HADITH ALI BERSAMA KEBENARAN DAN KEBENARAN BERSAMA ALI.
Muhammad Bin Yusuf Ganji di dalam Bab 44 dari bukunya Kifayatu’t-Talib menyampaikan hadith yang sama dengan tambahan pada perkataan ini: ‘Dan dia adalah pemerintah kepada yang beriman dan dia adalah pintu bagi yang beriman untuk melaluinya; dan dia adalah Khalifah selepas saya.’ Ghanji Shafii berkata bahawa Muhaddith-e-Sham [ahli hadith dari Syria] mempunyai 300 hadith di dalam memuji Ali. Ianya juga telah dirakamkan oleh Muhammad Bin Talha Shafi’i di dalam Matalibu’s-Su’ul, Khatib Khawarizmi di dalam Manaqib, Sam’ani di dalam Faza’ilu’s-Sahaba, Ibn Sabbagh Maliki di dalam Fusulu’l-Muhimma, Khatib Baghdadi di dalam Ta’rikh-e-Baghdad, jilid XIV, ms 21, Hafiz Mardawaih di dalam Manaqib, Dailami di dalam Firdaus, Ibn Qutayba di dalam Imamate wa’s-Siyasa, jilid I, ms 111, Ganji Shafi’i di dalam Kifayatu’t-Talib, Imam Ahmad di dalam Musnad dan banyak lagi ahli dari ulama kamu telah menyampaikan bahawa nabi berkata: ‘Ali bersama dengan kebenaran dan kebenaran bersama dengan Ali, walau kemana dia berpaling.’ Di dalam buku yang sama, terdapat satu lagi hadith yang disampaikan oleh Sheikh Sulayman Qandusi Hanafi, di dalam Bab 20 dari Yanabiul-Mawadda, dari Hamwaini bahawa nabi berkata: ‘Ali adalah bersama kebenaran dan kebenaran bersama Ali.’
Hafiz Abi Nu’aim Ahmad Ibn Abdullah Ispahani di dalam bukunya Hilyatu’l-Auliya, jilid I, ms 63, menyampaikan bahawa nabi berkata: ‘Wahai kumpulan Ansar! Haruskan saya menunjukkan kamu kepada sesaorang yang jika kamu patuh kepadanya, kamu tidak akan sesat? Kesemua mereka berkata: ‘Ya, Wahai nabi Allah,’ Nabi berkata: ‘Orang itu adalah Ali. Cintailah dia sebagaimana kamu mencintai saya; dan hormatilah dia sebagaimana kamu menghormati saya; apa yang saya telah katakan kepada kamu adalah perintah Allah yang disampaikan oleh Jibril.’
Objektif umum hadith ini untuk menunjukkan nabi merujuk mengenai penggantinya. Nabi mengarahkan ummahnya untuk berpaling kepada Ali selepas baginda. Dari keterangan hadith yang sedemikian, beritahulah kepada kami, apakah pengertian penentangan Abu Bakr kepada Ali bagi kamu; tentunya amat sedih dan memeranjatkan bahawa segalanya amat pantas telah dibuat di saqifa. Setiap mereka yang waras yang tahu apa yang telah terjadi pada hari itu merasa sangat keciwa. Jika tidak terdapat komplot, mengapa mereka tidak menunggu [sekurangnya hanya beberapa jam] supaya Ali Ibn Abi Talib, Bani Hashim dan Ibn Abbas dapat menerangkan pandangan mereka pada kedudukan Khalifah?
Hafiz: Tidak ada konpirasi. Kerana mereka takutkan kekacauan, mereka bertindak cepat di dalam membuat keputusan untuk keselamatan islam.
Shirazi: Adakah kamu bermaksud bahawa Abu Ubaida Jarra, bekas pengali kubur di Makah, dan lainnya lebih mengambil berat tentang keselamatan islam dari Abbas, bapa saudara nabi dan Ali Ibn Abi Talib? Adakah kamu bermaksud bahawa jika mereka menunggu sekejap, atau Abu Bakr dan Umar, membuat orang-orang itu sibuk, telah menghantar Abu Ubaida untuk memberitahu Abbas dan Ali tentang siriusnya keadaan, islam akan hancur? Berlaku adillah. Jika mereka telah membawa orang-orang yang berkenaan dan tertentu di saqifa, kedudukan mereka akan lebih terselamat. Tidak akan terdapat banyaknya perbezaan di dalam islam sebagaimana ianya dihari ini. Selepas 1335 tahun, kita saudara islam tidak akan menentang sesama sendiri sebagaimana kita pada malam ini tetapi kita bersatu di dalam menentang musuh kita yang sama. Terlalu banyak kecacatan yang besar di dalam islam telah diasaskan pada hari tersebut. Itu disebabkan tindakkan pantas mereka bertiga bagi menjayakan perencanaan rahsia mereka.
Nawab: Tuan yang dihormati, sila beritahu kami mengapa mereka terburu-buru melakukannya. Mengapa mereka tidak memberitahu orang yang berada di dalam masjid atau di dalam rumah nabi?
Nawab: Tuan yang dihormati, sila beritahu kami mengapa mereka terburu-buru melakukannya. Mengapa mereka tidak memberitahu orang yang berada di dalam masjid atau di dalam rumah nabi?
Shirazi: Alasannya tidak jauh untuk dicari. Mereka bergegas meneruskan segala yang perlu kerana mereka tahu jika menunggu sehingga ramai muslim yang datang, atau sekurang-kurangnya mereka yang ternama dari tentera Usama bin Zaid, para sahabat nabi yang terkenal di Madina, atau Bani Hashim bahawa nama Ali diantara yang lain akan dicalunkan. Jika nama Ali dan Abbas telah dicadangkan, kemungkinan polotik untuk Abu Bakr dan Umar makin bertambah merosot. Maka mereka terpaksa mempercepatkan perancangan, sedang Bani Hashim dan para sahabat nabi yang terkemuka sibuk menguruskan jenazah nabi, mereka berjaya melantik Abu Bakr sebagai Khalifah berasaskan pengundian dari dua orang! Mereka telah berjaya memainkan peranan mereka, dan dimalam ini kamu orang-orang yang mulia telah memberikan nama ‘ijma’. Walaupun ulama kamu yang terkemuka seperti Tabari, Ibn Abil-Hadid dan lainnya telah menulis bahawa Umar berkata: ‘Khalifah Abu Bakr telah diadakan dengan cara mengejut. Semoga Allah menolong kita!!!’
Pada tuntutan kamu yang lain, yang mana kamu katakan dengan pegesahan Khalifah Umar, bahawa nabi dan pemerintah tidak boleh disatukan dalam satu keluarga, juga ditolak, menurut al-Quran: ‘Atau adakah mereka dengki pada orang, yang mana Allah telah berikan rahmatNya. Sesungguhnya Kami telah berikan anak-anak Ibrahim kitab dan kebijaksanaan, dan Kami berikan mereka kerajaan yang sempurna.’ [4:54]
Hadith ini yang dikatakan dari Khalifah Umar, adalah palsu. Nabi tidak pernah mengatakan perkataan yang bertentangan kepada arahan al-Quran. Lebih lagi, Khalifah tidak boleh dipisahkan dari kenabian kerana Khalifah yang sebenar menguatkuasakan undang-undang tuhan didunia ini. Untuk mengaggap Khalifah hanyalah kedudukan politik dipisahkan dari kenabian adalah kesalahan terbesar yang dilakukan oleh Abu Bakr dan Umar. Jika saudara Musa, Harun boleh diketepikan dari Khalifah Musa, Ali boleh juga dinafikan Khalifah nabi. Dan oleh kerana nabi dan Khalifah, menurut al-Quran telah disatukan pada Musa dan Harun, tidak dapat dinafikan bahawa ianya disatukan juga pada Muhammad dan Ali. Hadith kamu telah dipalsukan oleh Umayya. Jika kenabian dan Khalifah tidak boleh disatukan di dalam satu keluarga, jadi mengapa Majlis-e-shura [persatuan perundingan]; ada tidak Khalifah Umar menamakan Ali sebagai Khalifah? Lagi pun kamu semua menerimanya sebagai Khalifah keempat!!! Ini adalah satu pertentangan yang menarik, bahawa berdasarkah hadith Umar, kamu menolak penyatuan kanabian dengan Khalifah, tetapi apabila Umar sendiri membolehkan keadaan ini beberapa tahun kemudian, kamu menyokongnya! Bolehkah kamu menentang dan menyokong usul yang sama? Kamu katakan kenabian dan kepimpinan tidak boleh disatukan dalam satu keluarga, walaupun nabi menjadikannya wajib pada ummahnya untuk mengikuti keturunannya. Dia berkata bahawa untuk bermusuhan dengan mereka adalah sesat. Dia mengatakan dibeberapa kejadian: ‘‘Saya tinggalkan bersama kamu dua perkara penting: Kitab Allah dan ahli bayt ku. Jika kamu berpegang teguh kepada keduanya, kamu tidak akan sesat selepas aku.’ Hadith yang sahih ini telah diakui oleh kedua golongan. Saya telah nyatakan pada malam dahulu dengan puncanya.
