidak tahu bagaimana hendak membantah hujah yang sedemikian. Jika saya katakan bahawa kamu mengambil kedudukan itu dari perasaan benci, ianya adalah bertentangan dengan naluri saya untuk menyatakan motif yang sedemikian pada seorang yang terpelajar. Biarlah saya bertanyakan soalan kepada kamu: adakah penerimaan Ali kepada Islam berasaskan pada kehendak peribadinya atau pada ajakan dari Nabi? Hafiz: Mengapa kamu mengambil pandangan yang begitu teruk pada cara kami bercakap, oleh kerana kami mempunyai keraguan, kita perlu membincangkannya. Sebagai jawapan kepada soalan kamu, saya setuju bahawa Ali menerima Islam pada ajakan nabi yang suci. Shirazi: Apabila nabi mengajak Ali pada menerima Islam, adakah nabi tahu bahawa kanak-kanak tidak dituntut oleh komitmen agama? Jika kamu katakan nabi tidak tahu, kamu telah mengatakan kebodohan terhadap nabi, dan jika nabi memang tahu dan mengajak Ali juga, maka tidakannya adalah janggal [pelik]. Untuk mengatakan kepelikkan perbuatan ini kepada nabi adalah kafir, kerana nabi adalah ma’sum. Allah berkata mengenai nabi di dalam al-Quran: ‘Tidaklah dia berkata-kata dari kehendaknya. Ini tidak lain dari wahyu yang telah diwahyukan.’ [53:3 – 4] Nabi menganggap Ali seorang yang bernilai untuk diajak menerima islam. Selain dari itu, remaja tidak semesti tidak mempunyai kebijaksanaan. Kedewasaan diambil kira mengenai menjalankan tugas-tugas amalan beragama, tetapi tidak kepada perkara berkaitan dengan kebijaksanaan. Keimanan adalah mengenai perkara yang berkaitan dengan kebijaksanaan dan bukannya perundangan agama. Maka keimanan Ali semasa kanak-kanak adalah kemuliaan bagi dirinya sebagaimana Allah memberitahu kita di dalam al-Quran mengenai Isa dengan perkataan ini: ‘Dia berkata: ‘Sesungguhnya saya adalah hamba Allah; Dia telah memberikan kepada ku kitab dan menjadikan aku seorang nabi.’ [19:30] Juga di dalam surah ini Dia berkata mengenai nabi Yahya: ‘……… dan Kami berikan kepadanya kebijaksanaan sedang dia masih kanak-kanak.’ [19:12] Seyyed Ali Humairi Yamani [mati 179 Hijrah] menunjukkan kepada fakta yang sama di dalam syairnya. Dia berkata: ‘Sebagaimana Yahya sampai kedarjah nabi dimasa kecilnya, Ali, pengganti nabi dan bapa kepada anak-anaknya, dan telah diberikan wazir Allah dan penjaga manusia sedang dia masih kanak-kanak.’ Kemuliaan dan kehormatan dianugerahkan oleh Allah tidak bergantung kepada usia. Kebijaksanaan dan kecerdikkan bergantung kepada kecenderungan semula jadi. Saya amat terkejut dengan komen kamu kerana hujah yang sebegitu selalunya dibuat oleh Nasibi dan khariji diatas arahan Umayya. Mereka merendahkan keimanan Ali sebagai pengikut membuta tuli kepada apa yang telah diajarinya. Bahkan ulama kamu mengakui kemuliaan Ali dalam kedudukan ini. Muhammad bin Talha Shafii, Ibn Sabbagh Maliki, Ibn Abil-Hadid dan lainnya telah menyebutkan rangkap dari Ali. Di dalam satu dari rangkapnya dia berkata: ‘Saya adalah yang mula dan terahulu diantara kamu di dalam memelok Islam apabila saya masih kecil.’ Jika keimanan Ali pada usia yang begitu muda bukannya satu kemuliaan, Nabi tentu tidak mengatakan yang sedemikian. Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiul-Mawadda, Bab 55, ms 202, menyebut dari Ahmad bin Abdullah Shafii, menyebut dari Khalifah kedua, Umar bin Khattab, yang berkata: ‘Abu Bakr, Abu Ubaida Jarra dan sebilangan manusia hadir di dalam kumpulan nabi Allah apabila baginda menepuk Ali pada bahunya dan berkata: ‘wahai Ali! Kamu adalah yang pertama dan mula-mula diantara semua yang beriman dan Muslim di dalam memeluk Islam. Engkau adalah kepada ku seperti Harun kepada Musa.’ Juga Imam Ahmad bin Hanbal menyampaikan dari Ibn Abbas, yang mengatakan bahawa dia, Abu Bakar, Abu Ubaida bin Jarra dan lainnya ada bersama nabi, apabila baginda meletakkan tangannya di bahu Ali dan berkata: ‘Kamu adalah yang mula-mula dalam beriman, dan Islam diantara semua Muslim, dan engkau kepada ku seperti Harun kepada Musa, Wahai Ali! Dia yang memikirkan, yang dia adalah sahabat ku sedangkan dia adalah musuh kamu, adalah seorang pendusta.’ Ibn Sabbagh Maliki merakamkan hadith yang sama di dalam Fusulul-Muhimma, ms 125, dari Khasaisul-Alawi sebagaimana yang disampaikan oleh Abdullah bin Abbas, dan Imam Abu Abdur-Rahman Nisai melaporkan di dalam Khasaisul-Alawi bahawa dia berkata: ‘Saya mendengar Umar bin Khattab berkata [Menyebut nama Ali dengan hormat], Saya mendengar nabi berkata bahawa Ali mempunyai tiga kualiti. Saya [Umar] harap saya mempunyai satu darinya kerana setiap dari satu kualiti itu adalah amat berharga kepada saya dari apa-apa didunia ini. Ibn Sabbagh telah menyampaikan hadith yang berikut sebagai tambahan kepada apa yang lainnya telah rakamkan. Nabi berkata mengenai Ali: ‘Sesiapa yang mencintai kamu, mencintai aku, dan sesiapa yang mencintai aku, Allah mencintai dia, dan sesiapa yang Allah cintai, Dia membawanya kesyurga. Tetapi sesiapa yang bermusuh dengan kamu, adalah bermusuh dengan ku, dan dia yang bermusuh dengan ku, Allah bermusuh dengannya dan mengutuknya kedalam neraka.’ Ali mengistiharkan dirinya sebagai Muslim semasa masih kanak-kanak lagi telah menunjukkan kecemerlangan kebijaksanaan dan kemuliaan, yang mana tidak ada Muslim lain milikinya. Tabari di dalam ‘Tarikh’ nya menyebutkan dari Muhammad bin Saad bin Abi Waqqas yang berkata: ‘Saya bertanya kepada bapa saya sama ada Abu Bakr adalah Muslim yang pertama. Dia berkata: ‘Tidak, lebih dari 50 orang telah memeluk Islam sebelum Abu Bakr; tetapi dia adalah yang lebih utama dari kami Muslim lainnya.’ Dia juga menulis bahawa Umar bin Khattab memeluk Islam selepas 45 lelaki dan 21 wanita. ‘Sebagai yang pertama sekali di dalam perkara Islam dan iman, ianya adalah Ali Ibn Abi Talib.’ KEIMANAN ALI ADALAH SEBAGIAN DARI SEMULAJADI DIRINYA. Selain dari fakta bahawa Ali adalah yang pertama di dalam memeluk Islam, beliau memeliki kemuliaan lain yang khas untuknya, dan lebih penting dari kemuliaannya yang lain: Islamnya Ali timbul dari semulajadi dirinya, sedangkan bagi yang lain terjadi setelah kefir sebelumnya. Tidak seperti Muslim yang lain dan juga sahabat nabi, Ali tidak pernah kafir. Hafiz Abu Nuaim Ispahani di dalam Ma Nazalul-Quran Fi Ali, dan Mir Seyyed Ali Hamadani di dalam Mawaddatul-Qurba menyebutkan bahawa Ibn Abbas berkata: ‘Saya bersumpah dengan Allah bahawa tidak ada sesiapa yang tidak menyembah berhala sebelum Islam melainkan Ali. Dia menerima Islam dengan tidak pernah menyembah berhala.’ Muhammad Yusuf Ghanji Shafii di dalam Kifayatut-Talib, Bab 24, menyebutkan nabi sebagai berkata: ‘Mereka yang mula-mula menerima keimanan pada ke Esaan Allah diantara pengikut nabi-nabi adalah tiga orang yang tidak pernah kafir: Ali Ibn Abi Talib, orang yang di dalam surah Yasin, dan orang yang beriman dari golongan Firaun. Yang benar adalah Habib-e-Najjar, diantara keturunan Yasin, Ezekiel diantara orang Firaun dan Ali Ibn Abi Talib yang tertinggi dari mereka semua.’ Mir Seyyed Ali Hamadani di dalam Mawaddatul-Qurba, Mawadda 7, Khatib Khawarizmi di dalam Manaqib, dan Imam Thalabi di dalam Tafsir nya, menyebut dari Khalifah kedua, Umar bin Khattab: ‘Saya menjadi saksi bahawa saya mendengar nabi berkata: ‘Jika ketujuh-tujuh langit diletakkan diatas timbangan dan Ali disebelahnya. Keimanan Ali pasti akan mengalahkannya.’ Maksud yang sama telah dimasukkan di dalam syair yang digubah oleh Sufyan bin Musab sebagai berikut: ‘Demi Allah, saya menjadi saksi bahawa nabi telah berkata kepada kami: Ia tidak seharusnya tidak diketahui oleh sesiapa bahawa jika iman segala ummah didunia ini diletakkan diatas timbangan dan imannya Ali diatas yang lain, iman Ali akan mengalahkan yang lainnya.’ ALI MELEBIHI SEMUA SAHABAT YANG LAIN DAN SEMUA UMMAH DALAM KEMULIAAN. Mir Seyyed Ali Hamadani Shafii telah merakamkan banyak hadith di dalam Mawaddatul-Qurba, yang menyokong kecemerlangan Ali. Di dalam Mawadda ke 7, dia menyebut dari Ibn Abbas bahawa nabi berkata: ‘Lelaki terbaik pada era saya adalah Ali.’ Kebanyakkan ulama kamu yang berfikiran terbuka telah menerima keutamaan Ali. Ibn Abil-Hadid di dalam Sharh Nahjul Balagha, jilid II, ms 40, berkata bahawa Abu Jafar Iskafi, ketua golongan Mutazili, mengistiharkan bahawa Bashr bin Mutamar, Abu Musa, Jafar bin Mubashshir dan ulama lain dari Baghdad percaya bahawa, ‘Manusia yang paling cemerlang diantara semua Muslim adalah Ali Ibn Abi Talib, dan selepasnya anak beliau Hasan, kemudian anaknya Husain, selepas dia Hamza, dan selepasnya Jafar Ibn Abi Talib.’ Dia terus menyatakan ketuanya Abu Abdullah Basri, Sheikh Abul-Qasim Balkhi, dan Sheikh Abul-Hasan Khayyat mempunyai kepercayaan yang sama seperti Abu Jafar Iskafi mengenai keutamaan Ali. Dia menerangkan kepercayaan golongan Mutazili berkata: ‘Lelaki terbaik selepas nabi Allah, adalah pengganti nabi, suami Fatimah, Ali, selepas dia, kedua anaknya, Hasan dan Husain, setelah mereka Hamza, dan selepas dia, Jafar [Tayyar]. Sheikh: Jika kamu ketahui kenyataan para ulama pada menyokong keutamaan Abu Bakr, kamu tidak akan membuat kenyataan serupa itu. KEIMANAN ALI LEBIH UTAMA DARI ABU BAKR. Shirazi: Semua sunni ulama yang dipercayai telah mengesahkan keutamaan Ali. Sebagai contoh, kamu boleh merujuk Ibn Abil-Hadid Mutazali sharhe Nahjul Balagha, jilid III, ms 264, yang mana kenyataan yang sama telah disebut dari Jahiz bahawa keimanan Abu Bakr lebih utama dari Ali. Bagaimana pun, Abu Jafar Iskafi, seorang ulama Mutazili yang terkenal, menolak tuntutan ini, dengan berkata, keimanan Ali lebih utama dari Abu Bakr dan juga dari para sahabat yang lain. Abu Jafar berkata: ‘Kita tidak menafikan kecemerlangan sahabat, tetapi pastinya kami tidak menganggap mana-mana mereka lebih utama dari Ali.’ Ali berkedudukan yang begitu tinggi jika pada menyebutkan nama dia bersama dengan sahabat yang lain adalah tidak wajar. Yang sebenarnya, kemuliaan para sahabat tidak dapat dibandingkan dengan kesucian kemuliaan Ali. Mir Seyyed Ali Hamadani menyebutkan di dalam Mawadda VII, dari Ahmad bin Muhammadul-Karzi Baghdadi, yang mengatakan bahawa dia mendengar dari Abdullah bin Ahmad bin Hanbal, yang bertanya pada bapanya Ahmad bin Hanbal mengenai kedudukan para sahabat nabi. Dia menamakan Abu Bakr, Umar dan Uthman dan berhenti. Abdullah kemudian bertanya bapanya: ‘Dimana nama Ali Ibn Abi Talib?’ Bapanya menjawab, ‘Dia tergolong di dalam keturunan suci nabi. Kita tidak boleh menyebut namanya [dengan kemuliaannya] bersama dengan mereka itu.’ Kita lihat dalam al-Quran bahawa di dalam ayat Mubahila, Ali dirujuk sebagai ‘diri’ bagi nabi. Terdapat hadith yang menyokong pandangan ini, yang dirakamkan di dalam Mawadda VII, disebutkan dari Abdullah bin Umar bin Khattab. Dia mengatakan satu hari sedang dia mengira nama-nama sahabat, dia menamakan Abu Bakr, Umar dan Uthman. Seorang berkata: ‘Wahai Abu Abdur-Rahman! Mengapa kamu meninggalkan nama Ali?’ Dia menjawab: ‘Ali adalah seorang dari keturunan nabi. Dia tidak boleh dijumlahkan dengan sesiapa. Dia di dalam kategori yang sama dengan nabi Allah.’ Biar saya nyatakan satu lagi hadith dari Mawadda yang sama. Ianya telah disebutkan dari Jabir bin Abdullah Ansari bahawa satu hari di dalam kehadiran muhajir, dan Ansar nabi berkata kepada Ali: ‘Wahai Ali! Jika sesaorang mengerjakan solat yang sempurna kepada Allah, dan kemudian meragukan bahawa kamu dan keluarga mu adalah yang lebih utama diatas segala kejadian, tempat kediamannya adalah neraka.’ [Setelah mendengarkan hadith ini, semua yang hadir, terutama Mr. Hafiz, menunjukkan telah bertaubat, sekurang-kurangnya mereka di dalam kumpulan yang meragukan]. Saya telah merujuk kepada beberapa hadith sahaja. Pilihan kamu sama ada menolak kesemua hadith yang sahih, yang telah dirakamkan di dalam buku-buku kamu atau mengakui bahawa keimanan Ali lebih utama dari semua para sahabat, termasuk Abu Bakr dan Umar. Saya juga harap kamu pertimbangankan hadith yang telah diterima oleh kedua golongan yang mana nabi berkata pada peristiwa Ghazawa-e-Ahzab [juga dikenali dengan peperangan parit], apabila Ali membunuh Amru Ibn Abd-e-Wudd dengan satu pukulan dari pedangnya: ‘Satu hayunan Ali di dalam peperangan Khandaq, telah mendapatkannya lebih kemuliaan dari segala amalan baik dari keseluruh ummah [jin dan manusia] sehingga kehari Pengadilan.’ Jika satu hayunan pedangnya adalah yang terbaik dari segi kemuliaan daripada segala solat oleh jin dan manusia yang disatukan, tentu sahaja kemuliaannya tidak boleh dipersoalkan oleh sesiapa melaikan fanatik yang jahat. ALI SEBAGAI DIRI KEPADA NABI. Jika tidak terdapat apa-apa bukti tentang keutamaan Ali dari segala para sahabat dan ummah amnya, ayat Mubahila telah mencukupi untuk membuktikan keutamaannya. Ia merujuk kepada Ali sebagai ‘diri’ nabi. Nabi telah diterima sebagai yang paling utama kepada semua makhluk dari mula hingga keakhir. Maka perkatan ‘anfusana’ [diri kami] di dalam ayat itu merujuk kepada Ali, ini membuktikan dia lebih utama dari semua makhluk dari mula hingga akhir. Mungkin sekarang kamu akan mengaku bahawa di dalam rangkap ‘dan mereka yang bersama dengannya’ merujuk kepada Ali. Beliau telah bersama dengan nabi sebelum sesiapa pun dari permulaan Islam. Kenapa Ali tidak bersama nabi pada malam baginda hijrah dari Makah, adalah jelas bahawa nabi telah mengamanahkan kepada Ali dengan tugas yang penting. Tiada siapa yang paling amanah dari Ali. Dia telah ditinggalkan untuk memulangkan kepada tuannya segala harta yang telah diamanahkan kepada nabi. [Tugas Ali yang kedua adalah untuk mengantar ahli keluarga nabi dan Muslim yang lain ke Madina. Dan walaupun Ali tidak bersama nabi di dalam gua pada malam itu, beliau melaksanakan tugas yang terpenting ketika beliau baring diatas tempat tidur nabi] AYAT QURAN MEMUJI ALI KERANA TIDUR DIATAS KATIL NABI PADA MALAM HIJRAH. Ulama kamu telah menyebutkan kemuliaan Ali di dalam ulasan mereka. Contohnya Ibn Sab’i Maghribi di dalam Shifa’u’s-Sudur, Tibrani di dalam Ausat dan Kabir, Ibn Athir in Usudu’l-Ghaiba, jilid IV, ms 25, Nuru’d-Din Sabbagh Maliki di dalam Fusuli’l-Muhimma Fi Ma’rifati’l-‘aimma, ms 33, Abu Ishaq Tha’labi Fazil Nishapuri, Fakhru’d-Din Razi dan Jalalu’d-Din Suyuti, masing-masing di dalam Tafsir, Hafiz Abu Nu’aim Ispahani, ahli hadith shafii yang terkenal di dalam Ma Nazala’l-Qur’an fi Ali, Khatib Khawarizmi di dalam Manaqib, Sheikhu’l-Islam Ibrahim bin Muhammad Hamwaini di dalam Fara’id, Muhammad bin Yusuf Ganji Shafi’i di dalam Kifayatu’t-Talib, Bab 62, Imam Ahmad bin Hanbal di dalam Musnad, Muhammad bin Jarir melalui beberapa punca, Ibn Hisham di dalam Siratu’n-Nabi, Hafiz Muhaddith dari Damascus di dalam Arba’in Tiwal, Imam Ghazali di dalam Ihya’u’l-Ulum, jilid III, ms 223, Abu’s-Sa’adat di dalam Faza’ilu’l-Itrati’t-Tahira, Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharhe Nahju’l-Balagha, Sibt Ibn Jauzi in Tadhkira dan lainnya dari ulama kamu yang terkenal, menyatakan bahawa apabila nabi berhasrat, dengan arahan Tuhan, untuk meninggalkan Makah ke Madina, baginda menyuruh Ali memakai selimut baginda berwarna hijau dan tidur dikatil baginda. Dengan patuh Ali tidur ditempat nabi. Kemudian Allah memberitahu malaikat Jibril dan Mikail bahawa Dia telah menjadikan mereka berdua bersaudara, dan bahawa seorang dari mereka akan hidup lama dari yang lain. Dia bertanya kepada mereka berdua siapakah yang bersedia untuk memberikan saudaranya umur dia yang lebih, kelebihan umur itu tiada siapa dari mereka yang tahu. Mereka bertanya kepada Dia [Allah] sama ada pilihan itu perlu [wajib]. Mereka diberitahu ianya tidak dipaksakan. Tiada siapa dari mereka yang bersedia untuk berpisah dari kelebihan umur yang telah diberikan oleh Allah. Maka ikutilah kata-kata Tuhan: ‘Saya telah jadikan persaudaraan diantara wazir Ku Ali dengan Rasul Ku Muhammad. Ali telah menawarkan untuk mengorbankan nyawanya demi untuk menyelamatkan nyawa nabi. Dengan tidur diatas katil nabi, dia telah menyelamatkan nyawa nabi. Sekarang kedua kamu diarahkan turun kedunia dan menyelamatkan dia dari tipu daya dan perancangan musuh.’ Dengan patuh, kedua mereka turun kedunia. Jibril duduk dibahagian kepala Ali dan Mikail di bahagian kaki. Jibril berkata: ‘Tahniah, Wahai anak Abu Talib yang mana Allah maha Tinggi telah berbangga dihadapan para malaikat.’ Sesudah ini, ayat yang berikut telah diwahyukan kepada nabi: ‘Dan terdapat manusia yang memberikan nyawanya untuk mendapatkan keridhaan Allah; dan Allah maha pengasih terhadap hambaNya.’ [2:207] Sekarang saya serahkan kepada kamu, tuan-tuan terhormat, untuk mempertimbangkan ayat ini baik-baik, apabila kamu pulang kerumah pada malam ini dan cuba mendapatkan keputusan kamu sendiri. Adakah keutamaan benar-benar kepunyaan mereka yang bersama nabi untuk beberapa hari dalam perjalanan, menunjukkan ketakutan dan kesedihan, atau dia yang mempetarungkan nyawanya pada malam yang sama dengan berani dan berbesar hati, demi untuk keselamatan nabinya. Imam Jafar Iskafi, seorang ulama terkenal dan ketua golongan Mutazili membuktikan sebagaimana dirakamkan di dalam ulasan Abil-Hadid Nahjul Balagha, jilid III, ms 269-281 bahawa tidurnya Ali diatas katil nabi adalah lebih utama dari bersamanya Abu Bakr dengan nabi pada jangka waktu yang pendek. Dia berkata: ‘Ummah Muslim semuanya percaya, dengan sebenarnya, kemuliaan Ali pada malam itu sungguh tinggi yang mana tiada manusia yang dapat mencapainya melainkan Ishak dan Ibrahim, apabila mereka bersedia untuk mengorbankan diri mereka di dalam ketaatan kepada kehendak Allah. [Kebanyakkan pengulas, ulama, ahli sejarah, semuanya percaya bahawa Ismail yang menawarkan untuk dikorbankan dan bukan Ishak] Pada ms 271 dari sharh Nahjul-Balagha kenyataan Abu Jafar Iskafi di dalam menjawab kepada Abu Uthman Jahiz Nasibi telah dirakamkan. Dia berkata: ‘Saya telah pun buktikan terdahulu bahawa tidurnya Ali diatas katil nabi pada malam hijrah adalah lebih utama dari bersamanya Abu Bakr dengan nabi di dalam gua. Di dalam menekankan maksud saya, saya akan buktikan dari dua sudut pandangan. Pertama, nabi Allah yang begitu lama dan terlalu rapat dengan Ali, amat mencintai beliau. Maka dia merasakan kehilangan orang yang dicintai apabila mereka berpisah. Sebaliknya, Abu Bakr menikmati keutamaan berjalan berpergian dengan nabi. Oleh kerana Ali menderita dari kepedihan berpisah, ganjarannya bertambah, kerana lebih besar penderitaan yang ditanggongnya maka lebih banyaklah ganjaran yang diterima untuknya. Keduanya, oleh kerana Abu Bakar hendak meninggalkan Makah, dan dia pernah meninggalkan Makah dengan sendirian, situasinya sebagai waraga Makah telah bertambah susah. Maka apabila dia meninggalkan Makah bersama dengan nabi, idamannya untuk meninggalkan Makah tercapai. Makanya tidak ada kecemerlangan moral yang perlu baginya jika dibandingkan dengan Ali, yang telah menanggong tekanan di dalam mempertaruhkan nyawanya dihadapan pedang yang tidak bersarong ditangan musuh. Ibn Sab’a Maghribi berkata di dalam Shifaus-Sudur mengenai keberanian Ali: ‘Terdapat sebulat suara diantara ulama Arab bahawa pada malam hijrah, Ali tidur diatas katil nabi adalah lebih utama dari berpergian dengannya Ali menjadikan dirinya wakil nabi dan mempertarungkan nyawanya kerana nabi. Tujuan ini amat jelas yang tiada siapa boleh menafikannya melainkan mereka yang dihinggapi penyakit gila atau fanatik.’ Saya berhenti disini dan kembali kepada tujuan utama saya. Kamu mengatakan bahawa ayat al-Quran ‘keras terhadap orang kafir’ [48:29] merujuk kepada Khalifah kedua, Umar bin Khattab. Tetapi tuntutan ini tidak boleh diterima hanya kerana kamu yang mengatakannya. Kita hendaklah menentukan sifat ini tertakluk kepada dirinya atau tidak. Jika ianya benar, saya besedia untuk menerimanya. Yang pastinya ‘keras’ boleh ditunjukkan dengan dua cara: di dalam perbincangan agama yang mana melalui kekuatan penghujahan, ulama dari pihak lawan akan terdiam. Kedua, ianya boleh ditunjukan dimedan perang. Sejauh ini mengenai perbincangan ilmiah, tidak terdapat satu ketika di dalam sejarah yang Umar menunjukkan sebarang kekuatan penghujahannya. Tidak, setahu saya. Saya tidak pernah melihat mana-mana rakaman sejarah menunjukkan kerasnya Umar pada perbincangan agama. Saya amat menghargai jika kamu boleh menyatakannya. Yang sebenarnya, ulama kamu telah bersetuju bahawa adalah Ali yang menyelesaikan masalah perundangan dan agama yang susah semasa era tiga Khalifah. Walaupun Umayya dan pengikut Abu Bakar yang membuta tuli telah memalsukan hadith bagi pihak mereka, tetap mereka tidak dapat menyembunyikan fakta bahawa apabila seorang yang beriman datang bertemu Abu Bakr, Umar atau Uthman, untuk menyelesaikan masalah yang susah, Khalifah akan merujuk masalah itu kepada Ali. Ali memberikan kepada mereka jawapan yang meyakinkan sehingga ramai yang bukan Islam memeluk Islam. Sebenarnya bahawa Abu Bakr, Umar dan Uthman telah mengesahkan keutamaan Ali adalah mencukupi untuk membutikan maksud saya. Ulama kamu telah menulis bahawa Khalifah Abu Bakr berkata: ‘Gantikan saya, gantikan saya, oleh kerana saya tidak mempunyai kelebihan apa-apa daripada kamu, selagi Ali ada bersama kamu.’ Paling kurang tujuh puluh kali Khalifah Umar mengaku: ‘Jika Ali tidak ada, Umar pasti akan binasa.’ Kebanyakkan situasi itu melibatkan bahaya telah disebutkan di dalam buku-buku tersebut, tetapi saya tidak mahu memperkatakan pada maksud itu. Mungkin ada tajuk yang lebih mustahak untuk dibincangkan. Nawab: Tajuk mana yang lebih penting dari ini? Adakah perkara ini disebutkan di dalam buku kami? Jika ada, sila beritahu kepada kami? Shirazi: Ulama kamu yang adil bersetuju bahawa Umar kerap mengatakan bahawa Ali selalu datang untuk menyelamatkannya. BUKTI MENGENAI PERKATAAN UMAR ‘JIKA ALI TIDAK ADA DISITU, UMAR PASTI AKAN BINASA.’ Qazi Fazlullah Bin Ruzbahan, yang fanatik, di dalam Ibtalu’l-Batil; Ibn Hajar Asqalani di dalam Tihdhibu’l-Tahdid, dicetak di Hyderabad Daccan, ms 337; Ibn Hajar di dalam Isaba, jilid II, dicetak di Egypt, ms 509; Ibn Qutayba Dinawari di dalam Ta’wil-e-Mukhtalafu’l-Hadith, ms 201-202, Ibn Hajar Makki di dalam Sawa’iq-e-Muhriqa, ms 78; Hajj Ahmad Afindi di dalam Hidayatu’l-Murtab, ms 146 dan 152; Ibn Athir Jazari di dalam Usudu’l-Ghaiba, jilid IV, ms 22; Jalalu’d-Din Suyuti di dalam Ta’rikhu’l-Khulafa, ms 66; Ibn Abdu’l-Birr Qartabi di dalam Isti’ab, jilid II, ms 474; Seyyed Mu’min Shablanji di dalam Nuru’l-Absar, ms 73; Shahabu’d-Din Ahmad bin Abdu’l-Qadir A’jili di dalam Zakhiratu’l-Ma’al; Muhammad bin Ali As-Saban di dalam Is’afu’r-Raghibin, ms 152; Nuru’d-Din bin Sabbagh Maliki di dalam Fusulu’l-Muhimma, ms 18; Nuru’d-Din Ali bin Abdullah Samhudi di dalam Jawahiru’l-Iqdain; Ibn Abi’l-Hadid Mu’tazili di dalam Sharhe Nahju’l-Balagha, jilid I, ms 6, Allama Qushachi di dalam Sharh-e-Tarid, ms 407, Khatib Khawarizmi di dalam Manaqib, ms 48, 60, Muhammad bin Talha Shafi’i di dalam Matalibu’s-Su’ul sub-bahagian 6, ms 29, Imam Ahmad bin Hanbal di dalam Faza’il dan begitu juga di dalam Musnad; Sibt Ibn Jauzi di dalam Tadhkira, ms 85, 87, Imam Tha’labi di dalam Tafsir Kafshu’l-Bayan, Allama Ibn Qayyim Jauzi di dalam Turuqi’l-Hakim, merakamkan keputusanAli dari ms 41 to page 53; Muhammad bin Yusuf Ganji Shafi’i di dalam Kifayatu’t-Talib, Bab 57; Ibn Maja Qazwini di dalam Sunan, Ibn Maghazili Shafi’i di dalam Manaqib; Ibrahim bin Muhammad Hamwaini di dalam Fara’id; Muhammad bin Ali bin Hasani’l-Hakim di dalam Sharh-e-Fathi’l-Mubin, Dailami di dalam Firdaus, Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, Bab 14, Hafiz Abu Nu’aim Ispahani di dalam Hilyatu’l-Auliya begitu juga di dalam Ma Nazala’l-Qur’an fi Ali, dan banyak lagi dari ulama terkenal kamu, dengan sedikit perubahan di dalam perkataan, telah menyampaikan Umar sebagai berkata: ‘Jika tidak ada Ali, Umar pasti akan binasa.’ Seorang ahli agama Ghanji Shafii, di dalam Bab 57, Kifayatut-Talib Fi Manaqib Ali Ibn Abi Talib, setelah menyebutkan beberapa hadith sahih, menyatakan dari Hudhaifa bin Yaman bahawa, ‘Satu hari Umar berjumpa dia dan bertanya kepada dia: Apakah keadaan kamu apabila kamu bangun pada waktu pagi? Hudhaifa berkata, ‘Saya bangun pada waktu pagi benci kepada yang benar, suka pada keburukan, menjadi saksi kepada perkara yang tidak dilihat; menghafal benda yang tidak dijadikan, menyebut salam di dalam keadaan berhadath, dan tahu bahawa apa yang untuk ku dibumi tidak untuk Allah yang dilangit.’ Umar menjadi marah dengan kenyataan ini dan bermaksud hendak menolak Hudhaifa apabila Ali masuk. Beliau nampak tanda marah pada muka Umar dan bertanya mengapa dia marah sangat. Umar menberitahu beliau, dan Ali berkata: ‘Tidak ada apa-apa yang sirius mengenai kenyataan ini: Apa Hudhaifa katakan adalah betul. Benar bererti mati, yang dibencinya; keburukan bererti kekayaan dan keluarga, yang dia suka; dan apabila dia mengatakan dia menjadi saksi pada apa yang dia tidak lihat, ini bermakna bahawa dia mengaku kepada ke Esaan Allah, mati, hari pengadilan, syurga, neraka, jambatan sira, yang mana semuanya belum dilihat. Apabila dia berkata dia belajar secara hafal apa yang tidak dijadikan, ini merujuk kepada al-Quran; apabila dia berkata bahawa dia menyebut salam tanpa wudu, ini merujuk kepada sebutan salam kepada nabi Allah, yang mana dibolehkan tanpa wudu; apabila dia mengatakan dia dapat untuk dirinya didunia apa yang bukan untuk Allah dilangit, ini merujuk kepada isterinya, kerana Dia tidak mempunyai isteri atau anak.’ Umar kemudian berkata, ‘Umar pasti akan lenyap jika Ali tidak ada.’ Ghanji Shafii barkata bahawa kenyataan Umar telah disahkan menurut laporan dari kebanyakkan penyampai hadith. Pengarang Manaqib berkata Khalifah Umar berulang kali berkata: ‘Wahai Abul-Hasan! [Ali]. Saya tidak akan menjadi sebahagian dari ummah tanpa kamu.’ Dia juga berkata: ‘Wanita tidak dapat melahirkan anak seperti Ali.’ Muhammad bin Talha Shafii di dalam Matalibus-Suul dan Sheikh Sulayman Balkhi hanafi di dalam Yanabiul-Mawadda, Bab 14, menyebut dari Tirmidhi, merakamkan laporan yang mendalam dari Ibn Abbas pada akhirnya dia berkata: ‘Para sahabat nabi akan mencari keputusan agama dari Ali, dan mereka menerima keputusannya. Adalah Umar bin Khattab berkata pada beberapa kejadian, ‘Jika tidaklah kerana Ali, Umar pasti akan binasa.’ Didalam perkara agama dan perbincangan pengetahuan Umar tidak menunjukkan sebarang kekerasan. Sebaliknya, dia mengakui ketidak mampuannya dan mengakui Ali sebagai tempat berlindungnya. Bahkan Ibn Hajar Makki didalam Bab III, dari Sawaiq Muhriqa, menyatakan dari Ibn Sa’d, menyebut Umar sebagai berkata, ‘Aku meminta perlindungan dengan Allah, di dalam memutusan masalah yang susah dimana Abul-Hasan tidak ada.’ KEBERANIAN UMAR TIDAK PERNAH DILIHAT DIMANA-MANA MEDAN PEPERANGAN. Sebagai kekerasan untuk Umar dimedan peperangan, sejarah tidak pernah merakamkannya. Sebaliknya, ahli sejarah dari kedua golongan menyampaikan bahawa setiap kali Umar bertemu musuh yang kuat, dia akan melarikan diri. Begitulah Muslim lain juga lari, dan tentera muslim kerap juga tewas. Hafiz: Kamu dengan perlahan-lahan telah menambahkan yang tidak baik. Kamu telah menghina Khalifah Umar, yang menjadi kebanggaan Muslim, dan di dalam era siapa Muslim mencapai kejayaan besar. Disebabkan Umar, tentera muslim mendapat kejayaan. Kamu mengelar dia penakut dan mengatakan yang dia lari dari medan peperangan dan bahawa kekalahan tentera Islam adalah disebabkan olehnya! Adakah wajar bagi orang seumpama kamu pada menghina Khalifah Umar? Shirazi: Saya takut awak tersalah faham. Walaupun kamu telah bersama saya pada beberapa malam, kamu masih belum dapat memahami saya. Mungkin awak fikir bahawa disebabkan oleh perasaan maka saya mengkritik atau memuji sesaorang. Tidak sekali. Memang terdapat kewajibpan yang besar di dalam perbincangan agama yang telah menjadi punca permusuhan diantara Muslim untuk berabad lamanya. Perbincangan sedemikian kerap menimbul keinginan yang jahat, yang tidak mengikuti dengan arahan al-Quran. Al-Quran dengan jelas mengatakan: ‘Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah dari prasangka sebanyak mungkin [yang boleh]: kerana prasangka dalam satu-satu keadaan adalah berdosa.’ [49:12] Kamu menganggap bahawa kenyataan saya digerakkan oleh kebencian. Yang sebenar adalah sebaliknya. Saya tidak mengucapkan satu perkataan pun yang bertentangan kepada apa yang ulama kamu telah tuliskan. Kamu baru mengatakan yang saya telah menghina Khalifah Umar. Tetapi tidak terdapat sedikit petunjuk pun kepada menghina. Apa yang saya katakan mengikut dari rekod sejarah. Sekarang saya terpaksa memberikan pandangan yang lebih jelas terhadap fakta supaya dapat meredakan permusuhan. PENAKLUKKAN TIDAK DISEBABKAN OLEH KEUTAMAAN PERSONALITI UMAR. Kamu katakan bahawa Khalifah Umar bertanggong jawab diatas penaklukkan Muslim. Tiada siapa menafikan bahawa Muslim mendapat kemenangan besar semasa Khalifah Umar. Tetapi hendaklah ingat, menurut dari keterangan ulama kamu yang terkenal seperti Qazi Abu bakt Khatib, di dalam sejarah baghdad; Imam ahmad bin Hanbal di dalam Musnad; Ibn Abil-Hadid di dalam Sharh Nahjul Balagha; dan banyak penulis lainnya, Khalifah Umar meminta petunjuk dari Ali di dalam perkara pentadbiran dan juga ketenteraan. Dan dia bertindak diatas nasihat Ali. Sebagai tambahan, terdapat perbezaan pada kejayaan Islam di dalam era yang berlainan. Kejayaan yang pertama merujuk kepada kejayaan era nabi sendiri, yang menjadi pengerak utamanya adalah keberanian Ali. Setiap orang setuju bahawa Ali adalah yang paling berani dari yang berani. Jika beliau tidak mengambil bahagian di dalam peperangan, kejayaan tidak tercapai. Sebagai contoh, di dalam peperangan Khaibar, beliau mendapat sakit mata, dan mustahil untuk pergi berperang. Tentera Muslim mengalami kekalahan berturut-turut, apabila beliau telah disembuhkan oleh nabi, Ali mara terhadap tentera musuh dan menawan kubu Khaibar. Di dalam peperangan Uhud, apabila Muslim berpecah dan melarikan diri, adalah Ali yang berdiri teguh. Dengan berani, dia menyelamatkan nabi dari serangan musuh, sehingga terdengar suara yang mengatakan: ‘Tidak ada pedang selain Dhul-fiqar, dan tidak ada yang paling berani selain dari Ali.’ Kejayaan kedua adalah mengenai peperangan yang dijayakan selepas nabi. Kejayaan ini adalah disebabkan oleh keberanian tentera Muslim dan perancangan yang baik. Tetapi kita tidak mempertikaikan kejayaan Islam semasa pemerintahan Umar. Topik kita adalah keberanian Umar itu sendiri. Ianya tidak dinyatakan di dalam mana-mana pembuktian sejarah. Hafiz: Adalah satu penghinaan untuk mengatakan Khalifah Umar lari dari medan peperangan dan ini membawa kepada kalahnya tentera Islam. Shirazi: Jika menyebut fakta sejarah mengenai sesaorang adalah satu penghinaan, maka penghinaan ini adalah oleh ulama kamu. Hafiz: Dimana terdapat ulama kami menulis Khalifah Umar lari dari medan peperangan? Bilakah dia menyebabkan kekalahan terhadap tentera Islam? ABU BAKAR DAN UMAR TEWAS DI DALAM PEPERANGAN KHAIBAR. Shirazi: Oleh kerana Ali mengidap penyakit mata pada hari pertama peperangan Khaibar, nabi menyerahkan bendera Islam kepada Abu Bakr, yang memimpin tentera Islam menentang Yahudi. Setelah dikalahkan dengan pantas, dia kembali. Pada hari esoknya bendera muslim diberikan kepada Umar, tetapi sebelum dia sampai kemedan pertemporan dia telah lari dalam ketakutan [panik] Hafiz: Kenyataan ini adalah pemalsuan Syiah. Shirazi: Peperangan Khaibar adalah peristiwa yang penting dalam kehidupan nabi, telah dirakamkan dengan secara khusus oleh ahli sejarah dari kedua golongan. Hafiz Abu Nu’aim Ispahani di dalam bukunya Hilyatu’l-Auliya, jilid I, ms 62, Muhammad Bin Talha Shafi’i di dalam Matalibu’s-Su’ul, ms 40, dari Sira oleh Ibn Hisham, Muhammad Bin Yusuf Ganji Shafi’i di dalam Kifayatu’t-Talib, Bab 14, dan banyak lagi dari ulama kamu yang telah merakamkannya. Tetapi yang paling sahih adalah sampaian dari ulama yang terkenal ini: Muhammad Bin Isma’il Bukhari, yang menulis di dalam Sahih, jilid II, dicetak di Egypt, 1320 Hijrah, ms 100, dan Muslim Bin Hujjaj, yang menulis di dalam Sahih, jilid II, dicetak di Egypt, 1320 Hijrah, ms 324, ‘bahawa Khalifah Umar lari dari peperangan di dua medan pertemporan’ Diantara banyak bukti yang nyatakan pada maksud ini adalah kata-kata yang tidak meragukan dari Ibn Abil-Hadid mutazili, dinamakan sebagai ‘Alawiyyat-e-Sab’a, di dalam memuji Ali. Mengenai ‘Pintu Khaibar’ dia berkata: ‘Telahkah kamu dengar cerita Kejayaan keatas Khaibar? Terlalu banyak misteri telah dikaitkan bersamanya, sehingga mengelirukan akal yang bistari! Mereka berdua ini [Abu Bakar dan Umar] tidak suka kepada, atau tidak biasa dengan, memegang bendera [mengetuai angkatan tentera]. Mereka tidak tahu rahsia pada mengekalkan kehormatan pada bendera, mereka menutupnya dengan keaiban dan lari putih tapak kaki, walaupun mereka tahu yang lari dari medan perang boleh membawa kepada kafir. Mereka melakukannya juga kerana seorang dari tentera Yahudi yang berani, seorang remaja yang tinggi dengan pedang terhunus ditangan, menunggang kuda dengan gagahnya, menyerang mereka, seumpama burung unta [kasuari] jantan, yang telah mendapat tenaga baru dari udara nyaman musim bunga dan makanan. Dia seumpama seekor burung besar yang telah memenuhi dirinya dengan bulu-bulu yang berwarna-warni dan sedang mengejar terhadap yang dicintanya. Kilauan api kematian dari pedang dan tombaknya memancar dan telah menakutkan kedua orang ini. ’Ibn Abdil-Hadid berkata mengenai mereka [Abu Bakr dan Umar] dengan menambah: ‘Saya meminta maaf untuk kamu, kerana kekalahan dan larinya kamu, oleh kerana semua manusia benci kepada kematian dan mencintai kehidupan. Sama seperti yang lain semua, kamu berdua tidak suka kematian walaupun tidak terdapat kekebalan dari mati. Tetapi kamu tidak dapat melamar mati.’ Tujuan saya bukan untuk menghina sesiapa. Saya menyatakan fakta sejarah ini untuk menunjukkan bahawa Khalifah tidak mempunyai keberanian sedemikian yang membolehkannya dikatakan seperti pada potongan ayat ‘keras terhadap mereka yang kafir,’ Fakta menunjukkan dia lari dari medan perang. Sifat yang kita katakan ini adalah hak Ali sahaja, yang di dalam setiap peperangan adalah amat keras terhadap mereka ynag kafir. Fakta ini telah diberikan oleh Allah di dalam al-Quran. Dia berkata: ‘Wahai orang yang beriman! Sesiapa yang berpaling dari agamanya, maka Allah akan membawa orang yang lain; Dia mencintai mereka dan mereka mencintai Dia, merendah diri pada yang beriman, keras terhadap yang kafir, berjuang dijalan Allah, dan mereka tidak takut penghinaan dari mereka yang menghina; ini adalah rahmat dari Allah. Dia berikan kepada siapa yang Dia hajati.’ Hafiz: Adalah amat memeranjatkan bahawa kamu cuba untuk mengatakan yang ayat itu untuk Ali. Ianya merujuk kepada orang beriman yang memilikki kualiti tersebut dan Allah akan mencintai mereka. Shirazi: Adalah lebih baik jika jika kamu tanyakan kepada saya, apakah hujah yang menyokong kenyataan saya. Jawapan saya adalah, jika ayat ini diwahyukan pada memuji orang yang beriman, mereka tidak akan lari dari medan peperangan sama sekali. Hafiz: Adakah adil untuk menuduh yang beriman dan sahabat nabi yang lari dari bahaya? Mereka ini berperang dengan gagahnya dimedan pertemporan. Shirazi: Bukanlah saya yang mengatakan mereka ‘pengecut’ Sejarah yang menunjukkan mereka begitu. Mungkin kamu telah terlupa bahawa di dalam peperangan Uhud dan Hunain, kedua-dua mereka yang beriman dan para sahabat secara umum, termasuklah sahabat utama nabi, telah mencari keselamatan diri dengan lari. Sebagaimana yang sampaikan oleh Tabrini dan lainnya, mereka meninggalkan nabi sendirian diantara musyrik. Mungkinkah mereka yang berpaling kebelakang dari menghadap musuh, meninggalkan nabi berseorangan menentang musuh adalah yang dicintai oleh Allah dan RasulNya? Bukanlah saya seorang yang mengatakan bahawa ayat ini pada memuji Ali. Abu Ishaq Imam Ahmad Thalabi, yang kamu anggap sebagai ketua para penyampai hadith, menulis di dalam bukunya Kashful-Bayan bahawa ayat ini diwahyukan pada memuji Ali kerana tiada siapa yang memilikki sifat yang disebutkan itu. Tidak ada ahli sejarah – dari kita atau orang asing – telah menulis bahawa di dalam mana-mana 36 peperangan yang melibatkan nabi didapati Ali melarikan diri. Di dalam peperangan Uhud, apabila kesemua para sahabat lari, dan 5 000 pihak tentera musuh menyerang Muslim, orang yang tinggal kekal dikedudukannya sehingga kemenangan dicapai, hanyalah Ali. Walaupun luka dibeberapa tempat dan darah mengalir dengan banyaknya, beliau menggumpulkan semula mereka yang lari dan terus berperang sehingga kemenangan dicapai. Hafiz: Tidakkah kamu merasa malu mengatakan ‘pengecut’ pada sahabat yang agung? Semua sahabat secara umum dan kedua Khalifah – Abu Bakr dan Umar – khasnya, dengan gagah menggelilingi nabi dan mempertahankannya. Shirazi: Kamu tidak mempelajari sejarah dengan teliti. Secara umum, ahli sejarah telah menulis bahawa di dalam peperangan Uhud, Hunain, dan Khaibar kesemua para sahabat lari. Saya telah menyatakan kepada kamu mengenai Khaibar. Dan mengenai Hunain, Hamidi di dalam Jam’-e-Bainus-Sahihain dan Halabi di dalam Siratul-Halabiyya, jilid III, ms 123, berkata bahawa semua para sahabat lari, melainkan empat: Ali dan Abbas berada dihadapan nabi, Abu Sufyan bin Harith memegang tali kuda nabi dan Abdullah bin Masud berdiri disebelah kirinya. Larinya Muslim di Uhud tidak dapat dinafikan oleh sesiapa. Muhammad bin Yusuf Ghanji di dalam kifayatut-Talib, Bab 27, dari punca dia sendiri, menyebut Abdullah bin Masud sebagai berkata bahawa nabi berkata: ‘Bila-bila masa Ali dihantar sendirian dimedan peperangan, saya melihat Jibril disebelah kanannya, Mikail disebelah kirinya, dan awan melindunginya dari atas sehinggalah Allah menjayakan dia.’ Imam Abu Abdur-Rahman Nisai menyatakan hadith 202 di dalam bukunya Khasais-e-Alawi bahawa Imam Hasan, memakai seban hitam, datang kepada manusia dan menyampaikan kualiti bapanya, dengan mengatakan bahawa di dalam peperangan Khaibar, apabila beliau pergi ke kubu, ‘Jibril berperang disebelah kanannya, dan Mikail berperang disebelah kirinya. Dia berhadapan dengan musuh dengan beraninya sehingga dia mencapai kemenangan dan berhak mendapat cinta Allah.’ ALI ADALAH YANG DICINTAI OLEH ALLAH DAN RASUL. Di dalam ayat ini Allah berkata bahawa Dia mencintai mereka yang mempunyai sifat yang sedemikian dan bahawa mereka juga mencintaiNya. Kualiti ini, dicintai oleh Allah, adalah khas bagi Ali. Terdapat banyak bukti bagi menyokong pandangan saya. Diantara banyak hadith yang berkaitan dengan perkara ini, ada satu yang disampaikan oleh Muhammad bin Yusuf Ghanji Shafii di dalam Kifayatut-Talib, Bab 7, Dia menyampaikan melalui puncanya sendiri, dari Abdullah bin Abbas, yang mengatakan bahawa satu hari sedang dia duduk dengan bapanya, Abbas, dihadapan nabi, apabila Ali masuk dan memberikan salam kepada mereka. Nabi bangun, memeluknya, cium diantara dua matanya dan dudukkan dia disebelah kanannya. Abbas kemudian bertanya kepada nabi sama ada baginda mencintai Ali. Nabi menjawab, ’Wahai bapa saudara yang saya hormati! Demi Allah, Allah mencintai dia lebih dari saya mencintai dia.’ HADITH PADA BENDERA DI DALAM PENAKLUKKAN KHAIBAR. Bukti yang paling kukuh, Ali adalah yang dicintai oleh Allah, dan keberaniannya dimedan peperangan, adalah Hadith-e-Rayat [hadith pada bendera], yang mana adalah sebahagian dari koleksi hadith kamu yang sahih. Tiada ulama terkenal kamu yang menafikannya. Nawab: Apa dia hadith-e-rayat? Jika kamu tidak keberatan, sila sebutkannya dengan puncanya sekali. Shirazi: Ulama terkenal dan ahli sejarah dari kedua golongan telah menyebutkan hadith-e-rayat. Sebagai contoh, Muhammad Bin Isma’il Bukhari, di dalam Sahih, jilid II, Kitabu’l-Jihad Wa’s-Siyar, Bab Du’au’n-Nabi, juga jilid III, Kitabu’l-Maghazi, Bab Ghazawa-e-Khaibar; Muslim Bin Hajjaj di dalam Sahih, jilid 2, ms 324; Imam Abdu’r-Rahman Nisa’i di dalam Khasa’isu’l-Alawi; Tirmidhi di dalam Sunan; Ibn Hajar Asqalani di dalam Isaba, jilid II, ms 508; Muhaddith-e-Sham di dalam Ta’rikh; Ahmad bin Hanbal di dalam Musnad; Ibn Maja Qazwini di dalam Sunan; Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda Bab 6; Sibt Ibn Jauzi di dalam Tadhkira; Muhammad bin Yusuf Ganji Shafi’i di dalam Matalibu’s-Su’ul, Hafiz Abu Nu’aim Isfahani di dalam Hilyatu’l-Auliya; Abu Qasim Tibrani di dalam Ausat; dan Abu Qasim Husain bin Muhammad (Raghib Isfahani) di dalam Muhaziratu’l-Udaba, jilid II, ms 212. Secara ringkas boleh dikatakan semua ahli sejarah dan hadith telah merakamkan hadith ini, makanya Hakim berkata: ‘Hadith ini telah sampai pada kedudukan diterima sepenuhnya.’ Tabrini berkata: ‘Kejayaan Ali di Khaibar adalah bukti dengan penerimaan sepenuhnya.’ Apabila tentera Muslim menggepong kubu Khaibar, ia telah menggalami kekalahan sebanyak tiga kali dibawah pemerintahan Abu Bakr dan Umar, dan mereka-mereka ini lari. Para sahabat sungguh kesal [frust, keciwa] Di dalam usaha untuk memberangsang para sahabat, nabi menyatakan bahawa Khaibar akan ditawan. Baginda berkata: ‘Demi Allah esok saya akan menyerahkan bendera kepada sesaorang yang akan kembali dengan kemenangan. Dia adalah seorang yang akan menyerang terus berulang kali dan tidak pernah meninggalkan medan peperangan dan tidak pernah berundur sehingga dia mencapai kemenangan. Dia mencintai Allah dan nabi Allah, dan Allah dan nabi Allah mencintainya.’ Malam itu para sahabat tidak dapat tidur, membayangkan siapakah yang akan diberikan penghormatan khas ini. Pada subuh itu, semua mengenakan pakaian perang dan menampilkan diri mereka dihadapan nabi. Nabi bertanya: ‘Dimana adik saya, dan anak bapa saudara saya, Ali Ibn Abi Talib?’ Mereka memberitahu kepadanya, ‘Wahai Nabi Allah, dia sedang diserang sakit mata, dan tidak dapat bergerak.’ Nabi menyuruh Salman untuk memanggil Ali. Salman memimpin Ali dan membawanya kepada nabi. Dia memberi salam kepada nabi, dan setelah membalas salamnya, nabi bertanya, ‘Bagaimana dirimu, Wahai Abul-Hasan? Dia menjawab: ‘Adalah baik semuanya dengan rahmat Allah. Saya sedang dihinggapi sakit kepala dan sakit teramat sangat pada mata sehingga saya tidak dapat melihat apa-apa.’ Nabi suruh dia menghampiri. Apabila Ali datang hampir, nabi menyapukan air liur dari mulutnya kepada mata Ali dan berdoa untuknya. Sekejap sahaja matanya boleh melihat dan penyakitnya sembuh. Dia menyerahkan bendera kemenangan kepada Ali. Ali terus menuju kekubu Khaibar, menentang tentera Yahudi, membunuh tenteranya yang gagah seperti Harhab, Harith, Hisham dan Alqama, dan akhirnya menawan kubu kebal Khaibar. Ibn Sabbagh Maliki di dalam bukunya Fusulul-Muhimma, ms 21, telah menyebut laporan ini dari enam buku hadith, sedangkan Muhammad bin Yusuf Ghanji Shafii di dalam kifayatut-Talib, Bab 14, selepas menyebutkan hadith berkata bahawa ketua penyair nabi, Hasan bin Thabit, hadir pada peristiwa itu. Dia mengubah syair pada memuji Ali: ‘Ali sedang menderita sakit mata. Disebabkan tiada tabib, nabi sembuhkannya dengan air ludahnya. Maka keduanya yang sembuh dan menyembuhkan dirahmati. Nabi suci berkata: ‘Hari ini saya serahkan bendera kepada penunggang kuda yang cekap, berani dan perkasa, sahabatku dalam peperangan. Dia mencintai Allah dan Allah mencintainya, maka melalui dia, Dia akan menjadikan kita menawan kubu.’ Selepas ini, meninggalkan semuanya ketepi, dia memilih Ali dan menjadikan dia pengganti.’ Ibn Sabbagh Maliki menyebutkan dari sahih Muslim bahawa Umar bin Khattab berkata: ‘Saya tidak pernah berhajat untuk membawa panji-panji, tetapi hari itu saya berhajat sangat untuknya. Saya berulang kali mempamerkan diri saya dihadapan rasul, berharap semoga baginda memanggil saya, dan bahawa saya akan dirahmati dengan penghormatan ini. Tetapi Ali yang dipanggil oleh nabi dan keistimewaan itu pergi kepadanya.’ Sibt Ibn Jauzi telah merakamkan laporan ini dalam Tadhkira nya, ms 15, dan Imam Abdur-Rahman Ahmad bin Nisai di dalam Khasaisul-Alawi, selepas menyampaikan dua belas hadith pada tajuk Ali membawa panji-panji di Khaibar, menyebutkan laporan yang sama pada hadith ke lapan belas mengenai harapan Umar untuk mendapatkan bendera. Juga Jalalud-Din Suyuti di dalam Tarikhul-Kulafa, Ibn Hajar Makki di dakam Sawaiq, dan Ibn Shirwaini di dalam Firdausul-Akhbar, menyampaikan bahawa Umar bin Khattab berkata: ‘Ali telah dianugerahkan dengan tiga perkara; dan jika saya miliki hanya satu darinya, saya lebih menghargainya dari semua unta yang ada pada ku: Perkahwinan Ali kepada Fatimah, boleh berada di dalam masjid dalam apa juga keadaan, dan ini tidak dibolehkan kepada sesiapa melainkan Ali, dan dia pembawa bendera pada penaklukkan Khaibar.’ Hujah saya, berdasarkan dari rekod ahli hadith kamu, membuktikan bahawa rujukan dalam ayat ini – Dia [Allah] mencintai mereka dan mereka mencintai Dia’ – adalah untuk Ali. Muhammad bin Yusuf Ghanji Shafii di dalam Kifayatul-Talib Bab 13, menyatakan bahawa nabi berkata: ‘Jika sesiapa berhasrat untuk melihat kepada Adam, Nuh, dan Ibrahim, lihatlah kepada Ali.’ Dia berkata bahawa: ‘Ali adalah orangnya yang Allah maksudkan di dalam al-Quran, ‘Dan dia yang bersama dengannya, keras terhadap yang kafir, berkasih sayang diantara mereka.’ [48:29] Sebagai yang kamu katakan bahawa rangkap di dalam ayat ‘berkasih sayang diantara mereka’ merujuk kepada Uthman, dan menunjukkan tempatnya sebagai Khalifah ketiga tidak disokong oleh bukti sejarah. Yang sebenar, kerekternya adalah yang berlawanan. Terdapat banyak hujah untuk membuktikan ini, tetapi saya akan berhenti disini. Apa yang dikatakan mungkin akan menggerakkan kebencian. Hafiz: Jika kamu hadkan diri kamu pada rujukkan yang sahih, tidak ada sebab mengapa kami harus marah. Shirazi: Saya akan menyebutkan sebahagian darinya. Untuk membaca sambungan buku ini atau bagian2 terdulu sila klik link di bawah: malam 1 malam 2 malam 3 malam 4 malam 5 (a) malam 5(b) malam 6 malam 7(a) malam 7(b) malam 8 malam 8 (b) malam 8 (c) dan (d) malam 8 (e) malam 9(a) malam 9 (b) dan (c) malam 9 (d) malam 10 |
No comments:
Post a Comment