HADITH BAHTERA – HADITH SAQIFAH.
Semasa banjir besar sesiapa berselindung di dalam bahtera Nuh terselamat. Sesiapa yang berpaling darinya akan karam, termasuk anak Nuh. Nabi juga memperumpamakan keturunannya dengan bahtera Nuh, bererti bahawa manusia dari ummahnya di dalam masa percubaan terhadap mereka hendaklah bersama dengan keturunannya. Maka menurut dari kenyataan yang jelas ini, ummah, di dalam segala perbezaan mereka, harus mencari kemanfaatan dari ahli bayt nabi. Ali Ibn Abi Talib, menurut nabi, adalah yang paling terpelajar dan paling mulia diantara mereka. Mengapa mereka tidak memberitahu dia, supaya mereka dapat berunding dengannya? Tetapi tidak. Ahli politik merebut kuasa dan menafikan Ali akan haknya yang mutlak.
Sheikh: Atas dasar apa yang kamu katakan bahawa mereka harus mengikut Ali dan bahawa pendapat dan ijma dari sahabat harus diabaikan?
Sheikh: Atas dasar apa yang kamu katakan bahawa mereka harus mengikut Ali dan bahawa pendapat dan ijma dari sahabat harus diabaikan?
Shirazi: Saya tidak pernah mengatakan pendapat sahabat dan ijma mereka tidak perlu dihormati. Satu perbezaan diantara kamu dengan saya adalah bahawa sebaik sahaja kamu dengar nama sahabat, walaupun dianya munafik [hipokrit], seperti Abu Huraira, yang mana Khalifah Umar pukul dan memanggilnya pendusta, kamu tunduk kepadanya dengan penuh hormat. Saya menghormati pada sahabat yang patuh dengan syarat-syarat persahabatan dengan nabi. Lebih lagi, Saya telah menunjukkan bahawa tidak terdapat ijma di saqifa. Jika kamu boleh mematahkan hujah saya, inilah masanya untuk melakukan. Saya akan tunduk pada persetujuan ramai di dalam perhimpunan ini. Jika kamu boleh menunjukkan dari buku-buku kamu bahawa di saqifa, kesemua ummah, atau para-para intelek dari ummah telah berkumpul dan bersetuju bahawa Abu Bakr harus menjadi Khalifah, kami sedia menerimanya. Dan jika, dengan pengecualian dua orang itu [Umar dan Abu Ubaida] dan beberapa orang dari kaum Aus, tidak ada orang lain memberikan bai’ah, kamu hendaklah mengakui bahawa kami Syiah adalah benar pada petunjuk. Kami tinggalkan kepada mereka yang telah tahu kini untuk membuat keputusan sama ada tiga orang sahabat dibolehkan pada memegang teraju bagi seluruh ummah. Dua memberikan bai’ah kepada yang ketiga, dan kemudian mereka mengancam yang lainnya dengan pedang, api, dan penghinaan, serta memaksa manusia pada menerima kehendak mereka.
HARUSKAN IJMA DITERIMA KERANA MENGIKUT PADA YANG TERDAHULU?
Sheikh: Kita tidak tahu sama ada terdapat kecuaian pada pihak mereka, kerana kita tidak ada disana pada hari itu. Pada masa yang sejauh ini kita tidak dapat merasakan tekanan yang mereka alami. Pada hari ini, dengan situasi dan fakta yang jelas, sudah tidak menjadi isu [tidak penting lagi] sama ada ijma telah dipenuhi atau berperingkat-peringkat. Kita tidak perlu bantah. Kita seharusnya tunduk dan menghormati mereka serta mencontohi cara yang mereka telah tunjukkan.
Shirazi: Hujah yang sungguh menarik! Adakah kamu mahu kami fikirkan bahawa islam ini tidak mempunyai asas? Jika dua atau tiga orang merangka sesuatu pelan dan mendapat sokongan yang lain, dan ini dengan sendirinya telah menjadi tugas semua muslim pada mengikuti mereka? Adakah itu pengertian pada agama nabi Muhammad? AL-Quran berkata: ‘Maka sampaikanlah berita baik kepada hambaKu, mereka yang mendengar kepada perkataan dan mengikuti yang terbaik padanya.’ [39:17-18]
Islam diasaskan pada fakta dan penjelasan, bukan ikutan secara buta, pastinya tidak mengikuti Abu Ubaida, penggali kubur. Nabi telah menunjukkan kepada kita jalannya. Dia berkata bahawa apabila ummah ini telah terbahagi, kita hendaklah mengikuti orang yang mendapat pertunjuk. Kamu bertanya mengapa wajib untuk kita mengikut Ali. Kami menjawab bahawa wajibnya telah diasaskan diatas ayat al-Quran dan hadith yang dirakamkan di dalam buku-buku kamu.
HADITH NABI MENYURUH YANG BERIMAN PADA MENGIKUTI ALI.
Terdapat banyak hadith yang menyuruh ummah pada mengikuti Ali. Satu darinya disampaikan oleh Ammar-e-Yasir, yang mana ulama kamu telam merakamkan di dalam buku-buku mereka: Hafiz Abi Nu’aim Ispahani di dalam Hilya; Muhammad Bin Talha Shafi’i di dalam Matalibu’s-Su’ul; Baladhuri di dalam Ta’rikh; Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, Bab 43, dari Hamwaini; Mir Seyyed Ali Hamadani Shafi’i di dalam Mawaddatu’l-Qurba, Mawadda V; Dailami di dalam Firdaus. Mereka menyampaikan dengan panjang, Secara khusus tidak dapatlah disebutkan disini dengan sepenuhnya. Ianya boleh dinyata secara ringkas bahawa apabila manusia bertanya Abu Ayyub mengapa dia telah pergi kepada Ali dan tidak memberikan bai’ah kepada Abu Bakr, dia menjawab bahawa satu hari dia sedang duduk dengan nabi apabila Ammar-e-Yasir masuk kedalam dan bertanya kepada nabi satu soalan. Di dalam masa perbualan ini, nabi berkata: ‘wahai Ammar! Jika semua manusia pergi kesatu arah dan Ali seorang sahaja diarah yang lain, kamu hendaklah mengikut Ali. Wahai Ammar! Ali tidak akan membenarkan kamu menyimpang dari jalan petunjuk dan tidak akan memimpin kamu kepada kemusnahan; Wahai Ammar! Patuh kepada Ali adalah patuh kepada saya, dan patuh kepada saya adalah patuh kepada Allah.’
Dengan keterangan dari petunjuk ini, dan dari penentangan Ali kepada Abu Bakr, tidak patut manusia mengikut Ali? Bahkan jika Bani Hashim, Bani Umayya, para sahabat terkenal, para intelek ummah, Muhajir dan Ansar tidak bersama dengannya [mereka semua bersama dengannya], manusia seharusnya mengikuti dia.
Hafiz: Semasa perbincangan kita, kamu telah mengata dua perkara yang aneh. Pertama kamu kerap mengulangi memanggil Abu Ubaida penggali kubur. Boleh kah kamu buktikan itu adalah perkerjaannya? Kedua kamu katakan Ali, Bani Hashim dan para sahabat tidak memberikan bai’ah kepada Abu Bakr, mereka menentangnya. Tetapi semua ahli sejarah dan ahli hadith telah menulis bahawa Ali, Bani Hashim dan para sahabat nabi ada memberikan bai’ah kepada Abu Bakr.
Shirazi: Bukan saya sahaja yang mengatakan Abu Ubaida seorang penggali kubur. Ianya di dalam buku kamu. Kamu boleh merujuk kepada Al-Bidayya wa’n-Nihaya, jilid V, ms 266-267 disusun oleh Ibn Kathir Shami, yang mengatakan bahawa Abu Ubaida biasa menggali kubur di Makah, Ibn Abbas menghantar seorang mencari Abu Talha, penggali kubur di Madina, dan seorang lagi Abu Ubaida, supaya mereka berdua boleh menggali kubur nabi.
BAI’AH PAKSAAN OLEH ALI DAN BANI HASHIM SELEPAS ENAM BULAN.
Kamu kata bahawa Ali, Bani Hashim dan sahabat nabi memberikan bai’ah kepada Abu Bakr. Kamu telah membaca perkataan ‘paid allegiance’ [membayar bai’ah], tetapi kamu tidak faham kepada siapa dan bagaimana mereka membayar bai’ah. Semua ahli hadith kamu dan juga ahli sejarah telah menulis bahawa Ali dan Bani Hashim manbayar bai’ah secara zahir, tetapi itu pun telah dilakukan selepas enam bulan dan dibawah tekanan yang hebat.
Hafiz: Adalah tidak wajar orang terhormat seperti kamu untuk menggunakan perkataan yang digunakan oleh orang Syiah umum: bahawa Ali diseret keluar dari rumahnya dan diancam dengan kematian jika dia tidak memberikan bai’ahnya. Yang sebenarnya bahawa di dalam beberapa hari yang pertama Khalifah, dia dengan rela dan gembira menerima Khalifahnya Abu Bakr.
Shirazi: Ali dan Bani Hashim tidak memberikan bai’ah pada ketika itu. Ahli sejarah kamu telah menulis bahawa Ali menawarkan bai’ah selepas pemergian Hazrat Fatimah. Bukhari di dalam Sahih, jilid III, Bab pada Ghazawa Khaibar, ms 37, dan Muslim Bin Hujjaj, di dalam Sahih, jilid V, ms 154, melaporkan bahawa Ali menawarkan bai’ahnya selepas pemergian [meninggal] Fatimah. Sebahagian dari ulama kamu percaya bahawa Fatimah meninggal dunia 75 hari selepas wafatnya nabi. Ibn Qutayba juga mempunyai pandangan yang sama, tetapi kebanyakkan ahli sejarah mengatakan beliau meninggal selepas enam bulan wafatnya nabi. Dari itu maka bai’ah Ali datang selepas 3 hingga ke 6 bulan selepas wafatnya nabi. Mas’udi di dalam Murujus-sahab, jilid I, ms 44, berkata ‘Tidak ada dari Bani Hashim memberikan bai’ah kepada Abu Bakr sehingga meninggalnya Bibi Fatimah. Ibrahim bin Sa’d Saqafi menyatakan dari Zuhri bahawa Ali tidak memberikan bai’ah sehingga enam bulan selepas wafatnya nabi, dan manusia tidak mempunyai keberanian untuk memaksanya melainkan setelah meninggalnya Bibi Fatimah. Ibn Abil-Hadid di dalam Sharh Nahjul Balagha menyampaikan fakta yang sama. Walau bagaimana pun, ulama kamu yang menekankan bahawa bai’ah Ali tidak serta merta tetapi datang setelah beberapa lama telah berlalu dan kemudian keadaan memaksanya untuk melakukan yang sedemikian. Ibn Abi’l-Hadid, di dalam Sharhe Nahju’l-Balagha, jilid II, ms 18, menyampaikan dari Zuhri, dari A’yesha, yang berkata: ‘Ali tidak memberikan bai’ah kepada Abu Bakr untuk enam bulan, dan tidak ada orang dari Bani Hashim yang memberikan bai’ah sehingga Ali melakukannya.’ Ahmad Bin A’sam-e-Kufi Shafi’i di alam Futuh, dan Abu Nasr Hamidi, di dalam Jam’a Bainu’s-Sahihain mengatakan dari Nafiy, menyebutkan dari Zuhri, yang berkata: ‘Ali tidak memberi sumpah ketaatan sehingga enam bulan selepas wafatnya nabi.’
ALI DISERET DARI RUMAHNYA DAN RUMAHNYA DIBAKAR.
Hafiz: Dimana ada ulama kami yang mengatakan bahawa Ali telah diseret keluar dari rumahnya dan rumahnya dibakar, sebagaimana yang dipercayai secara umum oleh Syiah? Mereka menyampaikan dengan penuh emosi di dalam perhimpunan agama mereka. Mereka juga membangkitkan emosi manusia dengan mengatakan bahawa Fatimah telah didera dan disebabkan itu telah keguguran.
Shirazi: Hadirin yang dihormati: Kamu bencikan Syiah, percubaan telah dibuat untuk menutup perbuatan kesalahan orang yang terdahulu. Kamu katakan hadith itu telah diada-adakan oleh Syiah. Yang sebenarnya adalah bahawa atas arahan Abu Bakr, Umar dan lainnya pergi kerumah Ali, mengancamnya dengan pedang, menyeretnya hingga kemasjid dan memaksa dia memberikan bai’ah kepada Abu Bakr. Fakta ini telah dirakamkan oleh ulama kamu. Jika kamu kehendakki saya akan nyatakan kepada kamu. Kami tidak katakan sesuatau diatas rujukan dan pengesahan kami. Kami hanya katakan, apa yang kamu katakan.
Hafiz: Ya; sila. Kami sedia mendengar.
DUA BELAS HUJAH DI DALAM MENYOKONG FAKTA BAHAWA ALI TELAH DIBAWA KEMASJID DENGAN MATA PEDANG.
Shirazi: 1] Abu Ja’far Baladhuri Ahmad Bin Yahya Bin Jabir Baghdadi, seorang ahli hadith dan sejarah kamu yang boleh dipercayai, menulis di dalam buku sejarahnya bahawa Abu Bakr memanggil Ali untuk memberikan bai’ah, Ali menolak. Abu Bakr menghantar Umar, yang pergi dengan andang apai untuk membakar rumah Ali. Fatimah pergi kepintu dan berkata: ‘Wahai anak Khattab! Adakah engkau datang hendak membakar rumah aku?’ Dia berkata : ‘Ya! Ini lebih berkesan dari apa-apa yang bapa kamu lakukan.’
2] Izzu’d-Din Ibn Abi’l-Hadid Mu’tazali, dan Muhammad Bin Jarir Tabari, menyampaikan bahawa Umar pergi kepintu rumah Ali dengan Usayd bin Khuzai, Salama bin Aslam dan sekumpulan lelaki. Umar memanggil: ‘Keluar! Jika tidak aku bakar rumah ini!’
3] Ibn Khaziba melaporkan di dalam Kitab-e-Gharrar dari Zaid bin Aslam, yang berkata: ‘Saya adalah salah seorang dari mereka yang pergi bersama Umar dengan andang api kepintu rumah Fatimah. Apabila Ali dan orang-orangnya enggan memberikan bai’ah, Umar berkata kepada Fatimah, ‘Biarkan sesiapa yang ada di dalam keluar. Jika tidak rumah ini akan dibakar dengan sesiapa yang ada di dalamnya.’ Ali, Hasan, Husain, Fatimah dan sekumpulan para sahabat nabi dan Bani Hashim ada di dalam. Fatimah berkata: ‘Adakah kamu akan membakar rumahku bersama aku dan anak-anakku? Dia berkata: ‘Ya, demi Allah, jika mereka tidak keluar dan memberikan bai’ah kepada Khalifah nabi.’
4] Ibn Abd Rabbih, seorang ulema kamu yang terkenal, menulis di dalam Iqdu’l-Farid, bahagian III, ms 63, bahawa Ali dan Abbas sedang duduk dirumah Fatimah. Abu Bakr memberitahu Umar: ‘Pergi dan bawakan orang-orang ini. Jika mereka enggan. Perangi mereka.’ Maka Umar datang kerumah Fatimah dengan andang api. Fatimah pergi kepintu rumahnya dan berkata: ‘Adakah kamu datang hendak membakar rumahku? Dia berkata: ‘Ya.’
5] Ibn Abi’l-Hadid Mu’tazali di dalam Shahre Nahju’l-Balagha, jilid I, ms 134, menyebutnya dari Jauhari’s Kitab-e-Saqifa, yang telah menulis dengan mendalam mengenai kejadian di saqifa Bani Saad. ‘Bani Hashim dan Ali berkumpul dirumah Ali. Zubair juga bersama dengan mereka oleh kerana dia menganggap dirinya seorang dari Bani Hashim. Ali pernah berkata: ‘Zubair selalu bersama kami, sehinggalah anaknya dewasa. Mereka telah memalingkan dia dari kami.’ Umar pergi kerumah Fatimah dengan sekumpulan lelaki. Usayd dan Salma juga bersama dengannya. Umar menyuruh mereka keluar dan memberikan bai’ah. Mereka menolak. Zubair mencabut pedangnya dan keluar. Umar berkata: ‘Tangkap anjing itu.’ Salma bin Aslam merampas pedangnya dan membalingkan kedinding. Kemudian mereka menyeret Ali kepada Abu Bakr. Bani Hashim yang lain mengikut mereka dan menunggu untuk melihat apa Ali akan lakukan. Ali mengatakan bahawa dia adalah hamba Allah dan adik kepada nabi. Tiada siapa yang mendengarkannya. Dia dibawa kepada Abu Bakr, yang menyuruh beliau memberikan bai’ah kepadanya. Ali berkata: ‘Saya yang lebih berhak pada kedudukan ini, dan saya tidak akan memberikan bai’ah kepada kamu. Sebaliknya telah dijadi tanggong jawab keatas kamu untuk memberikan bai’ah kepada saya. Kamu mengambil hak ini dari Ansar berdasarkan perhubungan kamu dengan nabi. Saya juga atas dasar yang sama memprotes terhadap engkau. Maka berlaku adillah. Jika engkau takut kepada Allah, terimalah hak aku, sebagaimana Ansar telah lakukan kepada engkau. Jika tidak ketahuilah bahawa engkau dengan sengaja telah menzalimi aku.’ Umar berkata: ‘Kami tidak akan meninggalkan kamu sehingga kamu memberikan bai’ah.’
Ali berkata: ‘Kamu telah bersubahat bersamanya. Hari ini engkau [umar] menyokong dia [Abu Bakr], supaya esok dia akan pulangkan Khalifah ini kepada engkau. Saya bersumpah dengan Allah bahawa saya tidak akan turutkan permintaan kamu dan tidak akan memberikan bai’ah [kepada Abu Bakr]. Dia yang seharusnya memberikan bai’ah kepada saya.’ Kemudian dia menolehkan mukanya kepada manusia: ‘Wahai Muhajir, takutlah kepada Allah. Janganlah mencabut hak penguasaan dari keluarga Muhammad. Hak itu telah diberkan oleh Allah. Janganlah menolak orang yang punya hak dari tempatnya. Demi Allah, kami ahli bayt mempunyai lebih kuasa di dalam perkara ini dari yang kamu ada. Adakah sesiapa diantara kamu yang punya pengetahuan kitab Allah, sunnah nabiNya, dan juga perundangan agama kita. Saya bersumpah dengan Allah bahawa kami memilikki semua ini. Maka janganlah mengikuti diri kamu kerana kamu akan menyimpang dari kebenaran.’ Ali pulang kerumah dengan tidak memberikan bai’ah dan terus menyepikan dirinya dirumah sehingga pemergian Fatimah. Kemudiannya, dia terpaksa memberikan bai’ah.
6] Abu Muhammad Abdullah Bin Muslim Bin Qutayba Bin Umar Al-Bahili Dinawari, adalah seorang dari ulama kamu dan juga Kadi bagi kota Dinawar, menulis di dalam bukunya yang terkenal Ta’rikhu’l-Khulafate Raghibin wa Daulate Bani Umayya, yang dikenali dengan nama Al-Imama wa’s-Siyasa, jilid I, ms 13: ‘Apabila Abu Bakr mengetahui sekumpulan yang memusuhinya telah berkumpul dirumah Ali, dia menghantar Umar kepada mereka. Apabila Umar memanggil kepada Ali supaya keluar dan memberikan bai’ah kepada Abu Bakr, mereka semua tidak mahu keluar. Umar mengumpulkan kayu dan berkata: ‘Saya bersumpah dengan Allah, yang mempunyai nyawaku di dalam kawalanNya, sama ada kamu keluar atau aku akan bakar rumah ini dengan segala isi di dalamnya.’ Orang ramai berkata: ‘O Abu Hafsa! Fatimah juga ada di dalam rumah itu.’ Dia berkata: ‘Biarkan dia disitu. Saya akan membakar rumah itu.’ Maka kesemuanya keluar dan memberikan bai’ah, melainkan Ali, yang berkata: ‘Saya telah bersumpah bahawa sehingga saya siap menyusun al-Quran, saya tidak akan keluar dari rumah dan tidak juga memakai pakaian lengkap.’ Umar tidak menerima alasan ini, tetapi penerangan yang rayuan dari Fatimah dan desakkan dari yang lainnya, telah memaksa dia kembali kepada Abu Bakr. Umar mendesak dia untuk memaksa Ali memberikan bai’ahnya. Abu Bakr menghantar Qanfaz beberapa kali untuk memanggil Ali, tetapi dia selalu keciwa. Akhirnya Umar dengan sekumpulan manusia pergi kepintu rumah Fatimah. Apabila Fatimah mendengar suara mereka, dia berkata: ‘Wahai bapaku, nabi Allah, apakah jenis siksaan yang kami alami dari anak Khattab dan anak Quhafa!’
Apabila manusia mendengar rayuan Fatimah, sebahagian dari mereka pulang dengan hati yang sedih, tetapi Umar tinggal disitu dengan beberapa orang, sehingga akhirnya mereka mengheret Ali keluar dari rumahnya. Mereka membawa Ali kepada Abu Bakr, dan menyuruh dia memberikan bai’ah kepadanya. Ali berkata: ‘Jika saya tidak memberikan ba’ah, apa yang akan kamu lakukan?’ Mereka berkata: ‘Kami bersumpah dengan Allah bahawa kami akan patahkan tengkok engkau.’ Ali berkata: ‘Adakah kamu akan membunuh hamba Allah, dan adik kepada nabi?’ Umar bekata: ‘Kamu bukan adik kepada nabi Allah.’ Sedang ini semua berlaku, Abu Bakr mendiamkan diri. Umar kemudian bertanya kepada Abu Bakr, sama ada dia tidak melaksanakan arahan Abu Bakr dalam perkara ini. Abu Bakr berkata selagi Fatimah masih hidup dia tidak akan memaksa Ali untuk memberikan bai’ah kepadanya. Ali kemudian pergi kepusara nabi, dengan sedih dan menangis, dia memberitahu nabi apa yang Harun telah beritahukan abangnya Musa, sebagaimana yang dirakamkan di dalam al-Quran: ‘Anak kepada ibu saya! Sesungguhnya manusia menganggap saya ini lemah dan hampir sahaja membunuh saya.’ [7:150]
FATIMAH MEMBERITAHU ABU BAKR DAN UMAR BAHAWA DIA MENGUTUK MEREKA BERDUA DISETIAP DOA.
Setelah menyebutkan segala kejadian itu dengan khusus, Abu Muhammad Abdullah Bin Qutayba berkata bahawa Ali tidak memberikan bai’ahnya dan pulang kerumah. Kemudian Abu Bakr dan Umar pergi kerumah Fatimah untuk memujuknya dan meminta keampunan darinya. Dia berkata: ‘Allah menjadi saksi saya bahawa kamu berdua telah bersalah kepada saya. Di dalam setiap doa, saya mengutuk kamu dan akan terus mengutuk kamu sehingga saya bertemu dengan bapa saya dan mengadukan mengenai kamu.’
7] Ahmad Bin Abdu’l-Aziz adalah seorang dari ulama kamu. Ibn Abi’l-Hadid menulis mengenainya dengan perkataan yang berikut: ‘Dia adalah seorang ilmuan, seorang ahli hadith dan juga sasterawan.’ Dia menulis di dalam Kitab-e-saqifa dan Ibn Abil-Hadid Mutazali juga menyebut darinya di dalam Sharhe Nahju’l-Balagha, jilid I, ms 9, pada pengesahan Abil-Aswad, yang berkata: ‘Sekumpulan para sahabat dan Muhajirin menyatakan tidak puas hati mereka pada kedudukan Khalifah Abu Bakr dan bertanya mengapa mereka tidak diajak berunding. Ali dan Zubair juga menunjukkan marah mereka, enggan memberikan bai’ah, dan kembali kerumah Fatimah. Fatimah menangis dan dengan serius telah merayu, tetapi tidak memberi kesan. Mereka mengambil pedang Ali dan Zubair dan membalingnya kedinding, sehingga merosakkannya. Mereka kemudian diheret kemasjid dan dipaksa memberikan bai’ah.’
7] Ahmad Bin Abdu’l-Aziz adalah seorang dari ulama kamu. Ibn Abi’l-Hadid menulis mengenainya dengan perkataan yang berikut: ‘Dia adalah seorang ilmuan, seorang ahli hadith dan juga sasterawan.’ Dia menulis di dalam Kitab-e-saqifa dan Ibn Abil-Hadid Mutazali juga menyebut darinya di dalam Sharhe Nahju’l-Balagha, jilid I, ms 9, pada pengesahan Abil-Aswad, yang berkata: ‘Sekumpulan para sahabat dan Muhajirin menyatakan tidak puas hati mereka pada kedudukan Khalifah Abu Bakr dan bertanya mengapa mereka tidak diajak berunding. Ali dan Zubair juga menunjukkan marah mereka, enggan memberikan bai’ah, dan kembali kerumah Fatimah. Fatimah menangis dan dengan serius telah merayu, tetapi tidak memberi kesan. Mereka mengambil pedang Ali dan Zubair dan membalingnya kedinding, sehingga merosakkannya. Mereka kemudian diheret kemasjid dan dipaksa memberikan bai’ah.’
8] Jauhari menyampaikan dari Salma bin Abdur-Rahman bahawa apabila Abu Bakr mendengar bahawa Ali, Zubair dan sekumpulan Bani Hashim telah berkumpul dirumah Fatimah, dia menghantar Umar kepada mereka. Umar pergi kepintu rumah Fatimah dan memanggil dengan kuat, ‘Keluarlah, jika tidak, saya bersumpah saya akan membakar rumah ini!’
9] Jauhari, menurut dari Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharhe Nahju’l-Balagha, jilid II, ms 19, menyebut dengan pengesahan dari Shabi: ‘Apabila Abu Bakr mendengar mengenai perhimpunan Bani Hashim dirumah Ali, dia berkata kepada Umar: ‘Berdua, kamu dan Khalid pergi dan bawa Ali dan Zubair kepada ku supaya mereka boleh memberikan bai’ah kepada aku.’ Maka Umar masuk kerumah Fatimah dan Khalid menunggu diluar. Umar berkata kepada Zubair: ‘Apa dengan pedang ini?’ Dia menjawab, ‘Saya telah membawanya untuk bai’ah kepada Ali.’ Umar merampas pedang itu dan membalingnya pada batu di dalam rumah dan merosakkannya. Kemudian dia membawanya keluar kepada Khalid. Umar masuk semula kedalam rumah, dimana terdapat ramai orang, termasuk Miqdad, dan semua Bani hashim. Kepada Ali dia berkata: ‘Bangun! Saya hendak membawa kamu kepada Abu Bakr. Kamu mesti memberi bai’ah kepadanya.’ Ali enggan. Umar mengheret dia kepada Khalid. Khalida dan Umar memaksa dia disepanjang jalan yang penuh sesak dengan manusia, yang memerhatikan trajidi ini. Apabila Fatimah melihat gelagat Umar, dia bersama dengan beberapa wanita dari Bani Hashim [yang datang untuk menenteramkan dia] keluar. Mereka merayu dan menangis. Fatimah pergi kemasjid dimana dia berkata dengan Abu Bakr: ‘Berapa cepatnya kamu telah mengenepikan ahli bayt nabi Allah. Saya bersumpah dengan Allah, saya tidak akan berkata-kata dengan engkau dan Umar sehingga saya bertemu dengan Allah.’ Fatimah menunjukkan tidak setujunya yang amat sangat kepada Abu Bakr dan tidak berkata-kata dengannya disepanjang baki hidupnya.’ [Lihat sahih Bukhari, bahagian V dan VII]
10] Abu Walid Muhibu’d-Din Muhammad Bin Muhammad Bin Ash-Shahna Al-Hanafi (mati 815 H.), seorang dari ulama terkenal kamu, menulis di dalam bukunya Rauzatu’l-Manazir Fi Khabaru’l-Awa’il wa’l-Awakhir, berkaitan dengan peristiwa saqifa: ‘Umar datang kerumah Ali bersedia untuk membakarnya dengan segala isi yang ada di dalamnya. Umar berkata: ‘Masuklah kepada apa yang ummah telah masuk.’
11] Tabari di dalam Tarikh nya, jilid II, ms 443, menyatakan dari Ziyad bin Kalbi bahawa: ‘Talha, Zubair dan sebahagian dari Muhajirin ada di rumah Ali. Umar bin Khattab pergi kesana dan mendesak supaya mereka keluar. Jika mereka tidak keluar, dia kata, dia akan membakar rumah itu.’
12] Ibn Shahna, di dalam Hashiyya-e-Kamil of Ibn Athir, jilid XI, ms 112, menulis yang berkaitan dengan saqifa, bahawa: ‘Sebahagian dari para sahabat nabi danBani Hashim, Zubair, Atba bin Abi Lahab bin Sa’id bin As, Miqdad Bin Aswad Kindi, Salman Farsi, Abu Dharr Ghifari, Ammar Bin Yasir, Bara’a Bin Azib, and Ubai Bin Ka’b, enggan memberikan bai’ah kepada Abu Bakr. Mereka berkumpul dirumah Ali. Umar bin Khattab pergi kesana bermaksud untuk membakarnya. Fatimah membanyah kepadanya. Umar berkata: ‘Masuklah dimana semuanya telah masuk.’
Ini tidak lain adalah contoh dari banyak lagi fakta sejarah yang dirakamkanoleh ahli sejarah kamu. Kejadian ini telah diketahui umum sehingga penyair-penyair lain telah menyebutnya. Seorang dari penyair itu, Hafiz Ibrahim dari Mesir, berkata di dalam syairnya di dalam memuji Umar: ‘Tidak ada manusia lain tetapi Abu Hafsa [Bapa Umar] yang mempunyai keberanian pada mengatakan kepada ketua Adnan [Ali] dan rakan-rakannya dengan berkata: ‘Jika kamu gagal untuk memberi bai’ah, saya akan membakar rumah kamu dan tidak akan meninggalkan walau seorang dari isi rumah yang hidup, walaupun Fatimah.’
Hafiz: Kenyataan ini hanya menunjukkan bahawa mereka membawa andang api sekadar untuk menakutkan pihak yang menentang Khalifah. Hanya cerita yang ditambahkan dari Syiah yang mengatakan rumah Ali dibakar, dan Fatimah akhirnya mengalami keguguran.
KENYATAAN MENGENAI KEGUGURAN FATIMAH.
Shirazi: Kamu hendaklah menbaca Kitab-e-Isbatu’l-Wasiyya, yang disusun oleh Abi’l-Hasan Ali Bin Husain Mas’udi, pengarang buku Muruju’dh-Dhahab. Dia menulis dengan mendalam mengenai kejadian pada hari itu: ‘Mereka mengepong Ali dan membakar pintu rumahnya. Mereka mengheret dia keluar dari rumah dan menekan wanita yang terutama, Fatimah, diantara pintu dan dinding dengan kuatnya sehingga Muhsin, anak di dalam kandungannya mati keguguran.’
Syiah tidak mengada-adakan perkara ini. Apa yang berlaku telah disimpan di dalam lembaran buku sejarah. Keguguran ini adalah satu fakta. Kamu boleh juga merujuk kepada Sharhe Nahju’l-Balagha, jilid III, ms 351. Ibn Abi’l-Hadid menulis bahawa dia memberitahu gurunya, Abu Jafar Naqib, bahawa apabila nabi telah diberitahu bahawa Hubbar bin Aswad telah menyerang anak perempuannya Zainab dengan batang tombak, dan dengan sebab itu dia telah mengalami keguguran, nabi telah membenarkan dia dijatuhkan hukuman mati. Abu Jafar berkata: ‘Jika nabi Allah masih hidup, dia pastinya akan menjatuhkan hukuman mati kepada dia yang telah menakutkan Fatimah sehinggakan anaknya Muhsin mati di dalam keguguran.’
Hafiz: Saya tidak faham apakah ada baiknya untuk menyampaikan cerita yang sedemikian ini. Perkara yang seperti ini hanya membawa kepada perpecahan.
Shirazi: Kamu membantah kepada saya kerana menyampaikan fakta ini. Tetapi saya tidak membantah serangan dari penulis hasad yang telah menyimpangkan saudara kita yang tidak berpengetahuan, memanggil Syiah kafir dan mengatakan bahawa fakta ini adalah bikinan Syiah. Kami tidak mengatakan sesuatu mengenai Ali melebihi dari apa yang nabi telah katakan. Kami telah katakan kepada kamu semua pada malam yang lalu bahawa kami menganggap bahawa Ali adalah hamba Allah yang taat, yang dilantik Allah sebagai wazir dan juga pengganti kepada nabi. Kamu mengatakan tidak ada gunanya pada menyatakan fakta ini. Jika kamu tidak menimbulkan perkara ini, kita tidak akan membincangkannya. Jika kamu tidak mengatakan pada malam ini bahawa itu semua adalah kepercayaan Syiah dengan tidak ada apa yang tersembunyi padanya, maka saya dengan tiada keberatan akan memberitahu para pendengar bahawa ini adalah kepecayaan ulama sunni yang matang [tidak berat sebelah].
Shirazi: Kamu membantah kepada saya kerana menyampaikan fakta ini. Tetapi saya tidak membantah serangan dari penulis hasad yang telah menyimpangkan saudara kita yang tidak berpengetahuan, memanggil Syiah kafir dan mengatakan bahawa fakta ini adalah bikinan Syiah. Kami tidak mengatakan sesuatu mengenai Ali melebihi dari apa yang nabi telah katakan. Kami telah katakan kepada kamu semua pada malam yang lalu bahawa kami menganggap bahawa Ali adalah hamba Allah yang taat, yang dilantik Allah sebagai wazir dan juga pengganti kepada nabi. Kamu mengatakan tidak ada gunanya pada menyatakan fakta ini. Jika kamu tidak menimbulkan perkara ini, kita tidak akan membincangkannya. Jika kamu tidak mengatakan pada malam ini bahawa itu semua adalah kepercayaan Syiah dengan tidak ada apa yang tersembunyi padanya, maka saya dengan tiada keberatan akan memberitahu para pendengar bahawa ini adalah kepecayaan ulama sunni yang matang [tidak berat sebelah].
Nawab: Tuan yang dihormati, kami percaya bahawa Husain, yang syahid, adalah yang benar dan bahawa dia telah dibunuh secara kejam oleh pegawai Bani Umayya. Tetapi terdapat sebilangan manusia, terutama dari generasi yang muda, yang mengatakan bahawa peperangan Karbala adalah khusus ketenteraan, dan bukan peristiwa keagamaan. Telah dikatakan bahawa Husain bin Ali menuju ke Kufa di dalam mencari kekuasaan, dan adalah tanggong jawab setiap kerajaan pada membendong sebarang bahaya. Makanya Yazid menentang ancaman ini. Mereka telah meminta Imam yang mulia ini untuk memberikan bai’ahnya yang tidak berbelah bagi kepada Khalifah Yazid, yang mana ketaatan kepadanya adalah wajib. Mereka menghendakkinya pergi ke Syria untuk tinggal di sana bersama Khalifah secara terhormat atau pulang ketempat asalnya. Tetapi dia tidak mengikuti nasihat mereka maka akhirnya dia terbunuh. Mereka merumuskan bahawa sebarang peringatan untuk orang yang mementingkan dunia, yang telah terbunuh kerana mencintai kuasa, bukan sahaja tidak bermakna, tetapi sebagai satu bid’ah. Adakah kamu mempunyai jawapan pada maksud ini? Bagaimana kamu menyangkal tanggapan [ide] bahawa peperangan Karbala bukannya pergelutan politik?
IMAM HUSAIN TIDAK PERNAH MENGINGINKAN KUASA POLITIK.
IMAM HUSAIN TIDAK PERNAH MENGINGINKAN KUASA POLITIK.
Shirazi: Setiap tindakan yang baik atau jahat berasaskan pada pengetahuan kita mengenai Allah. Tujuan utama adalah pada mengenali Allah; dan kemudian mereka hendaklah menerima kitab tuhan. Dari penerimaan itu diikuti pula dengan mengiktiraf apa yang ada di dalam buku itu adalah yang terpuji. Sesiapa yang mempercayai bahawa Husain ibn Ali telah digerakkan oleh matlamat kepentingan keduniaan telah menolak kebenaran al-Quran. Allah maha besar telah memberikan bukti pada sucinya Husain di dalam al-Quran. Dia berkata: ‘Allah menghendakki hanya untuk menjauhkan kekotoran dari kami, Wahai ahli rumah! Dan untuk mensucikan kamu dengan sesuci-sucinya.’ [33:33]
Kebanyakkan dari ulama kamu seperti Muslim, Tirmidhi Tha’labi, Sijistani, Abu Nu’aim Isfahani, Abu Bakr Shirazi, Suyuti, Hamwaini, Ahmad Bin Hanbal, Zamakhshari, Baidhawi, Ibn Athir, dan lainnya telah menegaskan bahawa ayat ini telah diwahyukan di dalam memuji lima yang suci, ahli bayt [ahli rumah]
Muhammad, Ali, Fatimah, Hasan, Husain. Ayat ini adalah bukti yang besar terhadap ma’sum dan sucinya mereka ini. Kotoran yang paling utama adalah cinta pada kuasa dunia. Terdapat banyak hadith dari nabi dan para Imam yang mengutuk keinginan kepada kuasa dunia dan memenuhi keinginan nafsu. Nabi berkata: ‘Cinta dan bersahabat kepada dunia adalah punca segala kejahatan.’ Abu Abdullah Husain tidak mencintai kekuasaan dunia. Dia tentunya tidak mengorbankan nyawanya dan juga nyawa keluarganya hanya untuk dapat memerintah sementara didunia.
Jika penentangan Imam Husain terhadap Yazid hanya untuk berkuasa didunia, nabi tentu tidak memerintahkan manusia untuk menolongnya. Ulama kamu sendiri mengesahkan maksud ini. Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda dari sejarah oleh Bukhari, Baghawi, dan Ibnu’s-Sikkin dari Zakha’iru’l-Uqba oleh Imamu’l-Haram Shafi’i, dan Sirat-e-Mulla disebutkan dari Anas Bin Harith Bin Bayya, yang mengatakan dia mendengar nabi berkata: ‘Sesungguhnya, anak saya husain akan dibunuh pada tanah Karbala. Setiap kamu yang hadir pada masa itu hendaklah menolongnya.’
Laporannya bersambong: ‘Anas bin Harith sampai di Karbala dan kerana patuh pada arahan nabi telah syahid bersama dengan Imam Husain.’ Dari itu, di Karbala Imam Husain berdiri menegakkan kebenaran dan bukan kerana cinta kepada dunia. Imam Husain membuat perjalanan dengan kumpulan yang kecil, termasuk wanita-wanitanya dan kanak-kanak kecil, adalah satu petunjuk lagi yang dia tinggalkan rumah bukan untuk menjadi pemerintah. Jika itulah maksud tujuannya, dia boleh pergi ke Yaman, dimana dia mempunyai sokongan yang ramai. Yaman boleh menjadi tapak yang logik bagi dia melancarkan operasi tentera. Bahkan para sahabatnya berulang kali menyuruhnya pergi ke Yaman, tetapi mereka tidak menyedari tujuan matlamatnya. Tetapi Imam Husain tahu bahawa tidak ada gunanya pada mendapat kejayaan sementara. Perjalanannya bermula dengan 84 orang, termasuk wanita dan kanak-kanak; bermatlamat pada asas yang baik. Pokok suci - la ilaha ill’allah [tidak ada tuhan melainkan Allah] – telah ditanam oleh datuknya, disirami dengan darahnya, dan darah syuhadah Badr, Uhud dan Hunain. Pokok ini telah diamanahkan kepada pekebun utama, Ali Ibn Abi Talib, yang telah diketepikan dengan ancaman bunuh dan bakar. Akhirnya perkembangan tawhid [ke Esaan Allah] dan kenabian telah mengambil zaman perubahan. Secara beransur pentadbiran kebun berpindah tangan kepada yang khianat Bani Umayya.
Semenjak Khalifah Uthman bin Affan, Bani Umayya menguasai pentadbiran empair. Abu Sufyan tua dan buta, tetapi nafsunya pada kuasa masih subur seperti biasa, menyatakan didalam istana Umayya: ‘Wahai Bani Umayya! Kekalkan kedudukan Khalifah di dalam keluarga kamu. Syurga adalah satu dongengan. Peganglah kedudukan Khalifah seperti bola. Saya bersumpah dengan apa yang saya sumpah, bahawa saya selalu berhasrat pemerintahan begini untuk kamu. Peliharalah dia supaya keturunan kamu menjadi pewarisnya.’
Yang kafir ini telah mengeluarkan pekebun yang sah dari tamannya. Siraman air padanya telah diberhentikan dan pokok yang suci ini mengecil kurus sehinggalah sampai ke era Yazid, apabila pokok ini kelihatan akan mati; Imam Husain membuat perjalanan ke Karbala untuk mengairi taman nabi dan menguatkan semua pokok yang suci itu. Sebahagian manusia bertanya mengapa Imam Husain tidak menegakkan bendera penentangan di Madina. Mereka tidak faham jika dia kekal di Madina, objektifnya tinggal tidak jelas. Imam Husain pergi ke Makah di dalam bulan Rejab dan berucap kepada ribuan manusia, memberitahu mereka bahawa Yazid sedang mencabut pokok tawhid. Ketagih kepada arak dan judi. Yazid berhibur dengan anjing dan monyet. Imam Husain menganggap pengorbanan dirinya perlu pada menyelamatkan islam.
IMAM HUSAIN MENOLAK NASIHAT PADA MENINGGALKAN MISINYA.
Imam Husain, sahabat dan keluarga cuba untuk memujuknya dari pergi ke Kufa, dengan mengatakan bahawa penduduk Kufa yang telah menyuruhnya supaya datang adalah terkenal jahat dan tidak boleh dipercayai. Maka menurut dari ramai penyokongnya, Imam Husain tidak mempunyai peluang pada mengalahkan mereka. Mereka memintanya supaya meninggal perjalanannya. Mereka memintanya supaya pergi ke Yaman, dimana dia mempunyai ramai pengikut, dan disana dia boleh hidup dengan aman. Tetapi Imam Husain tidak dapat menerangkan realiti kebenaran situasi kedudukannya. Bagaimana pun dia memberikan kepuasan kepada setiap mereka dengan jawapan yang ringkas. Dia memberitahu sahabat akrab dan keluarga, seperti adiknya, Muhammad bin Hanafiah: ‘Kamu telah katakan yang benar. Saya juga tahu saya tidak akan mencapai apa-apa kuasa, tetapi saya pergi bukan untuk penkaklukkan dunia. Saya pergi hanya untuk dibunuh.’
Saya harap bahawa melalui penderitaan yang saya tanggong dari penindasan ini, saya dapat mencabut keluar asas bagi segala kekejaman dan kezaliman. Saya berjumpa datuk saya, nabi Allah, di dalam mimpi memberitahu saya: ‘Buatlah perjalanan ke Iraq, Allah yang maha besar mahu melihat kamu dibunuh.’
Muhammad bin Hanifiyya dan Ibn Abbas berkata: ‘Jika begitu mengapa membawa wanita bersama kamu? Dia menjawab: ‘Datuk saya mengatakan bahawa Allah mahu melihat mereka ditawan. Maka, menurut arahan nabi saya membawa mereka bersama.’ Penawanan para wanita adalah bahagian penutup syahidnya. Mereka akan menunjukkan kepada dunia betapa kejamnya Umayya terhadap keturunan nabi. Bibi Zainab, anak perempuan Ali dan Fatimah, membuat bantahan yang terang di dalam istana Yazid yang penuh dengan manusia, dimana ratusan manusia hadir, termasuk orang kenamaan, orang-orang besar Bani Umayya, kedutaan asing yang datang untuk meraikan kemenangan mereka. Imam keempat, Zainul-Abidin Ali ibn Husain, juga membuat penjelasan rayuan terhadap keadilan dari mimbar masjid Umayya di dalam kehadiran Yazid. Setelah meninggikan kemuliaan dan sifat-sifat Allah, Zainul-Abidin berkata: ‘Wahai manusia! Kami, keturunan nabi Muhammad, yang telah diberikan oleh Allah dengan enam kualiti dan yang telah dijadikan lebih utama dari semua kejadian dengan penganugerahan tujuh kemuliaan. Kami telah diberikan pengetahuan, sabar, gagah, tampan, fasih, berani, dan dicintai oleh mereka yang beriman. Kami lebih utama dari semua manusia bahawa nabi Muhammad adalah dari kami; yang Siddiq Ali Ibn Abi Talib adalah dari kami; Jafar-e-Tayyar dari kami; Hamza dari kami; dua cucu nabi Hasan dan Husain dari kami; dan Mahdi [yang mendapat pentunjuk] dari ummah ini [Imam-e-Hujjat bin Hasan] dari kami. Sesiapa yang tidak mengenali saya, harus tahu mengenai keluarga saya dan juga kedudukan keluarga saya; saya adalah anak nabi Allah yang paling tinggi lagi mulia, Muhammad Mustafa.’
Kemudian dari mimbar yang sama, dimana Muawiya dan Yazid telah gunakan untuk mengutuk Ali, Imam memuji datuknya yang mulia; Ali dihadapan Yazid dan ketua-ketua Bani Umayya. Ramai orang Syria sebelum ini tidak pernah mendengar kualiti dan kemuliaan Ali. Imam berkata: ‘Saya adalah anak seorang yang yang berjuang bersama dengan nabi; yang memerangi kafir di Badr dan Hunain; yang tidak pernah, walau sesaat hilang kepercayaan-nya kepada Allah. Saya adalah anak orang yang paling wara’ dari semua mereka yang beriman, pewaris nabi, pembunuh yang kafir, pemerintah muslim, rahmat bagi yang tunduk patuh, sanjungan bagi mereka yang menangis dan takut kepada Allah, yang paling sabar dari yang sabar, yang terbaik dari yang melakukan sembahyang. Saya adalah anak orang yang telah dibantu oleh Jibril dan Mikail. Saya adalah anak orang yang menjaga kehormatan muslim dan pembunuh kepada yang kafir. Saya adalah anak orang yang berjihad berperang menentang musuh, yang menjadi kebanggaan Quraish, yang pertama pada menerima pengkhabaran Allah dan RasulNya, yang pertama pada memeluk islam, lidah kebijaksanaan dari Allah, penolong bagi agama Allah, penjaga perintah Allah, taman bagi kebijaksanaan Allah, tempat simpanan ilmu pengetahuan. Saya adalah anak ketua orang yang sabar, pemecah rintangan, yang hatinya tetap, berpendirian teguh, pembahagi yang amat adil dari yang lain. Dia adalah singa yang ganas di dalam pertemporan, dia memotong musuhnya dengan pedang dan menebarkannya seperti ribut menebarkan jerami. Dialah yang paling berani diantara semua orang di Hijaz, yang paling gagah diantara orang Iraq, muslim yang paling suci, dia yang memberikan bai’ah di Aqaba; wira Badr dan Hunain, orang yang paling tabah diperistiwa bai’ah dibawah pokok, pengorbanan yang unik semasa penghijrahan nabi, ketua bagi dunia Arab, penjaga Kabah yang suci, bapa kepada dua cucu nabi. Ini adalah kemuliaan datuk saya, Ali Ibn Abi Talib. Saya adalah anak Khadija-e-Kubra; saya adalah anak Fatimah Zahra; saya adalah anak orang yang telah dibunuh dengan pukulan dibelakang kepala; saya adalah anak seorang yang telah meninggalkan dunia ini kehausan; saya adalah anak kepada seorang yang tidak diberikan air sedang air diberikan kepada makhluk yang lain. Saya adalah seorang yang tubuhnya tidak dimandikan atau dikafankan; saya adalah anak seorang yang kepalanya telah dinaikkan dihujung mata pedang; saya adalah anak seorang yang wanitanya telah diserang pada tanah Karbala dan bawa sebagai tawanan. Saya adalah anak seorang yang wanitanya telah dibawa ke Syria sebagai tawanan.’ Kemudian Imam yang suci menangis dan dengan suara yang kuat, menyambung: ‘Sayalah…., sayalah…’ itulah dia, dia meneruskan menyebut kemuliaan keturunan dia yang terdahulu, dan penyiksaan terhadap bapanya dan ahli bayt. Sebagai keputusan dari ucapan ini manusia mula menangis. Selepas syahidnya Imam Husain, majlis yang pertama [perhimpunan bersedih pada mengingati] terhadap penderitaan yang kejam ditanggong Imam Husain telah diadakan pada masjid pusat Umayya. Imam Zainul-Abidin, setelah menyebutkan kemuliaan Ali dihadapan para musuhnya, memberikan gambaran yang menyayat hati terhadap penderitaan yang ditanggong oleh bapanya yang suci, ini telah menyebabkan tangisan timbul dari penduduk Syria dihadapan Yazid. Dia menjadi takut dan meninggalkan masjid.
Dari masjid ini, disebabkan ucapan Imam, manusia telah bangun menentang Yazid. Disebabkan oleh rintihan yang popular, Yazid terpaksa mengutuk Ubaidullah bin Marjana dari kekejaman perbuatannya. Akhirnya, istana Bani Umayya yang kejam hancur. Sekarang kita tidak boleh jumpa di seluruh Syria walau satu pun kuburan Bani Umayya.
Untuk kembali kepada soalan kamu, Imam Husain selalu menyatakan tentang kesyahidannya. Dia satu ketika berucap di Makah pada hari Tarwiya [8 Dhul-Hijja 60 Hijrah] katanya: ‘Kematian melekat kepada setiap ahli dari keturunan Adam sebagai rantai melekat kepada wanita muda, saya tidak sabar untuk bertemu dengan keturunan saya seperti Yaqub hendak bertemu dengan Yusuf. Tempat dimana saya akan jatuh telahpun dipilihkan untuk saya, dan saya mesti pergi ketempat itu. Saya melihat harimau kumbang liar membunuh saya, mengoyakkan tubuh saya, diantara Nawawi dan Karbala.’
Imam Husain tahu bahawa dia tidak akan sampai ke Kufa, ibu negara Iraq. Dia tahu bahawa dia akan dibunuh oleh orang yang kejam seperti binatang, memotong-motong badannya hingga hancur. Dia membuat perjalanan hanya untuk tujuan syahid dan bukan tujuan politik. Disepanjang perjalanan dia memberitahu pengikutnya akan kematiannya. Dia memberitahu para sahabat dan keluarga bahawa satu ketika itu sudah cukup untuk membuktikan tidak bernilainya dunia ini. Dia berkata bahawa selepas kepala nabi John dipenggal ianya telah diserahkan kepada seorang penzina. Dia kata bahawa kepala dia akan dibawa kepada si pemabuk Yazid.
Pertimbangkan perkara ini buat seketika. Hurr bin Yazid Riyahi dengan tentera berkuda 1 000 orang menahan perjalanan Husain. Kufa hanya 30 batu jaraknya. Hur telah dilantik oleh Ubaidullah Ibn Ziyad untuk menahan Imam Husain. Hur tidak membenarkan Imam meneruskan perjalanan ke Kufa, dan tidak juga melepaskannya dari iringan tanpa arahan tambahan. Mengapa Imam menyerahkan dirinya kepada Hur? Jika Imam Husain mengejar kuasa politik, dia pastinya tidak diberhentikan oleh Hur, yang memiliki tidak lebih dari 1 000 tentera. Imam mempunyai 1 300 orang. Setelah mengalahkan mereka, Imam telah boleh sampai ke Kufa, dimana dia mempunyai ramai penyokong. Dari sana setelah diperkuatkan, dia mungkin boleh menentang musuh dan berjaya. Tetapi dia menerima arahan Hur, berhenti dipadang pasir dikelilingi oleh musuh. Selepas empat hari pasukan tambahan musuh tiba, dan anak nabi telah dipaksa menahan penderitaan yang tidak terkata.
Bukti yang terbaik untuk menyokong pandangan saya adalah ucapan Imam pada malam sebelum hari Ashura. Sehingga kemalam itu 1 300 tentera bersedia untuk berperang dengannya. Husain mengumpulkan mereka semua dan berkata kepada mereka: ‘Mereka yang datang kesini untuk kepentingan dunia hendaklah tahu bahawa esok sesiapa yang tinggal pada tanah ini akan dibunuh. Musuh hanya menghendakki aku seorang sahaja; aku melepaskan kuasa ikatan sumpah setia [bai’ah] dari leher kamu. Kini hari malam, kamu boleh beredar di dalam gelap.’ Ramai yang menerima cadangannya dan berlalu. Hanya 42 orang yang tinggal, 18 Bani Hashim dan 24 para sahabat. Selepas tengah malam, 30 tentera musuh bergerak ke khemah Imam untuk serangan diwaktu malam, tetapi apabila mereka mendengar Imam Husain membaca al-Quran, mereka telah dipenuhi oleh perasaan dan berpihak dengan Imam. Ini adalah 72 orang yang telah mengorbankan nyawa mereka pada hari Ashura. Kebanyakkan dari mereka adalah orang yang wara’, dan ahli pembaca al-quran.
Pengorbanan Husain yang suci telah diakui kehari ini oleh rakan dan musuh. Walau pun dari mereka yang asing dengan agama kita telah terpikat dengan keperwiraannya. Di Perancis [Dairatul-Maarif], terdapat artikal yang panjang bertajuk ‘Tiga Syuhadah’ ditulis oleh seorang ilmuan wanita British. Temanya adalah, di dalam semua sejarah terdapat tiga syuhadah yang dengan mengorbankan diri mereka, telah dapat menyebarkan kebenaran dengan lebih berpengaruh [berkesan]. Yang pertama adalah Socrates, dan yang kedua adalah Isa [penulisnya adalah kristian]. Kita muslim percaya bahawa Isa tidak disalib. Al-Quran dengan jelas berkata: ‘Dan mereka tidak membunuhnya dan tidak juga mensalibnya, tetapi kelihatan kepada mereka demikian [seperti Isa] dan sesungguhnya mereka yang bertentangan dengannya hanyalah di dalam keraguan. Mereka tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, tetapi hanya dugaan. Mereka dengan pasti tidak membunuhnya. Tidak! Allah mengambil dia kepada diriNya.’ [4:157-158]
Syuhadah yang ketiga adalah Husain, cucu nabi Muhammad. Dia menulis: ‘Apabila kami menyelidik kejadian sejarah dan menilai kedudukannya, dimana ketiga-tiga orang mengorbankan nyawanya, kami akui bahawa pengorbanan Husain mengatasi keduanya. Yang sebenarnya Socrates dan Isa hanya mengorbankan diri mereka sahaja untuk jalan tuhan, tetapi Husain meninggalkan rumah menuju kepadang pasir yang jauh untuk dikepongi oleh musuh. Dia dan keseluruh keluarganya telah syahid demi untuk kebenaran. Dia menghantar sahabat dan juga kerabat untuk menentang musuh dan mengorbankan nyawa mereka untuk agama Allah. Ini adalah lebih susah dari hanya mengorbankan diri sendiri.’
Contoh yang paling jelas penderitaan kejam yang ditanggong oleh Husain adalah pembunuhan secara zalim terhadap anaknya yang berusia enam bulan. Dia membawa bayi itu di dalam tangannya, meminta sedikit air [yang banyak ada], untuk bayi tersebut , tetapi musuh yang kejam, dari memberinya air telah membunuh bayi itu dengan anak panah. Kekejaman musuh menunjukkan bahawa Imam Husain adalah mangsa kekejaman. Kesabarannya yang tidak terkata itu telah memusnahkan kekuasaan Bani Umayya dan terkutuknya mereka dihadapan dunia. Disebabkan dari pengorbanannya dan juga ahli bayt maka agama Muhammad mendapat kehidupan yang baru.
Nawab Sahib: Kami betul-betul terhutang budi kepada kamu. Kami amat tertarik dengan penjelasan kamu mengenai fakta terhadap Imam Husain. Sehingga kini, kami telah mengikuti orang lain dan telah tidak berpeluang pada menziarah pusara yang mulia. Kami telah diberitahu bahawa menziarah pusara Imam Husain adalah bida’ah [yang diada-adakan]. Ya tentunya bida’ah yang baik, kerana ia dapat memberikan semangat kepada manusia untuk memahami kebenaran mengenai keturunan nabi.
Nawab Sahib: Kami betul-betul terhutang budi kepada kamu. Kami amat tertarik dengan penjelasan kamu mengenai fakta terhadap Imam Husain. Sehingga kini, kami telah mengikuti orang lain dan telah tidak berpeluang pada menziarah pusara yang mulia. Kami telah diberitahu bahawa menziarah pusara Imam Husain adalah bida’ah [yang diada-adakan]. Ya tentunya bida’ah yang baik, kerana ia dapat memberikan semangat kepada manusia untuk memahami kebenaran mengenai keturunan nabi.
MAKSUD SEBENAR BIDA’AH.
Shirazi: Perkataan bida’ah, pembaruan, adalah asalnya dari golongan ulama Sunni, Nasibi dan Khariji, yang memang sah musuh Ali. Mereka telah mengatakan ziarah adalah bida’ah, tanpa memikirkan bahawa yang sebenarnya bida’ah itu adalah sesuatu yang berkaitan dengan nabi atau ahli bayt, yang tidak diarahkan oleh Allah. Bagaimana pun, mengenai soalan menziarah pusara Husain, terdapat banyak hadith di dalam buku ulama kamu. Saya menghadkan diri saya pada satu hadith terkenal yang telah dirakamkan dikebanyakkan buku maqatil dan himpunan hadith.
‘Satu hari nabi berada dirumah Aisyah apabila Husain masuk. Nabi memeluk dan menciumnya. Aisyah bertanya: ‘Semoga nyawa bapa dan ibuku dikorbankan untuk kamu! Betapakah cinta kamu kepada Husain!’ Nabi berkata: ‘Tidakkah kau tahu anak ini adalah sebahagian dari hati ku dan kembang [bunga] ku?’ Selepas itu nabi mula menangis. Aisyah bertanya sebab mengapa menangis. Nabi menjawab bahawa dia mencium tempat-tempat dimana Bani Umayya akan melukakan Husain. Aisyah bertanya adakah mereka akan membunuhnya. Nabi menjawab: ‘Ya, dia akan dibunuh. Mereka tidak akan dapat sokongan ku diakhirat. Rahmat bagi mereka yang menziarah ke pusara dia setelah syahidnya. Aisyah bertanya apakah ganjaran bagi ziarah itu. Nabi menjawab, ‘Ianya adalah sama seperti satu haji saya.’ Aisyah berkata, ‘Satu haji kamu!’ Nabi berkata: ‘Tidak dua,’ Apabila Aisyah sekali lagi menunjukkan kejengkelannya [hairan], nabi berkata: ‘Tidak empat haji saya.’ Lagi lebih meluat Aisyah, lagi tinggi ganjarannya, sehingga akhirnya nabi berkata, ‘Aisyah, jika sesiapa yang pergi menziarah pusara Husain, Allah akan memberikan dia ganjaran 90 haji dan 90 umrah yang dilakukan oleh saya.’ Kemudian Aisyah terdiam.
Sekarang saya tanya kamu adakah ziarah yang sedemikian bida’ah?
KESAN DARI MENZIARAHI PUSARA IMAM YANG SUCI.
Terdapat faedah lain yang bermanfaat dari ziarah pusara Imam. Kawasan dalam pusara yang dipanggil haram, sentiasa dibuka untuk pelawat siang dan malam. Kawasan haram dan masjid berhampirannya akan didapati sentiasa penuh dengan penggunjung. Mereka yang biasanya melakukan solat wajib sahaja, kerap melakukan yang digalakkan ketika ziarah pada pusara suci. Mereka berdoa kepada Allah dengan ikhlas dan membaca Quran. Adakah kecintaan begini bida’ah?
Nawab: Ya, pastinya kami tidak mempunyai sesiapa yang hendak disalahkan melainkan diri kami, jika kami tidak meneliti parkara ini dengan cermat. Beberapa tahun lepas saya pergi ke Iraq dan melawat pusara Imam Azam Abu Hanifa dan Abdul-Qadir Jilani. Satu hari saya pergi melawat tempat berhampiran Kazimain [tempat pusara Imam ketujuh, Musa Ibn Jafar Al-Kazim dan Imam kesembilan, Muhammad Ibn Ali At-Taqi]. Apabila saya pulang, sahabat saya amat kasar pada mengkritik saya. Saya amat terperanjat bahawa melawat pusara Imam A’zam di Mu’azam, Sheikh Abdu’l-Qadir Jilani di Baghdad, Khwaja Nizamu’d-Din di India, Sheikh Akbar Muhyi’d-din Ibn Arabi di Egypt boleh dianggap sebagai bernilai dan berfaedah. Setiap tahun ramai manusia dari golongan sunni melawat tempat-tempat ini walaupun nabi tidak menyuruhnya. Bagaimana boleh terjadi sedemikian, bahawa melawat pusara syuhadah agung, cucu nabi, yang disuruh oleh nabi, dianggap bida’ah? Saya bertekad bersungguh-sungguh, dengan izin Allah, saya akan pergi tahun ini untuk menziarah pusara cucu kesayangan nabi, Husain. Saya akan meminta Allah untuk mengampunkan saya dari kesalahan yang lalu.
Untuk membaca sambungan buku ini atau bagian2 terdulu sila klik link di bawah:
malam 1
malam 2
malam 3
malam 4
malam 5 (a)
malam 5(b)
malam 6
malam 7(a)
malam 7(b)
malam 8
malam 8 (b)
malam 8 (c) dan (d)
malam 8 (e)
malam 9(a)
malam 9 (b) dan (c)
malam 9 (d)
malam 10
malam 1
malam 2
malam 3
malam 4
malam 5 (a)
malam 5(b)
malam 6
malam 7(a)
malam 7(b)
malam 8
malam 8 (b)
malam 8 (c) dan (d)
malam 8 (e)
malam 9(a)
malam 9 (b) dan (c)
malam 9 (d)
malam 10
No comments:
Post a Comment